Bahan-bahan:
500g Sotong saiz sederhana
200g Tepung gandum
Secukup Minyak masak ( untuk goreng-celup )
Bahan Sos: ( dicampur-gaul )
1 sudu teh Sos Marmite
2 sudu besar Madu
½ sudu teh Perencah Pati Ayam
1 sudu teh Kicap cair
100 ml Air
5 sudu teh Serbuk Lada Hitam
Cara Menyediakan:
(1) Buangkan kulit sotong, potong gelang dan salutkan dengan Tepung gandum.
(2) Goreng-celup hingga kuning keemasan. Ketepikan.
(3) Untuk menyediakan sos, tuangkan campuran sos ke dalam kuali dan masak hingga pekat.
(4) Masukkan sotong, goreng dan gaul sekata dan hidang panas.
No comments:
Post a Comment