Pages

Saturday, 13 July 2013

UDANG MASAK SOS ISTIMEWA


Bahan-bahan: 8 ekor Udang besar 4 keping (nipis) Oren 1 sudu besar Halia ( cincang ) 1 sudu besar Cili padi (cincang ) 1 sudu besar Cili merah ( cincang ) 1 sudu teh Bijan bakar 2 sudu besar Minyak masak Bahan perap (A): 1/8 sudu teh Garam 2 sudu besar Tepung ubi Bahan Sos (B): 2 sudu besar Sos tomato 2 sudu besar Jem oren ¼ sudu teh Garam 150 ml Air Agen pemekatan: 1 sudu teh Tepung jagung ( digaul dengan 1 sudu besar air ) Cara Menyediakan: (1) Perap udang dengan bahan perap (A). (2) Goreng-celup dalam minyak panas hingga kira-kira 70% masak. Angkat. (3) Dalam satu kuali yang bersih, panaskan 2 sudu besar minyak. Goreng halia, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga beraroma. (4) Masukkan bahan sos (B) dan didihkan. (5) Masukkan semula udang dan tambahkan kepingan oren. Kemudian tambahkan agen pemekat.Masak hingga sos menjadi pekat. (6) Angkat dan taburkan bijan bakar.

No comments:

Post a Comment