Bahan-bahan:
1 ekor Ketam besar ( dibelah dua )
200 gm Udang
200 gm Sotong ( dibuang kulit )
300 gm Lala
2 biji Tomato ( dicincang halus )
1 biji Lobak merah ( dihiris )
1 tin Cendawan jerami padi (straw)
½ inci Halia ( dihiris )
4 ulas Bawang merah ( dihiris )
2 ulas Bawang putih ( dihiris )
1 batang Serai ( diketuk )
1 batang Saderi ( dihiris )
2 liter Air
2 sudu kecil Serbuk Lada Putih
3 sudu kecil Serbuk Lada hitam
1 sudu kecil Perencah Pati Ayam
Sedikit Garam
Hiasan:
Sedikit Daun sup & daun bawang
Cara-cara menyediakannya:
(1) Tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia. Masukkan air dan didihkan.
(2) Selepas itu, masukkan ketam, udang, lala kecuali sotong, diikuti
dengan Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam, Perencah Pati Ayam serta serai. Biarkan seketika.
(3) Selepas itu, masukkan lobak merah, cendawan dan sotong. Perasakan dengan Garam secukup rasa.
(4) Akhir sekali masukkan tomato cincang dan batang saderi. Hidangkan bersama dengan daun sup dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment