SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
LCD Text Generator at TextSpace.net
Tuesday, 14 August 2018
Tuesday, 12 June 2018
Tuesday, 22 May 2018
Thursday, 17 May 2018
Saturday, 24 March 2018
Formula Utama ubat Gout
- Connector.
Ketumpang Air
Berkesan membantu merawat gout, tekanan darah tinggi, arthritis, rheumatism, sakit sendi - Connector.
Pecah Beling
Daun pecah beling mempunyai kandungan Vitamin C, B1, B2. Juga mempunyai kafiena menyumbang kepada paras jumlah antioksidan yang tinggi - Connector.
Misai Kucing
Merawat penyakit seperti gout, athriris,reumatik, selain mencegah pembetukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetis - Connector.
Halia Bara
Mengatasi masalah rheumatik,sakit pinggang, gout dan badan mudah letih - Connector.
Mahkota Dewa
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan terhadap bakteria dan virus - Connector.
Daun Tin
Air rebusanya berkesan sebagai agen antioksida, melawaskan kencing dan membantu menstabilkan tekanan darah Belalai Gajah
Mengurangkan risiko salur darah tersumbat, mebuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan
Sunday, 18 March 2018
Friday, 16 March 2018
Sunday, 11 March 2018
Wednesday, 28 February 2018
Ganoderma Lucidum
APA ITU
GANODERMA?
Ganoderma
adalah sejenis cendawan yang mempunyai
nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang
unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah
Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya
ialah Reishi yakni panggilan bagi
masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula
panggilan bagi masyarakat di China.
Kulat ini
berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang
keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal
dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah
digunakan oleh masyarakat China dalam bidang
perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.
Bagi
masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui
semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan
di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah ,
ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa
Ganoderma adalah sebaik-baik makanan.
Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala
juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang
sungguh mujarab dan istimewa.
Secara
umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma.
Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati
memberikan kesan terapeutik yang tinggi.
Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan
kemustajaban yang tersendiri.
Menurut
masyarakat China, Ganoderma berupaya
memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu
cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat
meningkatkan aliran darah dan meningkatkan
kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali
sebagai
Herba Yang
Ajaib.
Kajian-kajian
klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma
berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:
Dari kajian-kajian yang dijalankan juga,
didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi
untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai
penyakit kronik meliputi:
Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi
mendapati bahawa Ganoderma mengandungi
sebatian-sebatian berikut:
Hasil kajian juga mendapati
bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat
seperti berikut:
Bagi setiap
100mg Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang
penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari
segi kesihatannya :
Ganoderma
tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang
dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen
dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini
adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa
manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang
tidak sihat, rosak atau binasa.
Daripada
laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan
bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati
Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah
kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:
Menurut Dr. David Chu, seorang pakar
perubatan tradisional China di Calgary,
Kanada menyebut
di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of
Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan
Press, washington ( 1990 ) karangan Dr
Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai
kesan sedatif yang dapat melegakan sistem
saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu
mengatasi masalah sukar tidur malam dan
kegelisahan.
Menurut
beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi
mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang
sel-sel darah putih untuk meningkatkan
kekuatan memerangi gejala-gejala asing.
Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam
kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran
radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya
akan mengurangkan bilangan sel-sel darah
putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil
sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan
tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak
akan berkurangan.
Dari
kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi
amat berkesan untuk merawat asma, radang
paru-paru dan batuk juga berkesan untuk
mengeluarkan toksik daripada hati dan
memelihara serta melindungi sel-sel hati.
Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk
merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat
berkesan terhadap jantung terutama bagi
mengatasi masalah kesesakan nafas,
pengaliran darah ke jantung dan kestabilan
fungsi jantung.
Masyarakat
China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala
lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya
mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam
menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry
Willard sendiri di dalam buku tersebut,
mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang
beliau alami sendiri. Paling ketara adalah
keberkesanan Reishi terhadap Sindrom
Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang
kebiasaannya sering kelesuan dan tidak
bermaya kembali aktif dan ceria.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
SEJARAH
REISHI
Kepercayaan
akan kemujaraban kulat Reishi ini pada
hakikatnya telah dipercayai sejak zaman China
purba dulu lagi yakni sejak zaman pemerintahan
‘Fuxi’; pemerintah lagenda China pada
waktu itu yang juga merupakan pemerintah pertama
di kalangan ‘Three august Ones’. Manakala
Seng Nong pula yakni pemerintah kedua ‘Three
August Ones’ mengatakan bahawa untuk
mengetahui akan kemujaraban sesuatu tumbuhan
adalah melalui kajian percubaan yang dijalankan
ke atas beratus-ratus spesis tumbuhan.
Seng Nong’s
Herbal Classic
atau
Chinese Outline of Herbs adalah merupakan
manuskrip terawal dalam perubatan China kuno
pada masa itu dan sehingga kini ia masih
digunakan sebagai asas dalam perubatan China
tradisional serta dalam kebanyakkan perubatan
timur secara amnya.
Menurut
manuskrip tersebut yang menerangkan secara
terperincinya tentang Ling-zhi di mana di
kalangan 365 spesis yang terdiri daripada
tumbuhan, akar-akar, kayu, bulu, haiwan dan
batu-batan yang telah dibahagikan kepada 3
kategori. Ling-zhi / Reishi adalah terletak pada
ranking yang teratas daripada kalangan kumpulan
Superior. Ciri-ciri kategori pertama ini
antaranya ialah ia langsung tidak mendatangkan
kesan sampingan walaupun ia diambil secara
berlarutan. Sebaliknya, pengambilan secara
berterusan itu dapat mengurangkan berat badan
dan memanjangkan usia seseorang.
Enam spesis
Ling-zhi ini dibezakan melalui warna turut
dinyatakan dalam ‘Seng Nong’s Herbal Classic’
itu yakni :
Reishi
merah ( Akashiba ) adalah
satu-satunya yang masih dijalankan penanaman
semula ke atasnya.
Reishi Merah :
Reishi
sebenarnya adalah panggilan bagi kulat Ganoderma
Lucidum bagi masyarakat Jepun. Sebagaimana yang
dinayatakan sebelum ini, di China ia terkenal
dengan panggilan Ling-zhi. Reishi adalah sejenis
kulat yang besar berwarna merah dengan bahagian
luar yang berkilau. Reishi merah ini berbeza
dengan jenis kulat-kulat yang lain di pasaran
disebabkan teksturnya yang seakan menyerupai
kayu.
Reishi merah
adalah merupakan kulat yang luar biasa dan
mempunyai nilai yang tinggi dalam ilmu perubatan
China. Semenjak zaman dahulu kala, hanya
golongan yang berada yang mana mempunyai
keistimewaan tertentu yang dapat menggunakan dan
menikmati Reishi tersebut. Dalam perubatan
tradisi China, Reishi adalah merupakan kategori
herba yang teratas memandangkan potensi dan
manfaatnya dalam perubatan serta ia langsung
tidak mendatangkan kesan sampingan.
Reishi merah
boleh mengubati bengkak paru-paru, baik untuk
pernafasan, meningkatkan kepintaran di samping
memelihara tubuh, mencegah penyakit cepat lupa
dan sekiranya diambil secara berterusan ia dapat
mengekalkan kesihatan tubuh dan juga awet muda.
Reishi merah
diklasifikasikan sebagai ubat ‘Superior’
kerana ia mempunyai kualiti yang lebih baik
berbanding kulat biasa dari segi :
Li Shi Zhen,
seorang ahli penuntut perubatan yang terkenal
pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644 ) telah
memperkenalkan tanda-tanda bagi setiap 6 spesis
kulat itu secara konkrit dan lengkapnya.
Hasil-hasil kerjanya itu kemudiannya telah
dicetak semula pada tahun 1956 dan diterjemahkan
ke dalam beberapa bahasa asing termasuklah
Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Russia dan
Latin dan telah diberikan penghargaan sebagai
satu kejayaan dalam perubatan China Tradisional
pada ketika itu.
Manakala di
Jepun pula, sebuah buku yang dikenali sebagai
‘Shinroh Honsohkyo’ kini telah diterima
pakai sebagai bahan teks asal dalam sains
perubatan timur. Di dalamnya terdapat 365 jenis
ubat yang telah dikenalpasti dan dihuraikan .
Ubat-ubatan tersebut umumnya telah
diklasifikasikan kepada 3 kategori yakni ;
KESIMPULAN
Pada masa lalu,
tidak ramai individu yang didedahkan kepada
perkataan ‘Reishi’ itu dengan sendirinya
termasuklah mereka yang datang untuk melihat
tumbuhan Reishi itu yang sebenarnya.
Kini perkataan
‘Reishi’ boleh dilihat di mana-mana dan tumbuhan
ini juga sudah biasa terdapat di pasaran. Kita
sepatutnya berterima kasih kepada para saintis
yang telah berjaya dalam teknik penanaman semula
Reishi tersebut. Dengan ini, penggunaan Reishi
dapat digunakan secara berterusan oleh orang
ramai bagi memperolehi nilai sebenar Reishi
dalam bidang perubatan.
Sebagaimana
yang telah dicatatkan dalam sejarah teks
perubatan China kuno, Reishi adalah ‘Raja
Herba Yang Ajaib’ yakni herba Superior yang
hebat untuk awet muda dan memanjangkan usia
seseorang. Pengambilannya secara berterusan akan
memberikan hasil yang baik.
Ia turut
dinyatakan dalam teks tersebut bahawa penggunaan
Reishi ini adalah sebagai ubat pencegah lebih
daripada merawat. Ini adalah amat baik bagi
kesakitan yang sering dialami pada masa kini
seperti alahan, diabetes, asma, kanser, penyakit
sendi, arterioklerosis dan lain-lain.
Apabila
seseorang itu di peringkat umur pertengahan,
pengambilan Reishi ini akan meningkatkan lagi
sistem immunisasinya terhadap serangan penyakit
serta menambahkan tenaga individu tersebut.
Seterusnya akan meningkatkan lagi tahap
kesihatan kita.
|
Friday, 23 February 2018
Friday, 16 February 2018
Sunday, 11 February 2018
Tuesday, 6 February 2018
Monday, 29 January 2018
Saturday, 27 January 2018
Wednesday, 24 January 2018
Monday, 22 January 2018
Wednesday, 17 January 2018
Wednesday, 10 January 2018
Tuesday, 9 January 2018
Friday, 5 January 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)