SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, 3 January 2016

DARAH TINGGI AND KENCING MANEH

DARAH TINGGI AND KENCING MANEH

caranya:

Ambil Daun Selaput Tunggul ni Buat Ulam Makan Mentah Jgn direbus.

Kencing Maneh:
3 helai sehari dan apabila kadar gula dah stabil cukup dgn 1 helai sahaja.

Darah Tinggi:
Makan Setiap Hari tidak boleh lebih dari 3 helai sehari.

Daun ini Juga jadi penawar bisa kala jengking atau binatang berbisa lainnya.

caranya upar daun Selaput Tunggul ni sampai keluar air dan tampalkan di tempat sengatan tersebut.

lain kegunaan ialah sebagai penahan darah ketika luka.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap tumbuhan ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

maman

maman buat jeruk je lepas tu masak lemak dg ikan kembung bakar.

TENAGA BATIN


MENGUATKAN
TENAGA BATIN

KHASIAT DAUN KESUM

Nenek moyang kita menggunakan daun kesum bagi mengawal dan mengurangkan kelemumur dengan melumurkan daun kesum yang telah dilumatkan pada kulit kepala. Selain itu, ia juga membantu dalam proses pencernaan dimana ia meransang dan melawaskan pembuangan air kecil dan air besar. Daun kesum tersebut perlulah di rebus dan airnya di minum.Bagi sesetengah kepercayaan, daun kesum bukan hanya digunakan dalam masakan, malah ia dijadikan ulam ulaman bagi proses awet muda dan menguatkan tenaga batin.

Seorang warga emas dari Marang Terengganu, Pok Nor berkongsi rahsia awet muda dan poligami. Beliau memakan pucuk daun kesum dan pucuk ubi selama 50 tahun sebagai hidangan sampingan bagi mengekalkan stamina tubuh dan kelihatan seperti orang muda (Harian Metro, 2011)

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

MERAWAT GOUT

MERAWAT GOUT

Khasiat Bunga Kantan

Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda.

Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.Manakala bagi mereka yang berpenyakit Gout, kalian boleh lah mencuba petua tradisional ini untuk merawatnya.

Caranya mudah sahaja.

1.Ambil 3 batang bunga kantan.

2.Rebus bersama 4.5L air sehingga akhirnya menjadi 3L.

3.Minum secara konsisten selama tiga hari berturut-turut

note:
Ada jg yg kata boleh menambah / menguatkan Tenaga Batin untuk lelaki:

Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan minum air rebusannya, pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.

note:
Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap ciptaan ALLAH itu adala

UBAT KUAT LELAKI


UBAT KUAT LELAKI

Khasiat Buah Pinang Muda

Anda dapat membuat ramuan tradisional ini di rumah Anda.

Caranya cukup mudah.

Dapatkan 1 biji buah Pinang muda yang belum mengeras disiapkan, pisahkan dari kulitnya. Lalu, campurkan dengan kuning telur Ayam atau Telur Itik. Campurkan juga Madu dan susu secukupnya. Kemudian, blender sampai halus.
Nah, sebelum dihidangkan, jus buah Pinang tersebut sebaiknya disaring dulu untuk memisahkan hampasnya supaya tidak ikut terminum.
Jus buah Pinang tersebut sebaiknya diminum beberapa jam sebelum Anda hendak melakukan hubungan suami-istri supaya hasilnya benar-benar terasa.

Jika kurang percaya, maka Anda boleh mencubanya sendiri!

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

TEMBAGA SUASA/MELONG


POKOK TEMBAGA SUASA/MELONG


Rawat Bengkak Terseliuh Atau Patah

Cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalah dengan mengambil beberapa helai daunnya.

Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit.Selepas itu balutkan.

Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri.

Untuk mengelakkan daunnya cepat putus,layurkan/salai terlebih dahulu dengan api,ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak."

Caranya ialah sapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak,barulah dibalut pada tempat yang bengkak,terseliuh,patah ataupun salah urat tersebut.

Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak.

Hati-hati dengan getahnya bagi sesetengah orang mungkin boleh menyebabkan gatal atau kulit meradang.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap tumbuhan ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.