Panduan asas penyimpanan makanan di ruang pendingin (chiller) peti sejuk:
1)Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.
2)Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg
plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas
aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan
tumpah.
3)Simpan makanan masak
di bahagian atas dan makanan mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan
pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun
bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan
sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman yang boleh mencemar makanan
yang telah dimasak.
4)Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik
berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan
air dan untuk peredaran udara.
5)Simpan buah-buahan dan
sayur-saurian berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas
ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.
6)Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
7)Simpan telur dan makanan berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah
disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk
menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti
sejuk.
8)Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka
dalam peti sejuk. Ini kerana jika disimpan dalam tin yang asal,
kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila
terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik
atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
9)Jangan menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari
3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan
tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat
rosak.
10)Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment