SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, 3 January 2016

KANSER PANGKAL RAHIM

KANSER PANGKAL RAHIM

KHASIAT LEMPOYANG/ HALIA HUTAN

Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia(UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.

Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam.
Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.

Caranya:
Ubi Lempoyang akan diparut, dicampur dengan sedikit air dan kemudian ditapis.

Sebelum minum masukkan seketul garam jantan.kacau
(garam kasar disebut garam jantan)

Rasanya Bukanlah Pahit Sangat. Ianya Adalah Rasa Payau Dan Sedikit Pahit.

Dijadikan Jamu Bagi Wanita Lepas Bersalin.

Mencegah Kecacingan Bagi Kanak Kanak.
Caranya: Minum Jus Lempoyang 1x sebulan.

Merawat Keletihan.
Segelas saja sudah cukup untuk membuatkan badan kembali segar.

Jamu Lempoyang

Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.

Tambahan Khasiat Lempoyang.
Mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.

Memperbanyakkan air susu badan.
Caranya:
ubi lempoyang dah siap parut, tapiskan patinya campur air suam.
Selawat dan minum satu nafas.

Cara Lain:
Kalau tak tahan nak minum macam di atas, pati lempoyang yg dah ditapis, bancuhkan dgn air suam letak sedikit madu atau gula batu, minum di waktu pagi, selepas sarapan.

No comments:

Post a Comment