Pages
▼
Friday, 27 May 2011
Sunday, 22 May 2011
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN
4 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
3 biji telur - dipukul dengan sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
2. Campurkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak, celup sotong di dalam telur dan kemudian golekkan di atas tepung yang telah digaul tadi.
4. Goreng sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang dimakan dengan nasi ataupun dengan sos.
RESEPI PIZA
BAHAN-BAHAN DOH PIZA
250gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin [boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak zaitun]
Sedikit oregano
BAHAN TOPPING
4 batang sosej yang telah direbus
Sedikit hirisan lada benggala hijau dan merah
Sedikit hirisan bawang
Sedikit hirisan tomato
Sedikit keju mozarela atau keju campuran
Beberapa hirisan buah zaiton hitam
3 sudu besar sos tomato atau sos piza
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Lumur sedikit doh dengan marjerin atau mentega, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi mendapatkan adunan yang lembut dan elastik.
3. Selepas itu, keluarkan dari plastik dan uli lagi beberapa minit lagi dalam mangkuk adunan. Tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan canai bulat.
5. Cucukkan dasar doh piza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali sapu dasar piza dengan sos tomato dan tabur dengan hirisan sosej, lada benggala hijau/merah, tomato, hirisan buah zaiton dan bawang besar.
6. Akhir sekali taburkan keju mozarela, bakar pada suhu pada 180 darjah celcius selama 18-20 minit atau sehingga permukaan piza perang
RESEPI AYAM GORENG LEMON
BAHAN-BAHAN
200gm ayam dipotong kecil
1sudu besar tepung gandum
1sudu kecil serbuk kari
2sudu besar sos lemon
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan ayam bersama tepung gandum, serbuk kari, garam dan gula secukup rasa.
2. Panaskan minyak lalu goreng ayam tersebut. Angkat dan toskan.
3. Kemudian, masukkan ayam yang telah siap digoreng ke dalam pinggan dan tuangkan sos lemon ke atasnya. Boleh juga letakkan cili merah dan hirisan lemon sebagai hiasan. Siap dihidang.
RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN
1/2kg anak sotong
5tangkai cili padi-dipotong kecil
3ulas bawang putih-dihiris nipis
3sudu besar serbuk lada hitam
1sudu besar sos soya
1 susu besar gula kelapa laut
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT
1. Goreng anak sotong hingga separuh masak dan angkat. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili padi, bawang putih dan tumiskan seketika.
3. Kemudian, masukkan sos soya, gula kelapa laut lalu dikacau seketika. Selepas itu masukkan anak sotong yang telah siap digoreng tadi.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan gaulkan hingga sebati. Sedia dihidang.
RESEPI APAM KUKUS
BAHAN-BAHAN
10 ketul tapai ubi kayu [sederhana besar]
1 kampit tepung beras
2 cawan gula
6 gelas air
3 sudu teh yis
Sedikit garam
Kelapa parut [putih] secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Ibu roti dibancuh dengan sedikita air suam dan perapkan hingga naik.
2. Tapai dilecek dengan gula sehingga hancur.
3. Campur tepung dengan air, tapai, ibu roti. Gaul hingga sebati.
4. Perap selama 3 jam atau sehingga naik. Kemudian masukkan kedalam acuan kecil berbentuk bulat dan bersegi dan dikukus sehingga masak.
5. Hidangkan apam bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
RESEPI KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN
1 potong kepala ikan merah
125gm serbuk kari ikan
50gm jintan putih
10gm jintan manis
3gm halba campur
150gm bawang besar-dikisar
50gm bawang putih-dikisar
2batang serai-dititik
200ml air asam jawa
2biji tomato
4biji cili merah
4batang bendi
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kepala ikan dibersihkan dengan menggunakan air asam jawa bagi menghilangkan hanyir.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah siap dikisar bersama halba campur dan daun kari.
3. Masukkan semua bahan rempah yang siap dicampurkan dengan sedikit air.
4. Setelah itu, tumis bahan tersebut hingga pecah lemak.
5. Masukkan air asam jawa dan kepala ikan dan biarkan kepala ikan itu separuh masak.
6. Masukkan pula tomato, bendi, cili merah dan kacau sekali sekala sehingga ikan masak.
7. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Angkat dan sedia dihidang.
RESEPI MI KARI NYONYA
BAHAN-BAHAN
Mi kuning secukupnya
1/2 kg santan
200gm bawang besar-dikisar
50gm bawang putih-dikisar
150gm cili kering-dikisar
50gm asam keping
50gm udang kering-dikisar
3 batang serai dititik
30gm isi kerang
30gm isi ayam
30gm isi udang
30gm tauge
30gm bendi
1 keping tauhu kering
gula dan garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan.
2. Kemudian masukkan udang kering,serai,kerang,isi ayam,udang,bendi dan tauhu kering.
3. Kacau lalu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih.
4. Setelah kuah siap dimasak, masukkan mi dan taugeh serta daun hiasan dan cili dan telur [jika mahu] ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.
RESEPI CENDOL DURIAN
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar cendol
2 sudu besar isi durian
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar santan
Beberapa ketul ais kiub
CARA MEMBUAT
1. Kisar ais kiub dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan cendol, isi durian, air gula merah dan santan. Boleh terus dihidang.
RESEPI KERABU MANGGA CAMPUR PERUT
BAHAN-BAHAN
100 gm perut
Sebiji mangga - dimayang
5 tangkai cili padi - dimayang
3 helai daun limau purut - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
3 batang serai - dimayang
10 gm kacang tanah - dikisar
2 sudu jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Rebus perut hingga mendidih lalu ditoskan. Ketepikan.
2. Gaulkan kesemua bahan yang dimayang sehingga sebati.
3. Masukkan perut, mangga dan kacang tanah. Gaulkan hingga sebati. Sedia dihidangkan
RESEPI KERUTUP DAGING
BAHAN-BAHAN
1 kg daging - dipotong
500 ml santan
500 ml air
Sedikit air asam jawa
10 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 sudu besar rempah kerutup
2 sudu besar kerisik
Garam, gula dan minyak secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan-bahan kisar dengan rempah kerutup hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan kerisik dan daging lalu biarkan sampai empuk.
3. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam, gula dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
4. Sedia untuk dihidang.
RESEPI IKAN KELI BERLADA
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan keli - dibersihkan dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam
6 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
30 tangkai cili padi - dikisar
2 biji bawang merah - dipotong
1 biji tomato - dipotong
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah digaram kunyitkan dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili padi yang telah dikisar hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah dan tomato yang dipotong tadi serta garam dan gula secukup rasa.
3. Angkat dan siramkan bahan tadi ke atas ikan keli yang telah digoreng tadi.
RESEPI SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN
1/2 kg kelapa parut - digoreng tanpa minyak hingga kekuningan
10 ekor ikan sardin - direbus dan dikisar
4 batang serai - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
Cili hijau secukupnya [kalau boleh yang besar] - dibelah sedikit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan ikan, bahan-bahan yang dikisar bersama garam dan gula.
2. Kemudian gaulkan dengan kelapa yang telah digoreng tadi hingga sebati.
3. Sumbatkan bahan-bahan tersebut ke dalam lada hijau yang telah dibelah dan kukus seketika.
4. Angkat dan sedia dihidang
RESEPI KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam - dipotong ikut citarasa anda
5 biji bawang merah - digoreng dan dikisar halus
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar rempah kuzi
2 sudu besar minyak
5 gm kismis - digoreng
1 gm kacang badam - digoreng
1/2 tin susu cair
Sedikit air rebusan ayam
CARA MEMBUAT
1. Rebus ayam dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis sos rempah kuzi, sos tomato dan puri tomato hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dam susu cair, garam, gula dan diikuti dengan ayam, badam dan kismis goreng. Biarkan sehingga masak dan angkat.
RESEPI CUCUR BILIS
BAHAN-BAHAN
200 gram tepung gandum
100 gram tepung beras
50 gram tepung jagung
100 gram ikan bilis
50 gram daun kucai - dihiris
50 gram bawang besar - dihiris
30 gram cili merah - dihiris
5 gram baking powder
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gaul semua bahan hingga sebati.
2. Goreng ramuan ini di dalam minyak panas.
3. Setelah kekuningan, angkat dan toskan.
4. Sedia dihidang. Boleh dimakan bersama sos atau sos dengan mayonis mengikut citarasa anda
RESEPI GULAI LEMAK TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur itik
3 tangkai cili api - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
100 ml air
200 ml santan
1 helai daun kunyit - dipotong nipis
1 keping asam keping
CARA MEMBUAT
1. Telur itik direbus dahulu dan dikopek. Ketepikan.
2. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama garam dan gula. Apabila mendidih, masukkan santan dan kacau hingga mendidih sekali lagi.
3. Kemudian, masukkan telur itik rebus tadi diikuti dengan daun kunyit.
4. Kacau sehingga kuah pekat.
RESEPI UDANG GALAH GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN
400 gram udang galah
30 gram rempah biji
60 gram buah keras
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Kisar rempah biji dan buah keras. Gaul bersama udang, garam dan lada sulah. Perapkan.
2. Goreng udang sehingga kekuningan dan masak.
3. Angkat dan sedia dihidang
RESEPI DADIH
BAHAN-BAHAN
200ml susu segar
500ml air
10gram agar-agar
150ml jus yang anda suka
70gram gula
CARA MEMBUAT
1. Masak air,agar-agar dan susu sehingga larut.
2. Masukkan jus serta gula.
3. Biarkan mendidih sehingga gulanya hancur.
4. Setelah masak, masukkan ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk.
5. Sedia dihidang.
200ml susu segar
500ml air
10gram agar-agar
150ml jus yang anda suka
70gram gula
CARA MEMBUAT
1. Masak air,agar-agar dan susu sehingga larut.
2. Masukkan jus serta gula.
3. Biarkan mendidih sehingga gulanya hancur.
4. Setelah masak, masukkan ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk.
5. Sedia dihidang.
RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN
4 keping ikan patin
10 tangkai cili padi - dikisar
Sedikit kunyit hidup - dikisar
Tempoyak
Sedikit daun kesum
Garam
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili padi, kunyit hidup dan tempoyak hingga halus. Masukkan ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesum dan garam secukup rasa.
3. Apabila masak, angkat dan sedia dihidang.
Resepi Chicken Chop Dan Sos Black Pepper
Bahan-bahan ayam :
1 potong peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 potong tomato
20 gram tepung
20 gram kentang - digoreng
Sedikit lada sulah
Penyediaan ayam :
1. Salut ayam dengan bancuhan tepung dan telur.
2. Gril di atas kuali leper antara 10 ke 15 minit.
3. Ketepikan.
3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung yang telah dibancuh tadi.
4. Kacau sebati dan masak ikut tahap kepekatan yang anda suka.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan bersama ayam, kentang goreng, coleslow dan sepotong tomato.
Bahan-bahan sos black pepper :
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
5 sudu besar lada hitam - dikisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak
Cara Penyediaan sos black pepper :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahannya :
Ikan - ikut suka
Garam
Kunyit
Daun pisang/aluminium foil - saya suka guna daun kunyit. Cuba la... baunya menyentap sukma. Wangi sampai luar rumah
Caranya :
Perap ikan dengan garam dan kunyit.
Balut dengan daun / aluminium foil.
Bakar atas kuali.
Hidang dengan air asam / air kicap / budu - ikut suka
Resepi Kerabu Taugeh
Bahan-bahan :
100 gm daun kucai
100 gm tauge
1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk
10 tangai cili padi - tumbuk
1 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Caranya :
1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge.
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.
Resepi Ikan Talang Masak Lemak
Bahan-bahan :
Ikan talang - rendam dulu ye. masin nih
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris lengkuas
sedikit nenas / timun
santan
Cara-cara :
Blend bawang merah, bawang putih dan lengkuas. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan ikan dan nenas. Bila mendidih, masukkan santan. Kacau untuk elakkan berketul. Rasa-rasa dah masak dan sedap, angkat la. Tak payah letak garam.ikan sudah masin!
selamat mencuba
Tips Memilih Ikan Segar
Tips Memilih Ikan Segar
Bagi memastikan ikan yang dibeli segar, tengok insang dan matanya. Insang ikan mesti masih merah dan mata dia jernih. Pastu, try tekan daging dia. Ikan segar, kesan tekan tu, x tertinggal. Daging dia bounce balik.
Note : Berhati2 ye... kalo ikan nampak segar, tetapi mata dia putih aje, JANGAN BELI. Ikan tu dah diawet dengan ubat mayat.
Resepi Nasi Beriani Udang
Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar (lagi besar, lagi sedap)
2 tin susu beras siam
2 tin susu cair
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar ( mayang halus )
Segenggam bawang besar ( tumbuk lumat )
2 hiris halis
2 ulas bawang merah ( mayang halus )
2 ulas bawang putih ( untuk menumis )
Daun pandan
Kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga
Caranya :
1. Udang dibersihkan
2. Cuci dan toskan beras
3. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
4. Masukkan 2 tin susu cair
5. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan sedikit garam
6. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Masukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa
7. Goreng udang sehingga separuh masak.
8. Masukkan udang ke dalam nasi yang hampir masak. Gaulkan.
9. Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
10.Hidangkan bersama acar.
Tips Ulam/Buah Kekal Rangup
Rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.
Resepi Sup Ikan Merah
Bahan-bahannya :
3 ketul ikan merah
rempah tumis - bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
rempah sup - serbuk
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
sedikit halia - dimayang
sedikit air asam jawa - hilangkan hanyir
carrot
daun sup
celeri
air
Caranya :
Tumis bahan tumis.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan halia.
Masukkan rempah sup. Goreng sekejap, masukkan air dan air asam jawa.
Setelah air mendidih, masukkan ikan, garam, carrot dan celeri.
Akhir sekali, masukkan daun sup.
3 ketul ikan merah
rempah tumis - bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
rempah sup - serbuk
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
sedikit halia - dimayang
sedikit air asam jawa - hilangkan hanyir
carrot
daun sup
celeri
air
Caranya :
Tumis bahan tumis.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan halia.
Masukkan rempah sup. Goreng sekejap, masukkan air dan air asam jawa.
Setelah air mendidih, masukkan ikan, garam, carrot dan celeri.
Akhir sekali, masukkan daun sup.
Resepi Kerang Rebus
Bahan-bahannya :
Kerang - 2kg
Daun kunyit
Serai - dititik
Caranya :
Bersihkan kerang.
Rebus bersama secawan air, serai dan daun kunyit.
Tak perlu dimasukkan garam
Hidang bersama sos / kicap
Wednesday, 11 May 2011
Sunday, 8 May 2011
tapai beras hitam
Bahan :
500 beras ketan hitam
2 gelas air
2 butir ragi tape
2 sdm gula halus ( jika perlu )
Cara Membuat :
Beras ketan hitam dicuci bersih, lalu rendam semalam karena ketan ini tergolong keras makanya perlu direndam semalemnya biar tidak susah.
Tiriskan lalu kukus hingga setengah matang cuma dikukus, klo sulit mending masak dengan sedikit air kira kira setenga mata baru pindahkan untuk dikukus.
Sementara mengukus siapkan air panas 2 gelas.
Saat ketan sudah panas kepul-kepul, siram-siram dengan air mendidih (posisi tetap diatas kompor) sambil diaduk-aduk hingga semua ketan terkena air panas.
Teruskan mengukus hingga ketan matang.
Angkat ketan ratakan dalam nampan atau tampah yang rada besar.
Biarkan hingga benar-benar dingin.
Haluskan raginya.
Ratakan selapis ketan dalam wadah ukuran sedang, taburi ragi hingga rata. Taburkan juga gula halus secukupnya.( tanpa gula juga tidak apa ) karena nantinya juga manis.
Tambahkan selapis ketan lagi diatasnya, beri ragi dan gula kastor. Lakukan seterusnya hingga bahan habis.
Tutup rapat dan diamkan selama 3 hari 2 malam di tempat yang hangat.
Ada baiknya siapkan wadah seperti baskon kecil atau sedang, kemudian diberi daun pisang dalam wadah baskon tadi baru ketan hitam yang telah diberi ragi diletakan dalam baskon yng sudah diberi alas daun pisang, kenudian tutup rapat seperti membungkus nasi halus rapat. bisa juga diatasnya ditutup kain.
Kira kira 3hari hari boleh dibuka, jangan dibuka sebelum 2 atau 3 hari karena proses permentasinya bisa terganngu, bisa juga dicium dari aromanya, jika tape ketan hitam sudah jadi biasanya harum tandanya sudah jadi jadi gak perlu dibuka sebelum saatnya cukup dicium.
Bookmark and Share
Related Posts
Thursday, 5 May 2011
Resipi mee bandung
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
2. Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
2. Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.
Resipi ayam asam pedas
BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan giling hingga garing.
2. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat. Sedia dihidang.
Resepi ayam 3 rasa
BAHAN-BAHAN
½ekor ayam - dipotong
½biji bwg besar - di hiris
minyak untuk menumis
3 ulas bwg merah kecil - di hiris
4 ulas bwg putih - dihiris
halia sebesar ibu jar - dihirs
1 btg serai - di hiris
½ cwn air
2 sudu mkn lada kisar
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu mkn serbuk kari
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn kicap manis
3 biji tamato - di potong dua
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam & aji dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato. Sedia untuk di hidang.
Resepi ayam paprik
BAHAN-BAHAN
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
2. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
3. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. Sedia dihidang.
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
2. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
3. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik. Sedia dihidang.
Resipi begedil
BAHAN-BAHAN
300 gram kentang
¼ sudu teh lada sulah¼ sudu teh lada hitam
Sedikit daun sup
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng
2 biji telur
CARA MEMBUAT
1. Kupas kentang dan potong kecil. Potong-potong dan goreng kentang tersebut. Angkat dan lenyekkan bersama lada sulah, lada hitam, daun sup, bawang goreng dan garam.
2. Apabila rata, bentukkan dan celupkan ke dalam telur yang dah dipukul dan gorengkan. Sedia dihidang.
Resepi Ayam percik.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam - dipotong 4
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia
1 sudu teh air limau
1 liter santan pekat
2 batang serai - diketuk
Sedikit cili giling
Garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Masukkan santan dan bahan-bahan kisar ke dalam kuali.
2. Kemudian, masukkan pula air limau, garam, gula dan serai dan masak sehingga pekat.
3. Ayam direbus dengan sedikit santan sehingga empuk dan angkat.
4. Lalu siram santan yang dimasak tadi ke atas ayam yang telah dibakar tadi..
1 ekor ayam - dipotong 4
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia
1 sudu teh air limau
1 liter santan pekat
2 batang serai - diketuk
Sedikit cili giling
Garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Masukkan santan dan bahan-bahan kisar ke dalam kuali.
2. Kemudian, masukkan pula air limau, garam, gula dan serai dan masak sehingga pekat.
3. Ayam direbus dengan sedikit santan sehingga empuk dan angkat.
4. Lalu siram santan yang dimasak tadi ke atas ayam yang telah dibakar tadi..
Resipi kerabu telur dadar
BAHAN-BAHAN
5 biji telur ayam, didadar
7 tangkai cili merah, ditumbuk
1 mangkuk pati santan
3 camca teh air limau nipis
1 ikat daun kesum, dihiris
2 batang bunga kantan, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 sm halia, dihiris
5 helai daun purut, dihiris
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Telur dadar dihiris halus-halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan hiris, air limau nipis dan garam. Gaul hingga sebati
5 biji telur ayam, didadar
7 tangkai cili merah, ditumbuk
1 mangkuk pati santan
3 camca teh air limau nipis
1 ikat daun kesum, dihiris
2 batang bunga kantan, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 sm halia, dihiris
5 helai daun purut, dihiris
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Telur dadar dihiris halus-halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan hiris, air limau nipis dan garam. Gaul hingga sebati
Resipi nasi goreng cina
BAHAN-BAHAN
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
Resipi bubur lambuk
BAHAN-BAHAN
Beras 1 pot
secubit halba
segenggam udang kering
garam secukup rasa
daun kunyit
bawang putih hiris
lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)
bawang goreng (jika suka)
secubit serbuk lada putih
santan
daun sup
CARA MEMBUAT
1.masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih
2.masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup
3.masak dalam lima minit, tutup api.
Resipi acar buah
BAHAN-BAHAN
1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT
Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Pijarkan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat
1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT
Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Pijarkan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat
Resepi kerabu perut.
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk perut direbus dan dihiris
20 tangkai cili padi [jika suka pedas tambah lagi]
3 helai daun limau - dihiris
1 ikat daun kesum - dihiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
Perahan air limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan perut dengan semua bahan yang dihiris.
2. Masukkan gula, garam, serbuk lada hitam dan perahan air limau.
3. Sedia dihidang.