Pages
▼
Friday, 27 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Pembuka Selera
Sup Labu Bebola Ayam
Bahan-bahan untuk bebola ayam:
200 gm daging ayam - dikisar
50 gm bawang merah
25 gm bawang putih
20 gm cili merah - dimayang
10 gm daun bawang - dimayang
50 gm tepung jagung
30 ml minyak sayuran
10 gm gula
Sedikit stok ayam untuk merebus bebola
Bahan-bahan untuk sup:
1 liter stok ayam
300 ml santan
300 ml krim
5 gm daun ketumbar
2 keping daun salam
250 gm labu - dipotong dadu
Sedikit cili merah - dimayang halus
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Cara menyediakan bebola ayam:
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar halus.
2. Bentukkan seperti bola-bola kecil.
3. Rebuskan bebola ayam ini di dalam air rebusan stok ayam.
4. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat.
5. Tuskan bebola ini. Ketepikan.
Cara menyediakan sup:
1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sehingga ia mendidih.
2. Angkat sup ini dan biarkan ia sejuk.
3. Apabila sudah sejuk, kisarlah sup ini.
4. Bolehlah tuangkan sup ini di atas bebola ayam.
5. Hidangkan bersama roti.
Tauhu Goreng Sos Tomato
Bahan-bahan:
4 keping tauhu basah
6 ulas bawang merah - dimayang
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun ketumbar
2 tangkai daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Mula-mula, goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
2. Di dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak menggoreng tadi.
3. Tumis bawang merah dan cili kisar.
4. Apabila naik bau, masukkan sos tomato.
5. Kacau rata.
6. Masukkan tauhu, garam dan gula.
7. Apabila kuah mulai pekat, taburkan daun ketumbar dan daun bawang.
8. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi.
Taucu Bilis Lemak
Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis
7 tangkai cili hijau - dihiris
2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 keping asam gelugur
1 cawan santan
2 sm halia - jika suka
2 sudu besar taucu
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan halia hingga layu.
2. Tuangkan taucu dan santan.
3. Masukkan ikan bilis dan asam gelugur.
4. Masukkan juga, gula. Kacau rata.
5. Apabila ikan bilis masak, bolehlah diangkat.
6. Hidangkan bersama nasi.
Sambal Udang Kering
Bahan-bahan:
300 gm udang kering
35 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
6 batang serai - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 sudu asam jawa - diambil jusnya
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/4 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing
5 sudu besar minyak
Cara menyediakan:
1. Rendamkan udang kering selama sejam.
2. Bersihkan, tus dan keringkan.
3. Kisar udang kering ini sehingga halus.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa.
8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering.
9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng.
10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.
Wednesday, 25 April 2012
Saturday, 21 April 2012
resepi sotong masak kicap
Bahan-bahan :
5 ekor sotong putih
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
Serai - dititik
Sedikit lada hitam
Sedikit cili padi - diketuk
Kicap
Air
Garam - jika perlu
Halia - ditumbuk
Tomato ceri
Carrot - dihiris
Lada merah - dihiris
Caranya :
Tumis bahan tumbuk, serai, lada hitam dan cili padi.
Masukkan air dan kicap.
Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar.
Masukkan sotong.
Sesuaikan rasa dengan garam ( jika perlu ).
resepi ayam kukus
n-bahan :
4 ketul ayam
1 inci halia - ditumbuk
Sedikit lada hitam - ditumbuk
2 batang serai - dititik
6 ulas bawang merah - ditumbuk
Sedikit jus lemon
Garam
Air
Kicap
Carrot - dihiris
Tomato - dibelah
Caranya :
Perap ayam dengan bahan tumbuk, serai, lemon, kicap dan garam.
Masukkan sedikit air.
Kukus ayam hingga hampir masak.
Masukkan carrot dan tomato.
Kukus hingga ayam masak.
resepi salad telur
Bahan-bahan :
Telur - rebus, belah dua
Salad
Timun dan tomato - hiris nipis
Sos cili / tomato
Mayonis
Caranya :
Susun salad, timun, tomato dan telur.
Tuangkan sos dan mayonis.
resepi tapai pulut
Bahan-bahan :
1 kg beras pulut
1/2 biji ragi - tumbuk halus dan diayak
Daun pisang untuk membalut
Caranya :
Masak / kukus pulut. Sukatan pulut sama dengan sukatan air.
Masukkan pulut ke dalam dulang. Ratakan dan biar betul-betul sejuk.
Ayakkan ragi di permukaan pulut.
Terbalikkan pulut. Ayakkan lagi ragi.
Balut pulut dengan daun pisang.
Simpan dan peram ditempat sejuk ( dalam tong beras etc ) selama 2 hari.
resepi masak lemak telur masin
Bahan-bahan :
3 biji telur masin
Santan
Serai - dititik
1/2 labu bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji cili besar - ditumbuk
cili padi - ikut tahap kepedasan
serbuk kunyit
garam
Caranya :
Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan sedikit air ke dalam kuali.
Setelah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur satu per satu.
Setelah telur mula mengeras, masukkan santan.
Sesuaikan rasa dengan garam dan siap :)
resepi sate
Bahan-bahan :
Daging ayam / daging
*bahan-bahan di bawah ikut kuantiti daging
*kisar halus semua bahan
Serai
Kunyit
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Jintan manis - disangrai dulu
Jintan putih - disangrai dulu
Ketumbar - disangrai dulu
Garam
Gula
Caranya :
Perapkan semua bahan di atas dengan daging.
Biar semalaman.
Cucuk daging pada lidi sate.
Bakar.
Semasa membakar, sapukan minyak kuah sate ke atas daging.
resepi masak lemak ikan kembung
Bahan-bahan :
Ikan kembung
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Lengkuas - ditumbuk
Kunyit - ditumbuk
Asam keping
Santan
Caranya :
Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali berisi sedikit air.
Masukkan asam keping.
Masukkan santan.
Tunggu santan mendidih dan kuah menjadi agak pekat..
Masukkan ikan.
Sesuaikan rasa dengan garam.
resepi sup ekor
han-bahannya :
500 gm ekor
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit ketumbar - tumbuk kasar
Daun ketumbar
Celeri
Bawang goreng secukupnya
Garam
Air
Minyak untuk menumis
1 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
4 biji cili padi - ketuk
Sedikit perahan lemon / limau
Cendawan tiram
memasaknyanya :
Tumis bawang, halia hingga wangi.
Masukkankan ketumbar tumbuk.
Masukkan ekor. Kecilkan api, biar ekor seketika.
Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan tersejat sedikit.
Masukkan air secukupnya.
Rebus sehingga ekor lembut. Jika air mengering, tambah lagi air secukupnya.
Masukkan lada putih yang telah ditumbuk kasar.
MAsukkan cili padi -- jika hendak pedas.
Setelah ekor empuk, masukkan garam secukupnya.
MAsukkan celeri dan cendawan tiram.
Perahkan sedikit lemon / limau.
Tutup api.
Taburkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.