Oleh Dr. NORSUHANA A.H.
Daging
membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium,
vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Tahukah anda perbezaan
antara daging merah dengan daging putih?
Kedua-dua
daging ini dibezakan berdasarkan kandungan mioglobin. Kandungan
mioglobin daging putih seperti ayam adalah kurang daripada 0.05
miligram, manakala daging merah mengandungi mioglobin dalam kuantiti
yang lebih tinggi.
Kajian
mendapati bahawa pengambilan daging merah seperti daging lembu,
kambing, dan biri-biri pada kadar yang berlebihan mendatangkan kesan negatif
kepada kesihatan. Penyakit barah, diabetes jenis dua, dan
kardiovaskular merupakan antara penyakit berisiko yang bakal dihidapi
sekiranya mengambil daging merah dalam jumlah dan kekerapan yang tinggi.
Barah
kolorektum, pankreas, dan payudara antara penyakit barah yang sering
dikaitkan dengan pengambilan daging merah. Banyak kajian epidemiologi
menunjukkan bahawa perkaitan antara pengambilan daging merah dengan
penyakit barah.
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh seorang saintis Barat, Ferguson (2010), mendapati bahawa risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.
No comments:
Post a Comment