Pages

Resepi: Kari Ketam Tumis Darat


Bahan-bahan :

6 ekor ketam
3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 inci halia.. ditumbuk lumat
Satu paket Rempah Kari..
Air secukupnya
Santan pekat
Sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit

Bahan2 untuk ditumis garing :

Sedikit minyak masak untuk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur

Cara-cara :

Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
Tutup kuali dan padamkan api.

Resepi: Ikan kering tumis darat


Bahan-bahan:

4 hingga 6 keping tulang ikan masin (ikan talang atau ikan merah)
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kari ikan
(kak Ros suka rempah lebih... hihi...)
1/2 biji kelapa parut - diambil 2 cawan santan
4 biji ubi keledek - dipotong empat
2 biji terung bulat - dibelah enam
1/4 biji nanas - dibuang empulur dan potong kecil
3-4 ulas bawang putih (blender)
2 ulas bawang besar (blender)
1 sudu teh jintan manis (tumis)
3-4 ulas bawang merah dan bawang putih (tumis)
1 tangkai daun kari (tumis)
3 keping asam gelugor (asam keping)
2 sudu besar minyak
Garam jika perlu

Cara Menyediakan:

Campurkan rempah daging dan tulang dengan satu cawan pati santan, kemudian rebuskan hingga mesra.
Masukkan satu lagi cawan santan diikuti dengan ubi keledek. Apabila lembut, masukkan nanas.
Setelah masak, kecilkan api dan ketepikan bahan tadi.
Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, jintan manis, bawang putih serta daun kari.
Tumis sampai naik wangi kemudian tuang semua bahan dalam kuali ke dalam periuk. Tutupkan api.
Tutup periuk selama 10 minit agar bahan-bahan menjadi lebih mesra sebelum dihidangkan.

Resepi: Isi ikan goreng rangup


BAHAN-BAHAN:
120 gm isi ikan
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil jus lemon
5 sudu besar tepung jagung

CARA MENYEDIAKAN:

Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili, minyak jagung dan jus lemon selama 20 minit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan.

Resepi: Sambal darat ikan haruan


BAHAN-BAHAN:

3 potong isi ikan haruan (goreng)
5 tangkai cili hijau (hiris)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:

Tumis semua bahan hingga layu. Bubuhkan sedikit garam.
Masukkan ikan dan gaul rata.

Resepi: Sambal Ikan


BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung
8 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit belacan
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

Tumis semua bahan tumbuk dan belacan hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili dan asam gelu gur. Bubuhkan garam dan gula. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.

Resepi: Ikan bakar daun kunyit


AHAN PERAP:

3 sudu pes tomyam
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
2 helai daun limau purut

BAHAN B:

1 helai daun kunyit
1 ekor ikan kerapu

CARA MENYEDIAKAN:

Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam.
Balut dengan daun kunyit.
Bakar hingga masak.
Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap.

resepi tembikai susu


Bahan-bahan:

Tembikai (dibuang kulit dan biji - potong kecil2)
Gula secukup rasa
Sedikit air
Ais krim vanilla
Susu segar/susu cair
Sedikit ketulan ais.

Cara penyediaan:

Kisar tembikai bersama sedikit air dan gula.
Kemudian masukkan sedikit ais krim vanilla dan dikisar sekejap saja.
Masukkan ke dalam gelas, kemudian masukkan susu segar/susu cair dan ketulan ais mengikut kesukaan anda. Kalau ingin lebih sedap lagi masukkan ais krim vanilla. Sedia untuk dinikmati.

Ayam bakaq


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit cili serbuk
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, sos tiram, cili serbuk dan garam secukup rasa. Perapkan selama 2-3 jam. Kemudian, bakarlah dalam microwave sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

* Makanlah bersama perahan lemon/limau dan ulam2an.

Resepi: Ayam goreng berlada


Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara

Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
Hidangkan dengan nasi atau roti.

Resepi: Sup Pekat Ayam Kampung


BAHAN-BAHAN:
200 gm pes sup pekat
2 paket sup bunjut
1 ekor ayam kampung
Bawang goreng
Air secukupnya

BAHAN KISAR:
Setangkai daun bawang
Setangkai daun sup
450 gm kentang (rebus)
2 1/2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:

Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut.
Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar, taburkan bawang putih.

Resepi: Ayam masak pedas


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cawan jus lemon
15 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 cm belacan
1 sudu kecil pati ayam
1/2 cawan santan pekat
Gam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:

Ayam digaul dengan jus lemon kemudian diperap selama sejam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan empat sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan pati ayam, garam, gula dan santan. Kacau hingga rata dan masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau dan angkat.

Resepi: Ayam Celup Tepung


BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah
1 sudu besar bijan

CARA MENYEDIAKAN:

Bancuh tepung dengan telur, garam dan lada sulah.
Taburkan bijan.
Tuangkan sedikit air, Celupkan ayam,
Goreng hingga garing.

Resepi: Ayam Bakar Berempah


BAHAN A:
500 gm peha ayam
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
Gula dan garam

BAHAN KISAR:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kayu manis
1 sudu kecil ada hitam
1 sudu kecil ketumbar
2 kuntum bunga lawang

CARA MENYEDIAKAN:

Kisar semua bahan A (kecuali ayam) dan ambil jusnya. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam.
Setelah itu, gaulkan pula bahan B dan perap selama sejam.
Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit.

Resepi: Daging Rendang Merah Utara


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
20 tangkai cili kering (kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu besar lengkuas (kisar)
2 sudu kecil jintan manis (kisar)
2 sudu kecil ketumbar (kisar)
2 sudu besar sos tomato Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:

Daging dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Kemudian tuskan dan ketepikan.
Selepas itu panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar.
Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak dan barulah masukkan gula, garam, sos tomato dan daging.
Masak untuk selama 10 minit dan agak-agak dah kering dan pekat, matikan api.

resepi Daging blackpepper


Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Resepi: Beef Cutlet


BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging (cincang)
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 tangkai cili merah (cincang halus)
1 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 labu bawang besar (cincang halus)
500 gm ubi kentang (rebus dan lecek)
2 tangkai daun sup (cincang)
1 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
Sedikit bread crump
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

Terlebih dahulu keringkan air daging di atas dapur.
Kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau rata bersama daging.
Masukkan pula bahan-bahan tumbuk bersama daun sup. Ketepikan.
Lenyekkan kentang tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama daging, kuning telur dan garam hingga sebati.
Bulatkan adunan seperti hendak membuat bergedil dan celupkan ke dalam telur putih dan bread crump sebelum digoreng. Ulangkan langkah yang sama sehingga semua adunan habis.
Panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna keemasan.

Resepi: Bergedel jagung


BAHAN-BAHAN:
3 jagung (hiris isi dan tumbuk)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 tangkai daun sup (hiris)
4 helai daun limau purut (hiris)
3 tangkai cili merah (hiris)
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung ataupun tepung gandum

BAHAN BUMBU:
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil ketumbar
Garam, gula, lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:

Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
Cucurkan dalam minyak. Kalau boleh minyak untuk menggoreng jangan terlalu banyak.

Resepi: Bayam Rangup


BAHAN-BAHAN:

50 helai daun bayam
500 ml minyak masak
1 ulas bawang putih (kisar)
1 ulas bawang merah (kisar)
1 biji telur
1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

Campurkan bersama bawang merah, bawang putih, telur, serbuk cili, tepung jagung, tepung beras dan garam dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Setelah minyak panas celupkan daun bayam satu persatu dan terus gorengkan.
Setelah masak, angkat dan tuskan.

Resepi: Asparagus dan Udang


Bahan-bahan :
2 cekak asparagus
200gm udang basah
2 biji bawang putih, diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 camca teh serbuk ada hitam
sedikit minyak untuk menumis
2 titis minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan udang dan kacau seketika.
2. Masukkan sos tiram, lada hitam.
3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan asparagus, kacau-kacau seketika sahaja dan sedia untuk dihidang.

Resepi: Udang goreng rempah berlabu


BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

Resepi: Udang Masam


BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
6 helai daun limau nipis
Air secukupnya
1 tangkai daun bawang

BAHAN BUMBU:
2 biji tomato (Tumbuk kasar)
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
4 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

Rendam udang dengan air limau dan garam.
Tumis bahan bumbu dengan daun limau purut hingga naik bau.
Masukkan udang, kacau hingga berubah warna.
Tuangkan air, masak kuahnya pekat, sedikit mengental.
Akhir sekali masukkan daun bawang.

Resepi: Udang Wangi


Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidang.

Monday, 22 August 2011

RESEPI IKAN SINGGANG


Bahan-bahannya :-
2 ekor ikan kembung [dikerat 2]
3 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
4 keping asam keping
garam


Cara membuat :
1. Ketuk lengkuas,bawang putih dan cili padi dan rebuskan di dalam kuali. Kuantiti air mengikut kuantiti kuah yang anda inginkan.
2. Masukkan asam keping.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.
4. Boleh juga masukkan bendi jika anda suka.
5. Tunggu seketika sehingga masak dan sedia dihidang.

Resepi udang masak lemak cili padi


Bahan-bahan
20 ekor udang galah [terpulang nak kopek/tidak]
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1 keping asam keping


Cara membuatnya
1. Kisarkan kunyit hidup dan cili padi.
2. Rebuskan. Apabila mendidih, masukkan asam keping, garam dan santan. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang. Kacau rata dan biarkan mendidih sekali lagi.
4. Angkat dan sedia dihidang.

Resepi udang masak saleri


Bahan-bahan :
Udang dibuang kulit
4 batang daun saleri - dihiris kasar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Cili merah - dihiris
Sedikit air
Garam

Caranya membuatnya


1. Tumiskan bawang. Bila dah naik bau,masukkan sedikit air.
2. Masukkan saleri, udang dan cili.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kacau rata dan sedia dihidang :)

Resepi sambal udang


Bahan-bahan
Udang
Cili kisar
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
air asam jawa
garam dan gula


Cara membuatnya
1. Kisar cili,bawang,kunyit dan halia dan tumiskan kesemua bahan tersebut.
2. Apabila dah naik bau, masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan udang, kacau rata 2 minit dan sedia dihidang.

Resepi udang tempura


Bahan-bahan
udang
tepung tempura
serbuk roti
telur
garam
lada putih


Cara membuatnya
1. Kupas udang.
2. Lumur dengan tepung.
3. Celup dalam telur yang dah dipukul dan diletak garam&lada putih.
4. Goreng dan siap!

RESEPI IKAN MASAK MERAH


Bahan-bahan
5 ekor ikan [terpulang ikan apa]
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula


Cara membuatnya
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
4. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
6. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
7. Sedia dihidang.

RESEPI SAMBAL SOTONG di Restoran Basha Rm2 dgn nasi lemak


Bahan-bahan
Sotong [terpulang sotong apa]
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili giling
air asam jawa
garam dan gula


Cara membuat
1. Kisarkan semua bahan di atas dan tumiskan sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan sotong, biarkan masak. Sedia dihidang.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan
4 ekor ketam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 inci kunyit hidup
5 tangkai cili padi
santan
garam secukup rasa


Cara membuatnya
1. Kisarkan kesemua bahan di atas dan rebuskan.
2. Apabila mendidih, masukkan ketam dan garam secukup rasa.
3. Apabila ketam masak, masukkan santan dan tunggu mendidih. Sedia dihidang.

resepi kangkung belacan


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak kangkung, asingkan dari tangkainya, siang berasingan, cuci dan toskan
1 genggam isi kerang (optional)
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa (mat guna sos ikan)
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
3 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kerang. Kacau rata, biar masak sekejap dan masukkan sedikit air dan sedikit sos ikan. Tambah batang kangkung, kacau dan masak hingga sedikit lembut.
Masukkan yang bahagian daun pula, kacau dan masak dengan api besar, rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit sos ikan. Matikan api, rasa dan jika ok boleh alih dalam bekas sesuai. Hidangkan segera...

tip/petua sakit gigi


Cara Mudah Sembuhkan Sakit GIGI
Sakit gigi merupakan gangguan kesehatan yang umum terjadi dan seringkali muncul tanpa gejala sebelumnya. Rasa sakitnya yang bervariasi mulai dari tajam, berdenyut, hingga konstan. Rasa sakit yang ditimbulkan sangat mengganggu. Belum lagi, jika dibiarkan tanpa penanganan yang tepat, kerusakan gigi akan bertambah parah sehingga harus dicabut.

obat sakit gigi

Bawang putih
Bawang putih efektif meredakan sakit gigi. Caranya, haluskan satu siung bawang putih dicampurkan dengan sedikit garam kasar kemudian tempatkan di area yang sakit. Sebagai tindakan pencegahan, kunyah satu siung bawang putih setiap pagi.


Bawang merah
Bawang merah mengandung komponen antibakteri. Mengonsumsi satu bawang merah setiap hari dengan cara mengunyah terbukti bisa melindungi dari berbagai gangguan gigi. Mengunyah bawang merah selama 3 menit cukup untuk membunuh semua kuman di mulut. Dan Anda bisa meredakan gigi yang sedang sakit dengan cara menempatkan sepotong kecil bawang merah di area gigi atau gusi yang sakit.

Jeruk Limau
Jeruk limau, sebagai sumber yang kaya vitamin C, sangat bermanfaat mempertahankan kesehatan gigi dan tulang di bagian tubuh lainnya. Jeruk limau dinyatakan bisa mencegah gigi berlubang dan gigi tanggal, pembentukan plak gigi, sakit gigi, dan perdarahan pada gusi.

Minyak Cengkeh
Cengkeh efektif meredakan sakit gigi, juga mengurangi infeksi karena mengandung antiseptik. Caranya, oleskan minyak cengkeh ke lubang gigi yang mengalami kerusakan.

Tepung lada
Campuran sedikit tepung lada dengan 1/4 sendok teh garam sangat bagus untuk menjaga kebersihan gigi. Jika digunakan secara teratur setiap hari bisa mencegah gigi berlubang, nafas bau, gusi berdarah, sakit gusi, dan sakit gigi. Untuk meredakan sakit gigi, Anda bisa menempatkan campuran tepung lada dan minyak cengkeh ke dalam lubang gigi.

Ramuan 1, siapkan kunyit satu rimpang dan minyak kayu putih secukupnya. Setelah kunyit dicuci bersih, lalu kupas. Rendam sebentar dalam minyak kayu putih, kemudian tempelkan dalam gigi yang berlubang. Lakukan hingga sakit mereda.

Ramuan 2, siapkan kunyit 10 gram, daun dan akar serai masing-masing 50 dan 25 gr, garam dapur secukupnya. Setelah semua bahan dicuci bersih dan kunyit dipotong-potong, rebus dengan setengah liter air. Biarkan hingga air menjadi satu gelas. Minum untuk tiga kali sehari.

Ramuan 3, siapkan kunyit 10 gram, daun meniran 50 gram, buah pinang setengah biji, garam dapur secukupnya. Setelah semua bahan kecuali garam dicuci, tumbuk hingga halus. Jangan lupa garam. Seduh dengan air panas sebanyak satu gelas, lalu saring. Bila sudah hangat, gunakan untuk kumur. Lakukan tiga kali sehari.

Cabai/cabe rawit mengandung zat capsaicin yang terkenal pedas, zat inilah yang nantinya bisa digunakan untuk meredakan sakit gigi. Caranya mudah, Anda cukup melarutkan potongan cabai rawit dengan air panas, kemudian celupkan kapas dalam larutan tersebut. Peras sedikit lalu tempelkan pada gigi yang sakit. Gunakan beberapa kali saat Anda merasa nyeri, rasa pedas dan panas dipercaya efektif mengurangi rasa sakitnya.

Atau gunakan bubuk cabai rawit yang sudah dicampur dengan minuman beralkohol seperti wiski. Saring larutan ke dalam botol berwarna gelap dan simpan di tempat yang sejuk. Larutan ini bisa digunakan saat Anda membutuhkan atau pada saat Anda sakit gigi. Sebelum digunakan kocok larutan, teteskan larutan pada kapas lalu usapkan pada gigi yang sakit.

Semoga Bermanfaat.

Read more: http://aspal-putih.blogspot.com/2011/08/cara-mudah-sembuhkan-sakit-gigi.html#ixzz1UsdEGAL0
Under Creative Commons License: Attribution

Resepi Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
Tempe, tauhu potong kecil(dadu) dan goreng.
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
100 gm soo hoon
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula dan garam,

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula, garam, santan pekat dan soo hoon, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.

Resepi Tahu Sumbat


Bahan-bahan
4 keping tahu putih
Taugeh
Timun
Carrot
Minyak

Sos Cili:
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara Memasak
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga amsak [golden crown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili:
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.

Resepi Salad Arab (Fatoush


Bahan-bahan:
6 helai daun salad - dihiris
1 biji tomato - dibuang biji dan didadu
1 biji timun - didadu
1 biji bawang besar putih - didadu
100 gm isi ayam - dipotong dadu & direbus

Untuk sos:
3 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu jus lemon
Garam, gula dan serbuk lada hitam - secukup rasa.

Cara menyediakan:
Letakkan semua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk dan gaulkan sos salad hingga rata. Seeloknya sos digaulkan bersama salad ketika hendak makan.

Resepi Masak Lemak Telur Itik


Bahan-bahan:
5 biji telur itik
1 cawan santan pekat
Daun kunyit- dikoyakkan sikit
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair

Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendidih.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu, jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendidih dengan perlahan.
4. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.

Resepi Tauhu Sambal


Bahan-bahan:
2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
1 senduk cili kisar
3 biji bwg merah dikisar
2 ulas bwg putih dikisar
Sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis dikisar
1 biji bwg besar - hiris
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar.
2. Masukkan pula sos tomato, sos cili, dan juga kicap manis. Masukkan air sedikit. Kacau.
3. Masukkan tauhu, gula@madu dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati. Matikan api.
4. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

Resepi Lontong@Lodeh


Bahan-bahan:
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
Sengkuang [potong pendek dan kecil]
Cili merah [hiriskan]
Bawang besar [mayangkan]
Suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Bahan dikisar:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain:
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan garam.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau sambal sotong.

Resepi Gado Gado


Bahan-bahan Kuah:
* Cili kering
* Bawang besar potong
* Kacang tanah digoreng dan ditumbuk
* Air assam jawa
* Ikan bilis/ udang kering/ belacan
* Gula dan garam secukup rasa

Bahan bahan utama:

* Kangkung
* Taugeh
* Kacang panjang
* Telur rebus
* Tauhu goreng
* (boleh menambah sayur lain mengikut citarasa)

Cara menyediakan kuah:
1. Goreng bawang, cili kering, ikan bilis sehingga kuning. angkat.
2. Blender (bahan yg digoreng tadi + air asam jawa + kacang)
3. Masukkan kedalam mangkuk hidangan
4. Masukkan gula dan garam dan air masak secukup rasa.
5. Kuah siap

Cara menyediakan bahan utama:
1. Semua sayur dicelur didlm air panas.
2. Sedia dihidang bersama telur rebus dan tauhu goreng yg dipotong.

Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur


Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur
Rambut gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu supaya keluar cairan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba!