SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
LCD Text Generator at TextSpace.net
Sunday, 25 September 2011
IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Bahan:-
2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
* 8 tangkai cili padi
* 1 tangkai cili merah
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
3 cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum....ni Restoran kat Hutan Melintang eh...patutlah otak pun melintang gak...suka2 hati lintang angin amik gambar n resepi orang tampal kat sini!! Ada mintak izin kat owner gambar or owner resepi ke nak tampal kat sini...ni jual nasi kandar ke, nak kandar dosa... Puan, xyah la buat kerja-kerja copy paste sume gambar saya kat sini...tolong hargai sikit dengan kasi backlink kat blog yg puan ambil gambar nih....Kita sesama bangsa ni x suka nak berperang cyber camni..byk kerja lain lg nak buat... Harap puan faham la yea etika berblog nih..
ReplyDeleteSaya bukanlah heran sgt tp cara dan niat puan x nampak pun di mana kebaikannya... Saya halalkan resepi2 saya kalau puan nak buat berniaga pun...boleh gak memanjangkan jariah...ni kalau sume pi angkut tampal sini...lg baik puan tampal gambar2 makanan saya ni kat kedai puan..baru terliuuqqq tengok...ramai duk masuk nnt..kaaannn... Harap puan faham dan hargai usaha kami blogger picisan yg xda untung sen pun kat sini....terma kasih
Assalammualaikum tuan empunya blog, salam kenal, menarik blog anda. Pertama kali saya nampak blog ini dan terpandang gambar2 menarik..macam saya pernah nampak saja gambar2 tu, macam kenal sangat..Rupanya milik kekanda saya kak ummi, ni nak tanya lah, puan/tuan ada tak mintak izin dari pemilik gambar atau resipi ini utk disiarkan dalam blog ini?. Bukan apa, etika kita sebagai blogger, nak apa2 kena lah minta izin dan memberi tau sumber dari mana kita dapat sesuatu bahan itu, bukan boleh hangkut sahaja, walaupun watermark masih ada digambar tersebut. Pada pendapat saya, benda yang kita ambil tanpa izin sama juga dengan mencuri...minta maaf sebab agak kasar bunyinya. Kami blogger masak2 ni punya banyak dah pengalaman hasil masakan kami diambil oleh blogger lain (tanpa izin), termasuk juga dari pihak media cetak pun tak izin. Jika pihak tuan ingin menjaga kredibeliti blog serta restoran tuan/puan, saya saran kan mintak lah izin dari pemilik asal. Kami bukan lah bangsa yang kedekut dan tidak bertimbang rasa. Cuba bayangkan jika hasil penat lelah tuan diperlakukan sedemikian rupa?..Ini bukan lah isu yang besar sangat, cuma saya sebagai seorang blogger masak2 ingin menegur yang mana saya rasa perlu...harap maaf dan tulisan saya ini tidak mengecilkan hati...ini untuk kebaikkan semua pihak..tuan/puan pun faham kan dari sudut ugama pun macam mana, bab tu memang saya mengaku, saya jahil dan tak wajar memberi hujah2 pada mereka yang bijak pandai...
ReplyDeletesalam ada juga org mcm ni kak umi di harapkan kak bersabar.saya terkejut juga bila tgk dia org sedap jerk copy pic masakan org lain....bahaya mcm ni or mukin kemera dia x canggih kot ha3...sabar je kak sy sokong kak...
ReplyDeleteAs salam..
ReplyDeleteYa salam..
"DARE TO CHANGE" uuiihh!! besar tertera, pakej HURUF BESAR lagi.. uuiihhh!!
Assalamualaikum puan...
ReplyDeleterasanya lebih elok dan manis lagi jika pun 'link' kan setiap entry yang menggunakan gambar dan resepi orang lain ke blog tuan empunya resepi itu sebgai cara menghargai / terima kasih pada empunya gambar dan resepi.
caranya di dalam posting (new post/ edit post) bold kan perkataan yang hendak dilink cthnya UMMI HOME SWEET HOME kemudian klik perkataan 'LINK' diatas kotak menaip tu dan masukkan adress blog home sweet home di dalam box yg berkenaan. Copy je adres HSH dan paste kat adres box tu...boleh faham ke penerangan e-na ni...bhs berbelitbelit..hihi