SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, 13 May 2013

kerabu mangga ayam panggang


KERABU MANGGA AYAM PANGGANG. Bahan-Bahan Ayam Panggang: 1 bahagian (200g) Dada ayam 1 sudu teh Madu 1 batang Serai ( dititik ) Bahan (A): 1 ulas Bawang putih ( dikisar ) 1 sm Halia ( dikisar ) 1 sudu teh Halia ( dicincang ) 1 sudu teh Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Sos tiram Bahan B: ( dicampur sekali ) 1 sudu besar Minyak masak 1 sudu teh Minyak bijan Cara Menyediakan: (1) Gaulkan ayam bersama bahan (A) & perap selama 10 minit. Kemudian masukkan madu & perap selama 10 minit lagi. (2) Ketika memanggang sapukan campuran minyak (B) menggunakan serai yang dititik. (3) Selepas masak carik-carikkan ayam panggang untuk digaul bersama kerabu mangga. Bahan-bahan Kerabu Mangga: 2 biji Mangga muda ( dimayang memanjang ) 2 ulas Bawang merah ( dihiris nipis ) 3 biji Cili padi ( dipotong kecil ) 2 sudu besar Ikan bilis ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 4 sudu besar Kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 2 sudu teh Gula 1-2 sudu besar Sos ikan 2 biji Limau nipis ( diperah jus ) 2 sudu kecil Udang kering ( ditumbuk ) Sedikit Garam Cara Menyediakan: (1) Gaulkan semua bahan di atas termasuk isi ayam panggang yang telah dicarik. —

No comments:

Post a Comment