SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday 30 December 2011

Resepi Sambal Udang & Petai.


Resepi Sambal Udang & Petai.
Bahan-bahan:
500 gm udang
30 biji buah petai
1 labu bawang besar
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak

Wednesday 28 December 2011

azam baru lagi?

Food Safety For Food Industries


Beberapa langkah berdasarkan peraturan WHO antara lain :

1Memastikan seluruh masakan dan makanan yang dibuat matang secara sempurna
2Waktu penyajian makanan setelah pemasakan tidak lebih dari 4 jam. Apabila melewati 4 jam, lakukan re-heating pada makanan tersebut
3Panaskan kembali secara sempurna makanan yang telah dimasak
4Simpanlah makanan yang telah dimasak secara hati-hati
5 HIndari kontak antara makanan mentah dengan makanan matang
6 Cucilah tangan sesering mungkin
7 Jaga agar dapur Anda selalu bersih
8 Pastikan dapur bersih
9 Lindungi makanan dari serangga, tikus dan binatang lainnya
10 Gunakan air yang bersih dan sehat.

Selain, food safety dari segi makanannya, pentingnya kebersihan makanan dan kebersihan perorangan juga penting. Beberapa point pentingnya yakni:

Penjamah makanan yang terinfeksi dapat menularkan penyakit yang ditularkan makanan
Resiko bahwa seorang penjamah makanan dapat menularkan sebuah penyakit bergantung pada pekerjaaannya
Seseorang yang diare, muntah, demam, sakit tenggorokan, terinfeksi kulit sebaiknya tidak bekerja menangani makanan
Penjamah makanan harus melapor bila sakit
Pemeriksaan kesehatan hanya berlaku pada waktu pemeriksaan dilakukan
Pemeriksaan feses mempunyai keterbatasan
Kebersihan perorangan yang baik, terutama kebiasaan mencuci tangan adalah hal yang penting
Kebersihan makanan yang baik adalah hal yang penting, (lihat peraturan WHO diatas)

Saturday 24 December 2011

nak pilih nangka yg tak sakit badan

Kepada peminat nangka, khususnya nangka madu carilah nangka yg mengkal. Warnanya agak terang kuningnya. Jika warnanya oren, itu tandanya nangka tu banyak 'angin'.

Kalau nangka yg dah terlebih masak dan berair , rasanya tak sedap. Malah nangka macam ini akan mengundang 'angin' yang akan merusuh ke seluruh badan. Akibatnya sengal dan sendawa jadi kawan kita berhari-harian. Badan akan jadi 'berat' dan sendi jadi ketat. Nak sembuh bukan senang.

Monday 19 December 2011

Doa Masuk Tandas



Daripada Anas bin Malik, katanya: "Nabi s.a.w. apabila mahu masuk tandas baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI 'AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan)." (HR At-Tirmizi)

Doa selepas wuduk



Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Al-Tirmizi)

Suami terbaik


Lelaki yang terbaik diantara kamu adalah lelaki yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku.” (HR Ibnu Majah)

Jangan makan/ minum macam syaitan






Nabi bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya" [HR. Muslim]

lps makan/minum ucapkan


Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Allah sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (Sahih Musl

Doa untuk dapat zuriat yang baik



Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).

Jangan tiup air minuman



Nabi saw bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)

doa ketika hujan



Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

abc

Saturday 17 December 2011

racun dlm mee segera

Kerepek pisang


Pisang nangka yg muda
Cara saya buat kerepek:-
1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau.

2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.
3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.
4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.

5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

daging kijang

Wednesday 14 December 2011

kencing manis


Tanda-tanda awal

Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

punca-puncanya


1. Tidak aktif secara fizikal.

Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2. Sejarah keluarga

Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3. Berat badan yang berlebihan.

Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4. Faktor pemakanan

Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5. Umur

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil

Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan

1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:

- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.


makanan yg perlu di elakkan

- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.