SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Friday, 6 July 2012

Makanan Penyebab Kanser?

Hot Dogs - Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.
Daging yang diproses - Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.
Donut - Berkemungkinan jenis makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.
Kentang Goreng - Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.
Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya - Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi 'Trans-fat'.

Monday, 31 October 2011

Jenis Kanser

1. Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

3. Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.
8. Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9 Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

10 Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran air dan udara
10. Keturunan