SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday 30 November 2011

AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahannya:

- 7 ketul ayam (saiz kecik)
* 4 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 sudu besar cili kering kisar/giling (kalau tak suka pedas..boleh kurangkan)
- 1/2 labu bawang besar
* 1 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
- sedikit kulit kayu manis
- 1/2 cawan kicap campur (terpulang kepada tahap kemasinan dan kemanisan kicap masing2. kita punya kicap masin manisnya dah cukup..tak payah tambah garam lagi)
- 1/2 cawan air
Cara :
- Kisar dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau/pecah minyak.
- Masukkan kulit kayu manis kemudian asukkan cili kering kisar.
- Masukkan pula kicap campur dan air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ayam (kalau nak goreng dulu pun boleh jugak..tapi kita tak suka goreng..suka masuk terus supaya rasa kicap tu sebati dgn ayam).
- Didih sehingga kuah pekat. Kalau tak pekat boleh letak tepung jagung.
- Gunakan deria rasa untuk memastikan masakan anda menepati selera masing2. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika.
- Ayam Masak Kicap dengan aroma bunga kantan dan daun limau purut sedia untuk dihidang..

IKAN TALAPIA SALAI MASAK CILI API

Bahan
1 . ikan di salai dahulu
2 . santan pekat
3 . asam keping sikit
4 . ada belimbing buluh pun sedap!!
5. daun kunyit

Bahan tumbuk
1 . 10 biji cili api ( ikut nk pedas ke tak)
2 . kunyit hidup
3. garam
Cara.
1. Ikan talapia dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan. pastu salai ikan tu.

2. masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan pastu masukkan asama keping. biarkan kuah sampai mendidih ( ni cara saya buat tau... org lain mungkin lain)

3 . Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak masuk

4. Bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan salai dan belimbing besi.

5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.. biarkan sanggan di atas api yg perlahan sampai kuah tu jadi pekat cam dalam gambar tu. agak2 nak angkat tu koyak2kan daun kunyit untuk bagi wangi masakan ikan tu.

laksa pakya

apa ubatnya?

Saturday 26 November 2011

resepi tom yam


Bahan bahan:
Untuk perncah Tom Yam:

1. 6 ulas bawang merah.*
2. 2 biji cili merah.*
3. 7 biji cili kering(ikut kepedasan masing2)*
4. 1 inci lengkuas.*
5. 2batang serai.*
6. 1 sudu besar udang kering.*
7. 4 helai daun limau purut.*
8. 1 inci belacan di bakar dulu sikit.*
9. Air asam jawa,gula dan garam.

Untuk Sup Tom Yam:

1. Seekor ayam.
2. 7 ekor udang.
3. 4 ekor sotong.
4. 1 labu bawang besar di potong 6.
5. 5 ulas bawang putih di ketuk.
6. 1 inci lengkuas di ketuk.
7. 2 batang serai di ketuk.
8. sebatang lobak merah,bunga kubis,putik jagung dan cendawan.(ikut suka la nak bubuh
banyak mana)
9. 6 helai daun limau purut.
10. 2 biji buah tomato(potong ikut suka lah)
11. 1 ketul kiub tom yam.
12. 1 sudu besar sos ikan
13. 2 bijik limau nipis(ikit suka lah nak masam macammana)
14. 3 sudu susu cair / susu sejat.
15. 6 cili padi di ketuk(ikut kepedasan masing2)
16. Garam dan daun ketumbar.

Cara cara:
Kisar semua bahan yang bertanda ngan bintang tu. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa. Masak lah sampai dia menjadi pes.

Untuk Tom yam pulak,rebuskan ayam beberapa minit,lepas tu,masukkan bawang besar,bawang putih,daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas. lepas tu masukkan sotong,udang,biarkan sebentar. Dah agak masak,baru lah kita masukkan kesemua sayur sayuran tadi.

Kemudian masukkan pes Tom Yam yang kita dah buat tadi,ikut suka lah nak bubuh banyak mana pun pes Tom Yam tu,masukkan sos ikan,perahan limau nipis dan sedikit garam.
Akhir sekali padamkan api..masukkan susu cair dan daun ketumbar.

tahun baru azam baru tindakan segera

ust omar rajin berdakwah direstoran

doa awal tahun


Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

doa akhir tahun lps asar tadi


Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.

petua daun inai/sirih


M

emulihkan Rasa Gatal di kemaluan
RASA gatal di kemaluan akan menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum wanita amnya. Bagi menghilangkan rasa kegatalan tersebut, rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.

DAUN sirih diramas didalam semangkuk air dan ditapis. Kemudian celupkan muka dan kelip kelipkan mata didalam air sireh. Cara ini dapat mencuci mata anda.”

petua pokok dukung anak


demam kuning dan juga kencing malam

petua daun cili jadi ubat

.
Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam beberapa hari

perubatan tradisional

1.Bahan asas dalam perubatan itu agak mudah diperoleh di sekitar rumah seperti daun durian Belanda. Ia mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan yang naik mendadak. Rebus dua helai daun durian Belanda dan minum airnya.
2.Belimbing buluh yang dimakan mentah mampu mengurangkan risiko kencing manis. Bagi mengubati penyakit barah, mereka menggunakan air bunga keladi atau disebut keladi tikus yang ditumbuk daun, batang dan akarnya hingga lumat. Campuran bahan itu ditapis dengan kain putih untuk memperoleh airnya.
3.Bagi mengubati penyakit darah tinggi bunga betik jantan yang dicampur dengan daun serai dan janggut jagung. Rebusan air ketiga-tiga bahan dikatakan mampu mengubati penyakit berkenaan.
4.Pucuk Paku bukan setakat dijadikan makanan, sebaliknya turut di manfaatkan untuk menyembuhkan penyakit kurap dan kayap.
Dengan menumbuknya halus, pucuk paku ditampal pada kulit yang ada kurap dan kayap. Begitu juga dengan rumput kumpau yang digunakan untuk mengubati mereka yang terminum racun.
5.Bagi rawatan angin ahmar daun tapak beruang dibakar sehingga menjadi abu sebelum dicampur minyak kelapa.
“Minyak itu disapu pada seluruh badan dan kemudian diurut. Selepas 12 hari mengamalkannya, angin ahmar akan mula pulih.
6.Bagi mengubati semai iaitu penyakit gatal hingga ke tulang akibat terkena racun yang dipasang insan yang dikuasai hasad dengki, etnik Kedayan menggunakan daun ribu- ribu atau daun tutup bumi yang ditumbuk halus sebelum dicampur pa ti santan dan kapur sirih. Campuran itu disapu pada kulit.
“7.Untuk menyuburkan rambut, kami menggunakan daun pucuk manis. Ia ditumbuk halus dan dicampur dengan pati santan. Sebelum tidur, sapu di kepala.

Thursday 24 November 2011

tak terbalas budi ibubapa


Pisang Emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh ku bayar,
Hutang budi dibawa mati.

Apa maksud hutang budi di sini.....yang tak mampu dibayar dengan emas?? Tentunya kebaikan orang yang menyelamatkan nyawa seseorang atau kebaikan seseorang terhadapnya seperti memberi perlindungan nyawa atau tempat berteduh tanpa mengharapkan pembalasan. Kebaikan dan ketulusan orang yang membantu itu dikenang oleh sipemiutang sampai ke mati.

Begitulah juga dengan kebaikan dan pengorbanan kedua ibu dan bapa yang tidak mampu kita membalasnya walau nyawa kita ditukar ganti.

tandas restoran bila lagi?

solat itu wajib

yg mna satu RM3

Wednesday 23 November 2011

Daging Bakar


Bahan bahan untuk daging:
1 kilo daging
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih.
sedikit serbuk kari daging.
1 inci halia.
garam.

Cara cara:
Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan rempah,kemudian gaulkan bersama dengan daging,jangan lupa masukkan garam secukupnya,jangan masin sangat,tak bagus untuk kesihatan.Kemudian perap dia lebih kurang 2 jam.lepas tu bakar

Bahan bahan untuk air asam:
10 biji cili api(ikut kepedasan masing2 lah)
4 biji cili merah.
1 labu bawang besar.
2 biji buah tomato
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan air asam jawa.
sedikit belacan bakar.
garam.
sedikit sos cili.
gula(pada sapa yang nak bubuh, tak mau pun tak pa)
kalau nak boh limau sikit pun boleh jugak.

cara cara:
tumbuk cili api,cili merah dan jugak belacan sampai hancur(cili api ni nak potomg sikit pun boleh).Bawang besar dan buah tomato di potong dadu(nak potong macam lain pun tak pa,ikut suka).Masukkan bahan yang di tumbuk tadi kedalam bekas,kemudian masukkan bawang dan buah tomato,gaul sebentar,lepas tu masukkan kesemua bahan dia dan gaul lagi sehingga sebati. Dah siap, jom pi makan...

Khasiat buah kurma.


1.Menguatkan daya ingatan kita.
2.Mencegah penyakit barah.
3.Menambah tenaga seksual.
4Mengatasi masaalah insomnia.
5.Melancarkan peredaran darah keseluruh badan.
6.Membunuh kuman di dalam badan
7.Meredakan tekanan darah tinggi.
8.Membantu mencergaskan minda.
9.Merawat penyakit buah pinggang.
10.Merangsang dan memudahkan kehamilan.
11.merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
12.Menghilangkan batuk dan gatal2 dalam kerongkong.

Tuesday 22 November 2011

ptg kuku kerja kat restoran



HUKUM PTG KUKU DLM ISLAM
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong
kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."

(Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku
tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.

jgn malas potong kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat
kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil
perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang
kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

tip/petua asam gelugur

Sekeping asam gelugur/asam keping boleh mencuci beberapa kilo ikan/daging. Asam keping ni boleh digunakan berulang kali hingga hancur. Untuk sotong sekeping asam gelugur untuk sekilo sotong adalah memadai dan ulangi membuang air/bilas 2-3 kali hingga puas hati kebersihannya.

Selain membersih dan menghilang hanyir ikan/makanan laut , asam gelugur juga membersihkan dan menghilangkan hanyair tangan kita.Selamat mencuba.


peringatan dari Al Quran


Firman Allah swt, "Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu." (QS. Al Baqarah:168)

tip/petua buah delima

Untuk kaum wanita, jika haid tak teratur, amalkan makan isi delima atau amalkan minum jus delima.Selamat mencuba.
Antara khasiat delima adalah ia mampu merawat sakit Batu hempedu,batu karang, sakit perut, apa sahaja sakit disebabkan bendasing dalam badan.




Caranya:
1-Cari buah Delima yg sempurna, iaitu kelopaknya lengkap.
2-Koyak kulitnya, ambil bahagian dalam yg berbentuk mcm arang lebah.


3-Sebiji kulit delima + 7 cawan air, di rebus. Minum setiap hari 3x selama 7 hari
4.Bacakan al-an'am:99&141, arrahman:68 yg sebut tetang keajaiban delima.

Saturday 19 November 2011

tip pasal kentut

Sebenarnya kentut adalah reaksi badan yg normal. Tapi begitulah, kalau kerap kentut pasti sangat memalukan...Gejala perut kembung dan sering kentut ni terjadi sebab penghasilan enzim pankreas yang tak mencukupi. Jadi bagi sesiapa yang sering-sering kentut, perlu membuat sesuatu utk mengembalikan enzim yg berkurangan itu. Caranya?

Hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh mendapati getah betik yg sudah diekstrak dan dikeringkan menjadi serbuk boleh digunakan utk membantu tubuh mencerna protien dan mengatasi masalah kentut yg tak terkawal itu. Mengikut kajian itu, selepas memakan beberapa kali, masalah sering kentut dapat di atasi.

Bagi kaki kentut, selamat mencuba..

Friday 18 November 2011

tip/petua murah rezeki (20 amalan)

doa mudah urusan

doa dhuha


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Vermicelli Carbonara Seafood





1/2 bungkus Vermicelli
2. 1 Tin Prego Carbonara Cendawan

3. 1 cawan Susu Segar (Tak kesahlah apa brandnya)

4. 1 biji bawang besar dicincang
5. 3 ulas bawang putih dicincang.

6. 12 ekor udang besar

7. 1 sudu minyak masak.

8. Daun parsley & keju Parmesan (utk hiasan)

9. Cendawan butang (di hiris)

10. Garam secukupnya

11. Lada sulah.

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus Vermicelli bersama sedikit mentega selama beberapa minit. Tos dan asingkan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan udang pula. Selepas udang hampir sebati, masukkan pula Sos Carbonara. Kemudian masukkan cendawan butang dan juga susu segar serta kacau sehingga kuahnya agak hampir pekat. Jangan lupa masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa anda.

3. Masukkan Vermicelli tersebut (ketika api belum padam), gaul dan padamkan api terus.

4. Taburkan daun parsley dan jugak keju parmesan. Sedia utk dihidang.

Thursday 17 November 2011

gastrik-tanda dan pantangnya


Jadi, sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, anda kemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Hilang selera makan
Pedih dan sakit perut
Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
Berat badan susut


Makanan Bercili
Ketika menghidap gastrik, anda adalah sama sekali dilarang makan makanan yang pedas/ menggunakan cili walaupun ianya hanyalah sos cili apatah lagi sambal belacan. Bak kata doktor, apa yang dirasa di perut, tak dirasa di mulut
Makanan Masam
Selain makanan yang pedas, anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju. Ya, anda tidak boleh makan pizza dan juga burger ber 'cheese'.

Kopi
Kebiasaannya zaman belajar memang tak boleh lari daripada kopi. Jadi, elakkan minum kopi kerana ianya mengandungi kaffein yang menghakis perut anda.
Minuman Bergas & Makanan Berangin
Elakkan minum minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya akan membuatkan perut anda berangin

Gas asid hidroklorik + gas karbonat = Cirit birit/ muntah/ perut lebih sakit

Merokok
Apa lagi perlu dikatakan, merokok banyak mendatangkan kemudaratan. Berhenti sajalah.

Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.


Untuk keterangan yang lebih lanjut, adalah wajar anda berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Biasanya apabila anda menghidap gastrik, anda perlu mengambil ubat yang diberi sekitar 2 hingga 8 minggu. Sekiranya tempoh 8 minggu itu anda masih belum pulih, mungkin anda terpaksa perlu membenarkan doktor memasukkan kamera kedalam perut anda untuk melihat suasana dalam perut anda.
Bagaimana pula nak tahu kalau anda sudah pulih daripada gastrik?
Jika anda rasakan badan anda sudah kembali 'fit' dan mampu melakukan tugasan tanpa rasa sakit perut dan tiada lagi tanda-tanda di atas. Selain itu, anda juga boleh melihat pada warna najis anda. Sekiranya najis anda berwarna hitam, itu bermakna anda masih lagi belum sihat.

Tuesday 15 November 2011

hak asasi jgn kna buli

Ikan Bakar Sambal Mangga


IKAN BAKAR

Bahan
Ikan [kebung/cermin/selar/siakap atau sebarang jenis ]

Bahan Mesin
5 cm kunyit hidup
5 tangkai ciliapi
1 ulas bawang putih
garam

Cara
1. Gaulkan semua dan sapukan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
3. Hidangkan dengan sambal mangga atau air asam.

SAMBAL MANGGA

Bahan
5 biji cili merah
7 bijij cili api
3 cm belacan
garam
mangga [cincang]

Cara
1. Tumbukkan [mesinkan] semua bahan kecuali mangga sehingga agak hancur.
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga cincang.
3. Hidangkan dengan ikan bakar

Ikan Masak Asam

Bahan
2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api

Ikan Kukus

Bahan-Bahan:
3 keping ikan tenggiri atau bawal putih
2 ulas bawang putih(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
1 inci halia (di hiris)
1 lada hidup (di hiris)
sedikit garam [jika perlu]
lada sulah hitam (di tumbuk kasar/jgn terlalu halus)
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
tomato [belah 6]

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bawang putih, halia dan lada hidup yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan juga sedikit lada sulah hitam dan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan hidangkan.

Pindang Ikan

Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung/selar
2 hiris halia - dipotong panjang
2 batang serai - diketuk
3 cawan air
3 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - dihiris
3 biji cili merah - mayang panjang
Sedikit serbuk kunyit dan garam

Cara [ gunakan microwave]
1. Bersihkan ikan dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk bertutup.
3. Masukkan ddalam microwave-oven dan setkan HIGH selama 20 minit.
4. Bila telah siap hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan sayur.

Asam Pedas Ikan Pari


bahan
500 gm ikan pari [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
garam

bahan mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesum dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin

Sambal Goreng Ikan Bilis & Tempe


Bahan
1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang..]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan

Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka

1 s/b cuka
minyak
garam
gula

Cara memasak
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis.

KARI KEPALA IKAN


\
Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji sayur bendir
2 biji terung bulat [belah 4]
3 biji cili hijau [buangkan tangkai]
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendir, terung bulat, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih/kukus..atau roti biasa/canai.

Cara Hidangan
Hidangkan semuanya dalam pinggan bersama kari ikan atau kepala ikan, sambal belacan, ulaman timun dan sayuran mentah.

Ikan Pari Bakar & Air Asam Mangga


\
IKAN PARI BAKAR

Bahan
ikan pari
kunyit
garam
minyak
daun pisang [jika ada]

Cara
1. Bersihkan ikan pari dan potong kecil. Toskan.
2. Gaulkan garam dan kunyit pada ikan dan perapkan selama 20 minit
3. Titiskan minyak akt non-stik pan [kalau ada daun pisang lapikkan]
4. Masukkan ikan dan tudungkan.
5. Masakkan sehingga ikan itu masak.
6. Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam

AIR ASAM MANGGA

Bahan
1 biji mangga muda [parut]
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
4 cm belacan
1/2 cawan air asam jawa
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa.
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda.
3. Hidangkan dengan ikan bakar.

Masak Lemak Ciliapi Ikan Keli dan Belimbing Buluh


Bahan
3 ekor ikan Keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selama beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.