SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday 27 May 2013

mucus dlm makanan


awas tiruan


khasiat halia

. Rawatan kanser ovari
2. Pencegahan kanser kolon
3. melegakan penyakit
4. Mabuk ubat
5. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
6. melegakan pedih hulu hati
7. Pencegahan kencing manis
8. melegakan migrain
9. Melegakan kekejangan haid
10.Mencegah Sejuk dan selesema

Tuesday 21 May 2013

mandhi daging

  1. Mandhi Daging:- 500g daging/kambing-potong besar/ikut suka dan di cuci bersih 1/2cmt ketumbar biji 1/2cmt jintan manis 1/2cmt lada hitam biji 1/2cmt all spices 1 biji bawang besar-belah 4 1-2 helai daun bay 1inci halia Garam air untuk merebus Cara penyediaan:- 1. Rebuskan daging dengan kesemua bahan di atas hingga empuk dan lembut, bergantung pad pada daging anda tu. kalau nak cepat masukkan ke dalam presure cooker jer.. Mandhi ayam 1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan di cuci bersih 1/2cmt ketumbar biji 1/2cmt jintan manis 1/2cmt lada hitam 1/2cmt serbuk kunyit 1-2 helai daun bay 1cmt all spices 1biji bawang besar ~ belah 4 Garam **pewarna kuning + 1 camb minyak zaitun/ masak Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk.Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan.Air rebusan ayam tu simpan untuk maask nasi. Nasi Mandhi Bahan-bahanya:- 4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan 3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil) 10-12 cawan air/ stok ayam/daging 1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe) Rempah tumis:-1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 kuntum bunga cengkih Sedikit pewarna kuning- tak der pon tak per Garam secukup rasa. Cara penyediaan nasi: 1. Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih. 2. Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul... 3.Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api. 4. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per... 5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot/kubis dan bawang besar. Siap!

Monday 20 May 2013

gaji menteri yg rasmi saja,yang tak rasmi?


Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900). Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri. Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat. Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.

Thursday 16 May 2013

ikan masak masam manis


IKAN MASAK MASAM-MANIS (SWEET SOUR FISH) Bahan-bahan 2 ekor ikan sagai sederhana besar @ ikan apa2 pun boleh (bersihkan & goreng macam biasa) 1/2 biji capsicum merah (hiris dadu) 1/2 batang timun biasa @ zucini (buang pulur biji & belah 4=hiris) 2 biji tomato buah (belah dadu) 1 potong nenas (buang pulur & hiris) 1 labu bawang besar (hiris dadu) 4 batang daun bawang (ambik yg hujung batangnya & hiris kasar) 3 ulas bawang putih (cincang) 1 inchi halia (cincang) 2 sdm minyak canola @ sebarang Bahan Sos 3 sdm tomato sos 3 sdm cili sos 3 sdm plum sos 1 1/2 sdm gula sedikit perisa 'pasti sedap' (optional) garam secukup rasa 1 cwn air 1 sdm tepung jagung + sedikit air Caranya: 1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Naik bau masukkan sayurannya. Masak dalam 2 minit. 2) Masukkan bahan sos kecuali air jagung. Kacau sebentar. 3) Akhir sekali masukkan air tepung jagung. Kacau dan biar didih sekejap bila kuah pekat sedikit. Angkat. 4) Tuangkan keatas ikan. Siap!

udang masak lemak nenas


UDANG MASAK LEMAK BERNENAS Bahan-bahan 2 cwn @250 gm X2 udang sederhana besar (bersihkan) 1/2 biji nenas kecil (kupas kulit & buang pulur & hiris) 1 kotak santan pekat 1 cwn air (boh sikit dlm kotak & goncang-jgn membazir) 1 keping asam keping 1/2 sdm pati ayam garam secukup rasa 2 btg serai (ketuk) Bahan Kisar 4 batang lada kering (siap rendam) 1 1/2 inchi kunyit hidup 1/2 inchi lengkuas 5 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Caranya: 1) Satukan bahan kisar, serai, santan, air, asam keping,pati ayam sedikit garam dan nenas. Masakkan sambil mengacau pelahan supaya santan tidak pecah minyak. 2) Sudah didih masukkan udang dan masakkan beberapa minit tutup api. Siap!

masak lemak pisang


MASAK LEMAK PISANG Bahan-bahan 1 sisir pisang bakar (koyak2kan dan hiris ikut suka) 1 kotak kecil santan 1 cwn air (boh sikit kedalam kotak-goncangkan....jgn bazir) 2 keping asam keping 1 sdt pati ikan bilis garam secukup rasa Bahan Ditumbuk sejemput/segenggam ikan bilis 1 batang lada merah (kalau nak pedas boh aje cili api) 1 1/2 inchi kunyit hidup 5 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Caranya: 1) Mula-mula rebuskan pisang sampai empuk. Buang air dan tumbuk (SEDIKIT AJE) isi pisang tu. 2) Masukkan kesemua ramuan dalam periuk dan masakkan.

mee kari


Bahan-bahan 500 gm mi kuning (celur) beberapa biji telur rebus 3 keping tauhu goreng (hiris dadu) taugeh (suka hati nak celur atau tak. Saya suka mentah) Bahan Lain 5 pokok sawi (bersihkan & kerat2) 4 biji tomato buah (wedges) 1 cwn kerang rebus 1 cwn udang (bersihkan) sedikit daging/ ayam (hiris) 1 paket fish ball 2/3 cwn rempah kari daging + bancuh dgn sedikit air=pes 6 biji kentang (kupas & rebus & lenyet) 2-3 biji keledek (kupas & rebus & lenyet) (optional) 2 kotak kecil santan kotak 21/2 liter air (ambik sikit air goncangkan kedalam kotak santan kosong -jgn bazir) 3 kiub pati ayam 4 keping asam keping 1 1/2 sdm gula garam secukup rasa Bahan Tabur/Hiasan lada merah (hiris) @ boh cili api for myself daun sop (hiris) daun bawang (hiris) sambal tumis (optional) beberapa biji telur rebus Bahan Kisar 3 sdm udang kering 6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inchi halia Bahan Tumis 1 labu bawang besar (hiris) 1 btg kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 2 helai daun kari minyak untuk menumis Caranya: 1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. bawang agak garing masukkan bahan kisar dan pes kari. Kacau biar rempah masak. 2) Masukkan daging/ayam & fish ball. Masakkan sekejap. 3) Masukkan air dan santan. Masukkan juga pati ayam, gula, garam dan asam keping. Biarkan gelegak. 4) Masukkan kentang & keledek lenyet, kacau. 5) Akhir sekali masukkan udang, kerang, tomato buah dan sawi. Lebih kurang beberapa saat tutup api. 6) Hidangkan: mi kuning+taugeh+tauhu+kuah dgn isi patinya+telur rebus+ sebiji limau kasturi+lada merah + daun sop/bawang+ bawang goreng dan sesudu sambal tumis

Monday 13 May 2013

cendol best


kepak ayam kukus dengan cendawan segar


kEPAK AYAM KUKUS DENGAN CENDAWAN SEGAR. Bahan-bahan: 300g Kepak ayam 30g Cendawan shimeiji segar Bahan A: 1 sudu teh Perencah Pati Ayam 3 sudu teh Garam 3 sudi teh Serbuk Lada Putih 1 sudu teh Tepung ubi kentang 1 sudu teh Sos tiram ½ sudu teh Minyak bijan 1 sudu besar Jus halia Cara Menyediakan: (1) Potong kepak ayam kepada saiz hidang. Cuci & toskan. (2) Campur-gaulkan semua bahan (A), perap ayam selama kira-kira 30 minit. (3) Taburkan cendawan shimeiji pada dasar pinggan kukus, letakkan ayam di atasnya. (4) Kukus lebih kurang 7-10 minit atau sehingga masak. (5) Hidang panas dengan nas

bawal putih masak kari tomyam


BAWAL PUTIH MASAK KARI TOMYAM. * Bahan-bahan : - 2 Ekor Bawal Putih 2 Sudu Besar Minyak Masak 2 Sudu Besar Pes Tomyam 1 Sudu Besar Serbuk kari 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam 100ml Santan 300ml Air 1 Sudu Teh Gula Pasir 5 Batang Kacang Bendi ( Dipotong ) 2 Biji Tomato ( Dipotong Berbaji ) 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Berbaji ) * Cara Penyediaannya : - 1. Campur gaulkan serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadikannya pes & ketepikan. 2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, tumis pes tomyam bersama pes kari sehingga naik bau. 3. Tuangkan air & didihkan. 4. Taburkan serbuk pati ayam dan masukkan bendi, tomato dan bawang besar. 5. kemudian masukkan santan dan ikan bawal putih. 6. Reneh sehingga ikan masak dan hidangkan panas-panas

saderi goreng dengan bebola daging


SADERI GORENG DENGAN BEBOLA DAGING. Bahan-bahan: 3 tangkai Saderi Secukup Minyak masak Bahan A: ( dicampur-gaul ) 200g Daging lembu kisar 1 sudu teh Serbuk Lada Hitam 2 sudu teh Perencah Pati Ayam 2 sudu teh Bawang putih ( cincang ) ¼ biji Bawang Bombay ( dipotong dadu kecil ) 1 sudu besar Lada benggala hijau ( dipotong dadu kecil ) 1 sudu besar Lada benggala merah ( dipotong dadu kecil ) 2 sudu besar Air 2 sudu besar Tepung gandum ¼ sudu teh Serbuk buah pala Bahan B: ( Agen pemekat ) ½ sudu besar Mentega 1 sudu besar Tepung gandum Bahan C: 4 sudu besar Sos tomato 4 sudu besar Sos HP 1 sudu teh Tomato Puri 1 sudu teh Perencah Pati Ayam 1 sudu besar Gula Cara Menyediakan: (1) Campur-gaulkan bahan (A). Jadikan bebola dengan 1 sudu besar, goreng dalam minyak panas selama 30 minit atau hingga perang-keemasan. (2) Angkat dan ketepikan. (3) Untuk menyediakan sos, masukkan bahan (B) ke dalam kuali leper tidak melekat. Kacau-goreng hingga harum, angkat & ketepikan. (4) Seterusnya masukkan bahan sos (C), didihkan. Tambahkan saderi, masak selama 1 minit. Masukkan bebola daging, kacau sebati dan pekatkan kuah dengan agen pemekat.

paha ayam masak dengan kacang tanah


PAHA AYAM MASAK DENGAN KACANG TANAH. Bahan-bahan: 5 ketul Paha ayam dengan tulang ½ sudu teh Serbuk Lada Putih 1 sudu teh Perencah Pati Ayam 2 sudu besar Minyak masak 500 ml Air ½ sudu teh Minyak bijan Bahan (A): ½ batang Lobak merah sederhana ( dipotong dadu ) ½ cawan Kacang tanah ( dicuci dan dimasak ) 20g Cendawan kuping hitam ( direndam & dipotong kecil ) 5 kuntum Cendawan kering ( direndam & dipotong 4 setiap satu ) 2 keping Taufu padat ( dipotong dan digoreng ) Bahan Perencah (B): 1 sudu teh Kicap pekat 1 ½ sudu besar Perencah Pati Ayam 1 sudu besar Gula Cara Menyediakan: (1) Masak kacang tanah dalam air didih sehingga lembut. Toskan & ketepikan. (2) Panaskan minyak, masukkan gula dan masak. (3) Setelah gula menjadi karamel, masukkan ayam, gaul sebati supaya permukaan ayam disaluti caramel. Seterusnya masukkan bahan (A). (4) Masukkan 500 ml air secara perlahan, didihkan lalu tambah bahan perencah (B). (5) Reneh kira-kira 20 minit atau hingga ayam menjadi masak. (6) Taburkan sedikit minyak bijan, kacau sebati dan padam api. (7) Hias dengan daun pasli dan hidang panas

ayam bersos kacang


AYAM BERSOS KACANG. Bahan-bahan: 2 sudu besar Minyak masak 2 batang Serai ( dititik ) 1kg Kepingan Ayam ( digoreng dahulu separuh masak ) 1 cawan Air 100g Cili Boh 100g Kacang Goreng ( dikisar halus ) ½ - 1 sudu teh Garam Bahan A: 4 batang Serai 4 sm Lengkuas 4 sm Halia 1 biji Bawang besar 4 sm Belacan Bahan B: ½ cawan Santan pekat 3 sudu besar Air Asam Jawa 1 sudu besar Gula 1 sudu teh Perencah Pati Ayam Cara membuatnya: (1) Kisar bahan (A) hingga lumat. (2) Kemudian panaskan minyak, tumis serai & bahan (A) serta cili boh hingga wangi. (3) Masukkan kepingan ayam dan biarkan sebentar. (4) Kemudian masukkan bahan (B). (5) Masak hingga mendidih, masukkan kacang kisar & Garam. (6) Kecilkan api dan biarkan reneh, kacau selalu hingga hampir pekat. (7) Hidangkan panas bersama nasi atau roti. —

kerabu mangga ayam panggang


KERABU MANGGA AYAM PANGGANG. Bahan-Bahan Ayam Panggang: 1 bahagian (200g) Dada ayam 1 sudu teh Madu 1 batang Serai ( dititik ) Bahan (A): 1 ulas Bawang putih ( dikisar ) 1 sm Halia ( dikisar ) 1 sudu teh Halia ( dicincang ) 1 sudu teh Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Sos tiram Bahan B: ( dicampur sekali ) 1 sudu besar Minyak masak 1 sudu teh Minyak bijan Cara Menyediakan: (1) Gaulkan ayam bersama bahan (A) & perap selama 10 minit. Kemudian masukkan madu & perap selama 10 minit lagi. (2) Ketika memanggang sapukan campuran minyak (B) menggunakan serai yang dititik. (3) Selepas masak carik-carikkan ayam panggang untuk digaul bersama kerabu mangga. Bahan-bahan Kerabu Mangga: 2 biji Mangga muda ( dimayang memanjang ) 2 ulas Bawang merah ( dihiris nipis ) 3 biji Cili padi ( dipotong kecil ) 2 sudu besar Ikan bilis ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 4 sudu besar Kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk kasar ) 2 sudu teh Gula 1-2 sudu besar Sos ikan 2 biji Limau nipis ( diperah jus ) 2 sudu kecil Udang kering ( ditumbuk ) Sedikit Garam Cara Menyediakan: (1) Gaulkan semua bahan di atas termasuk isi ayam panggang yang telah dicarik. —

AYAM PONGTEH. * Bahan-bahan : - 1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil ) 2 Biji Kentang ( Dipotong Baji ) 2 Sudu Besar Minyak Masak 15 Biji Bawang Merah ( Dihiris ) 4 Ulas Bawang Putih ( Dihiris ) 1 Sudu Besar Taucheong 1 Cawan Air 1 Sudu Besar Kicap Pekat 1 Sudu Teh Serbuk Lada Putih 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam * Cara Penyediaannya : - 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang merah serta bawang putih sehingga keemasan. 2. Masukkan ayam dan kentang, kacau goreng selama beberapa minit. 3. Tambahkan taucheong dengan kicap pekat, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam.Kemudian masukkan air dan biarkan reneh seketika. 4. Setelah masak hias sedikit dengan bawang goreng

ayam pandan berlada hitam


AYAM PANDAN BERLADA HITAM. Bahan-bahan: 300g Filet ayam Secukup Minyak masak ( untuk goreng ) 10-12 helai Daun pandan 10-12 batang Cungkil gigi Bahan A: ( dicampur-gaul ) 5 ulas Bawang putih ( ditumbuk ) 1 sm Halia ( ditumbuk ) 100g Serbuk Lada Hitam 1 sudu teh Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Herba campuran 2 sudu teh Gula 1-2 sudu besar Jus lemon Cara Menyediakan: (1) Hiriskan filet ayam. (2) Perap ayam dengan bahan-bahan (A). (3) Biarkan selama 2-3 jam. (4) Balutkan beberapa hiris ayam dengan daun pandan. (5) Cucuk dengan cungkil gigi. (6) Goreng-celup ayam di dalam minyak panas sehingga ayam menjadi masak. Hidang serta-merta. —

ayam masak kacang gajus


AYAM MASAK KACANG GAJUS. Bahan-bahan: 3 keping Cili kering ( dipotong 2 sm ) 3 – 4 hiris Halia ½ biji Bawang Bombay ( dipotong baji ) ¼ biji Lada benggala hijau & Merah ( dipotong dadu ) 2 sudu besar Minyak masak Bahan A: ( diperap selama beberapa minit ) 150g Filet ayam ( dipotong dadu ) 1 sudu teh Perencah Pati Ayam 1 sudu teh Serbuk Lada Putih 1 sudu teh Tepung jagung Bahan Sos B: 1 sudu besar Sos tiram 1 sudu teh Serbuk Lada Putih Sedikit Kicap pekat 1 sudu besar Sos tomato 80g Kacang gajus bakar Cara Menyediakan: (1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak, tumis cili kering, bawang Bombay dan halia. (2) Masukjan ayam (A) dan kacau-goreng selama beberapa minit, seterusnya masukkan lada benggala hijau dan bahan sos (B). (3) Taburkan kacang gajus dan hidang.

ibu-maafkan ku ibu