SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 6 August 2011

Dua Resipi Roti Arab (Bakar dan Goreng)


Ada dua resipi roti arab ini iaitu satu keadah bakar dan satu kaedah goreng.

Resipi Roti Arab (Bakar)

bahannya :-
3 /12 to 4 cawan tepung [leh guna tepung roti jugak]
2 sudu kecil garam
1 paket yis [guna maruripan ajee]
1 1/2 cawan air [guna air paip]
1 biji telur

caranya
-dalam bekas - campur 1 cawan tepung + garam + yis - tambah air sedikit demi sedikit
-uli selama 2 minit
-tambah 3/4 cawan tepung lagi - uli hingga sebati lagi
- bahagikan tepung kepada 8 bahagian
- bulatkan doh dan leperkan - tutup selama 45minit
-taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik
-elok terus letak dalam dulang pembakar baru tabur tepung
-pukul telur + 1sudu kecil air = sapu atas roti
-bakar kejap dlm 10 minit ajee..

note : jgn bakar lebih dari itu nanti roti jadi keras tau , kalau dah jadi keras bukan
roti arab lee tapi roti komunis lak .
- cadangkan makan dengan kuah kari
- kalau rajin pukul telur dan tekapkan roti arab

Resipi Roti Arab (Goreng)

Bahan-bahan ( 16 biji )

BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air

BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.

Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.

Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.


tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.

selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.

bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.

alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.

Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!



No comments:

Post a Comment