SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, 23 November 2012

makanan utk kesihatan lelaki

Bagi seorang lelaki, sangat penting untuk membuat pasangan berpuas hati di tempat tidur. Pelbagai usaha telah dicuba, mulai dari yang logik seperti rajin bersenam, sampai yang terpencil seperti terapi memanjangkan saiz kejantanan. Sedangkan ada cara yang lebih mudah.
Sesetengah pakar memang meragukan saiz kejantanan lelaki terhadap kepuasan pasangan, tetapi hampir kesemuanya tidak menafikan bahawa ereksi yang keras dapat menjamin pasangan mencapai klimaks. Daripada cuba ubat-ubatan atau terapi yang mempunyai kesan sampingan bagi tubuh, ada beberapa makanan yang layak dicuba untuk memperkeras kejantanan lelaki.
1. Kopi
Kesan dari kafein dalam secawan kopi boleh menaikkan metabolisme, meningkatkan tekanan darah dan sekaligus meningkatkan daya tahan tubuh dengan cara melepaskan timbunan lemak serta memberi dorongan tenaga dalam semalam.
2. Tiram
Tiram adalah kaya dengan zink dan vitamin B6. Kedua-dua bahan ini penting untuk pengeluaran hormon seks lelaki, testosteron. Banyaknya hormon ini akan meningkatkan daya seks. Bagi mereka yang tidak suka tiram, paras testosteron juga boleh ditingkatkan dengan makan kacang dan biji-bijian sebagai gantinya.
3. Cabai
Tak hanya pedas di mulut, cili juga pedas di ranjang. Setelah memakan cili, kesannya adalah memperlebar saluran darah. Bukan hanya pembuluh darah di wajah saja yang mendapatkan kesannya, tetapi bahagian tubuh lain juga. Kerana berupa cecair, maka darah dapat dipam juga mengalir ke saluran darah di dalam zakar.
4. Pisang
Makanan kesukaan monyet ini kaya akan kalium yang sangat bagus bagi jantung dan peredaran darah. Kadar kalium yang cukup dapat membantu tubuh mengawal kadar natrium, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika tak suka pisang, kalium boleh diperoleh dari buah oren atau kulit kentang.
5. Ikan salmon
Salmon banyak mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat mencairkan darah. Sebagai kesudahannya, aliran darah ke bahagian-bahagian yang penting akan meningkat, termasuk zakar. Makan ikan seperti salmon, tenggiri, ikan trout dan tuna segar 2 kali seminggu akan memastikan aliran darah dalam arteri terus berjalan dengan lancar.
6. Ceri
Buah comel yang kaya dengan anthocyanin, bahan kimia dalam tumbuhan yang berwarna untuk melindungi dinding arteri dan membantu mencegah pembentukan aterosklerosis punca lemak atau arteri tersumbat. Selain ceri, strawberi atau buah-buahan berwarna terang seperti pic dan buah plum juga membantu menjaga saluran darah agar tetap bersih.
7. Bawang
Senyawa kimia bernama Allicin dalam bawang merah dan bawang putih boleh mencairkan darah dan meningkatkan peredarannya. Seperti juga sebatian dalam ceri, bahan kimia dalam bawang mengurangkan risiko pembekuan dan penyumbatan darah. Jika tak suka bawang, boleh diganti dengan mengunyah daun peterseli.
8. Anggur
Anggur, terutama anggur merah, merupakan sumber antioksidan fitokimia yang membantu membuka arteri yang tersumbat. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran oksida nitrik.
Oksida nitrik membolehkan pembuluh darah melebar, sama seperti cara kerja viagra, hanya saja tanpa kesan sampingan. Yang lebih hebat lagi, apabila viagra hanya memberi kesan pada pembuluh darah kecil saja, maka fitokomia ini boleh memberi kesan pada pembuluh darah besar juga.
9. Bubur
Jangan anggap bubur makanan yang dikisar dan hanya sesuai untuk bayi. Bubur yang kaya dengan serat seperti oat ataupun bijirin dapat membantu membersihkan pembuluh darah halus dan membuatnya jadi elastik.

Semoga Bermanafaat dan Selamat Mencuba!!

Saturday, 25 August 2012

Sakit Di Sendi, Tangan & Kaki



  • Sakit pada sendi
    • Rasa panas - menunjukkan ada luka di situ dan juga petanda sakit Pirai (Gout)
    • Tak panas - tanda sakit lenguh atau rheumatism
    • Sakit bahagian bahu - tandanya saluran darah jadi keras dan fungsi metabolisme tak seimbang
  • Kebas tangan
    • Pengaliran darah di bahagian atas badan tak lancar
  • Kebas tangan kiri dan lengan
    • Tanda lemah jantung atau sakit jantung
    • Kalau rasa kebas bertukar jadi sakit pada lengan dan kekal di situ elok segera ke hospital...bila-bila masa saja anda akan diserang sakit jantung.
  • Kebas kaki
    • Pengaliran darah bahagian bawah badan tidak lancar
  • Sakit tapak kaki
    • Buah pinggang lemah
    • Kurang bersenam
    • duduk terlalu lama
  • Sakit tumit kaki
    • Tanda fungsi alat kelamin lemah...buat sesuatu takut anda kemurungan!
  • Rasa panas pada tapak kaki
    • Penyimbangan fungsi buah pinggang
    • Lemah tenaga batin...buat sesuatu elak kemurungan
  • Gatal di celah jari-jari kaki
    • Tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

  1.  Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan  rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Ubat masalah jantung - Buat sendiri



Bahan:

  1. Satu cawan jus lemon
  2. Satu cawan jus halia
  3. Satu cawan jus bawang putih
  4. Satu cawan cuka sari epal
  5. Tiga cawan madu
Ramuannya:
  • Campur kesemua jus lemon, halia, bawang putih dan cuka. Masak perlahan-lahan sehingga kandungan campuran jus tersebut tinggal 3/4.
  • Selepas itu biarkan jus yang telah dimasak sejuk.
  • Setelah sejuk, campurkan dengan 3 cawan madu
  • Simpan dalam bekas yang bersih.

Hubungan Suami Isteri Yang Rutin Mempercantik Wajah & Melawan Penuaan

"Rutin melakukan hubungan seks sihat suami isteri membantu anda melawan penuaan," itu pendapat Dr. Amy Wechsler, Dermatologist asal New York, AS.

Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah studi di Scotland menemui bahawa rutin melakukan hubungan seks tiga kali seminggu selama empat tahun  dapat meningkatkan kekebalan dan mengurangkan penyakit jantung.  Dr. Wechsler menambahkan bonus cantik buat orang yang rutin melakukan hubungan seks yang sihat. Menurut Dr. Wechsler berikut manfaat yang dapat anda peroleh dari hubungan seks rutin dengan suami anda;

1. Melawan kedutan
Hormon stres dan hormon antistressentiasa naik turun dalam tubuh anda. Seks (khususnya orgasme) meningkatkan hormon endorfin dan hormon pertumbuhan tubuh. Akibatnya, tubuh memperbaiki sel yang rosak oleh matahari dan juga merokok. Selain itu juga menurunkan hormon kortisol yang melambung kerana stres. Bahaya dari kortisol adalah dapat menghancurkan kolagen, rosaknya kolagenlah yang menyebabkan kedutan pada waja muncul. 

2. Melembutkan kulit
Setelah melakukan hubungan seks, tubuh melepaskan minyak semulajadi, seperti asid linoleat. Ini adalah sejenis pelembap yang juga ditemui pada safflower dan minyak zaitun. Minyak tersebut tidak hanya melindungi sel kulit dengan melapisinya, tetapi juga menghidrasi kulit. Ini sebabnya wajah anda berseri-seri selama beberapa hari setelah berhubungan seks.

3. Kulit lebih cerah
Tidur adalah ubat kosmetik terbaik, sebab ketika tidur sel-sel yang memperbaharui kulit bekerja. Hubungannya dengan seks adalah seks merupakan ubat tidur yang ampuh. Setelah mengalami orgasme, anda akan tertidur lebih cepat dan bangun lebih segar. Khasiat lainnya, lingkaran hitam di bawah mata dan bengkak pun berkurangan. Jangan lupa menambahkan rutin seks sebelum tidur.

4. Menegangkan wajah
Tanpa orgasme sekalipun, seks meningkatkan sirkulasi darah pada kulit. Bahkan berciuman merangsang sangat sedikit 30 otot wajah bekerja, membakar sampai 12 kalori per menit (lebih dari yang anda bakar dalam satu minit berjalan)

baiknya berak bertinggung


Friday, 24 August 2012

betik hijau ubat gout

Cut off bahagian atas betik, membersihkan diri benih, membuka satu lubang kecil di dinding sebelah atas untuk memudahkan menuang teh.
Buat lubang pengudaraan kecil pada penutup atas, dimasukkan ke dalam daun teh, tuangkan dalam air mendidih, letakkan penutup atas kembali ke betik, anda juga boleh menggunakan pencungkil gigi untuk mendapatkan penutup atas.

Fakta Tongkat Ali

Tongkat Ali

Dalam usaha memperbaiki, Dr Ismail berkata, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack diyakini dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.

Pengambilan herba ini dilakukan sejak ratusan tahun lalu dan diambil namanya sempena sahabat Nabi, Saidina Ali yang gagah perkasa. Ketika itu orang dulu mungkin mengambilnya menerusi rebusan akarnya.
 Kajian ilmiah terhadap kehebatan herba itu hanya bermula pada tahun 90-an. Sejak itu ia semakin berkembang dan diterima ramai dan digunakan dalam pelbagai jenis produk. Menariknya, herba itu boleh digunakan lelaki dan wanita untuk mempertingkatkan tenaga.

Pohon Tongkat Ali dikenali sebagai penawar kerana ia amat pahit tetapi mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ia juga dikenali sebagai Pasak Bumi kerana akar umbinya yang menjalar lurus ke dalam bumi dan kukuh amat sukar untuk dicabut. Terdapat beberapa spesies Tongkat Ali, tapi spesies yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesies longifolia dan apiculata.




 Senarai Kajian

Mengikut kajian Prof Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesies Tongkat Ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutama sekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesies yang ada di Indonesia atau negara Asia lain.

Kajian Pusat Perubatan di Kuala Lumpur mendapati ada peningkatan hormon testosteron dan hormon DHEA sekali gus dengan penurunan Ikatan Protein Globulin (dengan molekul testosteron) dan peningkatan hormon testosteron yang bebas (testosteron bebas ikatan yang boleh digunakan badan) dengan pengambilan 200mg ekstrak berkenaan.

 Kajian pada tikus

Kajian awal kepada tikus menunjukkan ekstrak larutan air tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon testosteron sebanyak 4 kali ganda. Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan agresif.

Tiada kesan toksik

Ekstrak Tongkat Ali, tidak meninggalkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang. Malah kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 di beberapa Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian itu, ekstrak tongkat ali larutan air yang menjalani pelbagai proses piawaian kini mendapat pengiktirafan dan dipatenkan pada 2004.

Kesan kepada atlit

Mengulas lanjut, katanya kajian dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua-duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.


 Kajian susulan yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Prof Talbott kepada atlit penunggang basikal mendapati ekstrak berkenaan dapat menambahkan testosteron sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormon tekanan iaitu kortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam


 Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosteron dan mengurangkan tekanan badan.

Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berusia yang mengambil 200mg ekstrak, mendapati mereka merasakan rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon tumbesaran dan testosteron serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot selepas senaman berkayuh itu cepat.

Meningkatkan kualiti sperma

Kajian dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium itu mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%.

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedikal sedang dijalankan kepada ekstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pengamalnya yang sudah sedia maklum yang tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa diwar-warkan tukang ubat tradisional, tapi ia lebih daripada itu - ia memantapkan kesihatan, mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar-benar suatu mukjizat untuk lelaki


 Tanda Kurang Testosteron

* Sakit sendi dan sakit otot
* Berpeluh berlebihan
* Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan
* Mudah meradang
* Cepat penat
* Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi

Fakta Tongkat Ali

* Nama saintifik Eurycoma longifolia. Nama lain pasak bumi, setunjang bumi daun halus
* Tenaga batin, memulihkan otot, malaria (air rebusan akar dikeringkan dan diminum)
* Luka kecil (pupurkan daun di kawasan bermasalah)
* Selepas bersalin (air rebusan akar dan daun dikeringkan dan diminum)
* Kenan, gatal (air rebusan akar dan daun yang dikeringkan digunakan untuk membasuh dan menggosok tempat bermasalah)
* Patukan ular (akar diasah pekat dan disapu pada tempat patukan untuk menawarkan bisanya)