SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 26 June 2011

renungan

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",

" Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

jangan tinggal solat wahai keluargaku,diakhirat nanti aku akan disoal

doa utk keluargaku

kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

renungan

kenapa 'merokok' tu haram,rokok tidak haram



renungan

1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

mee banjir udang

resepi mee udang-basha corner



Resepi (Mee) Mi Udang



Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang

Saturday 25 June 2011

resepi ayam tomato


bahannya
1/2 kg ayam ]potong, bersihkan & gaul bersama sdkt garam,kunyit serbuk & serbuk bwg putih
1 inci halia ]dititik
1 btg serai ]dititik
1/2 labu bwg besar ]dihiris
2 s/b lada kisar
5 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
1 s/b minyak bijan
sedikit gula melaka
garam
minyak

Caranya
1.Goreng ayam sehingga masak. Tos & ketepikan.
2.Keluar sebahagian minyak goreng ayam, tumis bwg besar, serai dan halia hingga wangi, masukkan lada kisar, goreng hingga pecah minyak.
3.Masukkan sos tomato, gula merah dan kicap. Diikuti ayam dan sedikit air.
4.Rasa garam & manisnya. Biar agak kering.
5.Masukkan minyak bijan, biar seketika. Siap

resepi ayam panggang magribi




bahan-bahannya"
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
garam secukup rasa
Bahan2 rempah chermoula - dikisar halus:
3 tangkai cili merah/hidup
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
jus lemon - dari 1/2 biji lemon [kite taruk 2 s/b jus lemon]

Bahan2 sampingan: (kite taruk ape yg ade dlm esbox)
daun salad - disiat kasar
timun & buah tomato - dihiris
ubi kentang - direbus, dikupas kulit dan dihiris
lemon - dipotong berbaji
sedikit daun pudina

Cara:
1.Lumurkan ayam dengan garam dan rempah chermaula diserata permukaan ayam dan juga dibahagian bawah kulitnya.
2.Perapkan ayam selama 3-4 jam ataupun semalaman di dalam peti sejuk.
3.Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ianya pada suhu bilik.
4.Letakkan ayam ke atas baking tray dan bakar pada suhu 180C selama 45min - 1 jam atau sehingga masak.
5.Sentiasa membalik2kan ayam setiap 20 min
6.Setelah masak hidangkan bersama dengan bahan2 sampingan

best gak

puas klu blh makan

SELAMAT MENJAMU SELERA DI RESTORAN BASHA


terima kasih jika puas hati,jika kurang puas jumpa kami

Resepi: Kari Ketam Tumis Darat


Bahan-bahan :

6 ekor ketam
3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 inci halia.. ditumbuk lumat
Satu paket Rempah Kari..
Air secukupnya
Santan pekat
Sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit

Bahan2 untuk ditumis garing :

Sedikit minyak masak untuk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur

Cara-cara :

1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
5. Tutup kuali dan padamkan api.

RESEPI SUP ISI KETAM


SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHANNYA:

200gm isi ketam
200gm krim jagung manis
150ml air rebusan ayam
80gm biji jagung - direbus
3 sudu makan minyak jagung
Sedikit gula pasir
Sedikit daun parsli - dihiris (kat hypermarket ada)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

1. Satukan krim jagung manis dan biji jagung dalam periuk dan dididihkan.
2. Masukkan isi ketam dan minyak jagung. Kacau rata
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, gula pasir dan garam. Kacau rata dan tutupkan api
4. Taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.

petua perut cepat masak


Jika anda mahukan perut lembu/kambing dimasak dengan cepat, tambahkan dengan segenggam beras ketika merebusnya.

petua ubat bibir pecah


Bibir pecah banyak dikaitkan dengan badan yang panas.. jadi lebihkan air suam dan mandi bagi mengelakkan dari bibir pecah..

Bagi bibir yang telah pecah dan rasa ketidakselesaan anda mungkin berakhir sekiranya anda mempraktikkan petua di bawah.

Caranya mengubatinya:

Minumlah air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh.

Insyallah.. jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.

petua kaki pecah


Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.

Waktu mahu tidur malam, bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. Insyaallah.. kata org2 tua.. akan beransur baik..

tip/petua lembutkan daging ayam tua


Cara: 1) Mula-mula potong ayam tersebut menjadi agak kecil. Kemudian rebus bersama air kelapa hingga empuk.

Cara: 2) Selain itu boleh juga dimasukkan 2-3 helai daun nangka ke dalam rebusan ayam tadi. Toskan airnya dan masak ayam tersebut mengikut resepi pilihan anda.

tip/petua hilang karat gigi


Cara-caranya:

1. Ambil sebiji pinang tua dan keringkannya.
2. Kemudiannya dikacip halus.
3. Bakar isi pinang yang telah dikacip halus tu sehingga hangus.
4. Akhir sekali, gunakan isi pinang hangus (arang) itu untuk menggosok gigi anda yang berkarat tu.
5. Amalkan proses 1 hingga 4 setiap hari sampai gigi anda menjadi putih semula.

tip/petua hilang bau badan


Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan.

Jika dizinkan Allah, dalam lebih kurang seminggu saja, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

petua cuci kerang


gaul dengan hampas kelapa kemudian bersihkan dengan air,kerang akan jadi putih

tip nak putihkan mug/cawan


Cawan atau mug yg kerap menakung air teh atau kopi biasanya akan menjadi kelam atau kekuningan.

Cara membersihkannya ialah dengan merendamnya kedalam air panas atau suam yg bercampur dgn limau nipis dan garam. Selepas 15 minit, cuci dgn span seperti biasa. cawan atau mug tadi akan kelihatan bersih tanpa ada warna kelam dan kekuningan.

Rumah tangga bukan restoran


Mengupas tajuk ini, mari kita bayangkan sejenak bagaimana operasi sebuah restoran. Dan bayangkan kita sekarang baru masuk ke dalamnya. Tentu selepas dipersilakan masuk dan duduk pelayan restoran itu bertanya, “nak minum apa?” Nak makan apa?”

Tetapi ada juga restoran yang kurang peka kerana tidak cukup pekerja, lalu pelanggan yang terpaksa bertanya dan membuat tempahan sendiri, “Minta teh tarik satu, roti canai dua biji.”

Antara dua keadaan ini tentu kita lebih suka kepada restoran pertama dan kurang berminat dengan layanan restoran kedua. Kenapa? Yalah sebagai pelanggan seseorang itu suka dilayan mesra. Sebab itu bagi sesetengah orang sebelum memilih restoran dia akan mengenal pasti cara layanan pelayan restoran tersebut terhadap pelanggannya.

Begitulah dua keadaan di restoran yang terdapat di negera ini. Maka wajarkah rumah anda seperti dua restoran di atas? Kalau jawapan anda tidak wajar, maka bagaimana anda harus jadikan rumah anda? Tetapi kalau anda kata apa salahnya jadi restoran, maka itulah yang kita nak bincang pada hari ini?

Apabila saya katakan rumah anda bukan seperti restoran bermakna segala ciri-ciri restoran seperti yang dinyatakan di atas tidak wajar ada dalam rumah tangga. Kalau begitu dalam rumah tangga tidak wajar berlaku dua perkara berikut:

1. Isteri jangan bertanya suami “nak makan apa, nak minum air apa”
2. Jangan pula biarkan suami memesan makanan

Ingatlah wahai isteri, anda bukan pelayan dan suami bukan pelanggan anda. Jadi, letakkan tempat suami pada kedudukan suami dan isteri di tempat isteri. Selagi perkara ini berada dalam fikiran dan tindakan anda, pasti suami anda cukup berpuas hati dengan anda.

Bagi merealisasikan semua ini saya senaraikan apa yang patut anda lakukan terhadap suami anda:

1. Sambutlah suami di hadapan pintu ketika pulang rumah walaupun dia ada kunci pendua. Untuk itu, pakaian anda perlulah cantik lagi menyegarkan.

2. Persilakan dia duduk di tempat yang tersedia dalam rumah itu.

3. Hulurkan air mineral atau air suam bagi menyegarkan tekak dan hatinya.

4. Kalau nampak dia leteh, picit badannya.

5. Sediakan taula dan berikan kepadanya untuk dia mandi sebelum solat Maghrib

6. Sediakan makan malam. Isteri perlu tahu apa yang suami suka makan melalui kajian dan penyelidikan.

7. Sediakan tempat tidur yang selesa sebelum suami berhajat hendak tidur.

Inilah rutin yang harus dilakukan oleh isteri sepanjang hayatnya bersama suami. Tapi ingat, anda isteri bukan sebagai pelayan restoran. Jadi, jangan swastakan semua itu kepada orang gaji kerana hakikat suami sukakan bermanjaan dengan wanita. Maka kalau tiada isteri ketika itu pasti dia mahu bermanja dengan orang gaji pula.

Dalam hal ini suka saya ingatkan para isteri, suami anda akan cukup kecewa kalau kepulangannya dari tempat kerja, ditanya, “bang nak makan?” “abang nak mandi?” “abang nak tidur? Lebih kecewa lagi kalau anda menyuruhnya, “bang pergilah mandi”, “bang makanlah dulu.”

Kenapa dia kecewa? Yalah sudah lama hidup masih tidak tahu kehendak suami. Ketahuilah wahai isteri, jika suami sudah mula meminta sesuatu untuk anda lakukan, “yang buatkan air,” “yang mana makananni,” “yang bila nak tidur,” sedarlah itu tandanya suami anda sudah hilang rasa cinta kepada anda. Namun dia masih boleh bersabar.

Jadi, rumah bukan restoran mengajak para isteri bertindak membetulkan keadaan dengan memberi perhatian kepada suami tanpa dia meminta. Percayalah kalau anda boleh lakukan semua panduan ini, suami anda tidak ada masa dan berkeinginan untuk mencari wanita lain dalam hidupnya.

UDANG SAMBAL BELACAN


BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Tunbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

Sambai machang


Buah machang ni Pak Long suka campoq ngan sambai belacan... tarak susah mana pun. Buah machang tu kalau ikut Mak Long hang la, dia suruh buang kulit dulu...haha... tak pernah dibuat orang lagi laa melantak ngan kulit... hihi... Potong kecik kecik machang yang siap dibuang kulit tadi nih, goi ngan sambai dan tumbuk sikit macam yang Mak Long hang dok tumbuk selalu laa... bagi dia hancoq dalam sambai. Tak yah hancoq sampai lumat sangat, bagi sebati ja dah cukup...

Perrghh... mau kena pulak ngan ulam raja atau pucuk jangguih... dua pinggan nasik pun selamba jaa sekali hadap... boleh terlupa sat kat Mak Long hang... haha...

Nikmatnya Sop Buntut Cengkeh


Ekor sapi dipotong-potong dan direbus hingga lima jam sampai daging empuk. Bumbu yang digunakan untuk kuahnya, terdiri atas bawang merah, bawang putih, dan pala, dihaluskan bersama. Untuk menambah rasa khasnya, ditambah cengkeh saat merebus bumbu yang sudah dihaluskan itu.

Wednesday 22 June 2011

awas nk makan

Salmiah Hasibuan (19)

Salmiah Hasibuan (19): "- Sent using Google Toolbar"

Resepi Tom Yam Seafood Bersantan


Resepi Tom Yam Seafood Bersantan


Bahan-bahan:
2 ekor ketam - potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
Lengkuas 1 cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar nampla
2 camca serbuk udang cili
Garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan

Cara menyediakan:
1) Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam, serai, lengkuas, ciliapi, nampla, serbuk udang cili, bawang besar dan daun limau purut.
2) Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.
3) Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula, biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan

Resepi Butter Prawn


Resepi Butter Prawn


Bahan-bahan:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng
250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara menyediakan:
1) Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
2) Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
3) Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Resepi Ikan Berlada Taucu






Bahan-Bahan:
5 ekor ikan puyu
2 batang serai (ketuk)
3 sudu besar taucu
6 sudu besar minyak masak
Garam


Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili merah
1 biji tomato

Cara Menyediakan:
1. Gaul ikan dengan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
3. Kemudian masukkan taucu seterusnya ikan.
4. Tambahkan gula dan gaul hingga sebati.

Resepi Sos Yong Tau Foo


Resepi Sos Yong Tau Foo


Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa

Resipi Begedil Ketam Panggang


Resipi Begedil Ketam Panggang


Bahan-Bahan:
500 gm isi ketam
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Tepung gandum secukupnya
1 biji telur

Bahan Hiris:
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
Setangkai daun ketumbar
3 helai daun limau purut

Cara Menyediakan:
1. Campurkan bahan-bahan hiris, lada hitam dan jus limau nipis dan gaul hingga rata.
2. Masukkan isi ketam dan sadurkan dengan tepung gandum dan dicelup dengan telur.
3. Akhir sekali dipanggang hingga masak.
4. Sesuai dimakan dengan sos Thai

Resepi Udang Masak Kasturi


Resepi Udang Masak Kasturi


Bahan-bahan:
10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.
2. Setelah masak angkat udang.
3. Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.

Resepi Ketam Bercili


Resepi Ketam Bercili


Bahan-bahan:
6 ekor ketam
3 ulas bawang putih dikisar
15 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun sup/bawang

Cara menyediakan:
1. Rebus atau kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
2. Selepas itu, kopek kulitnya dan bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk agar isinya mudah dimakan. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing..
4. Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato. Gaul rata.
5. Bila sudah agak garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air bersama ketam. Masukan daun sup/bawang dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Lala Goreng Halia


Resepi Lala Goreng Halia


Bahan-bahan:
1 kg lala segar
3 cm halia
3 sudu besar cili boh
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 cm asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan cili boh dan tumis lagi.
4. Masukkan lala, asam keping dan gaul sebentar supaya sebati dengan bahan tumis.
5. Masukkan sedikit air supaya lala masak.
6. Akhir sekali masukkan garam, gula dan bawang besar yang dipotong ring.
7. Apabila lala sudah masak, hidangkan.

Resepi Masak Lemak Siput Sedut


Resepi Masak Lemak Siput Sedut


Bahan-bahan:
3 kilo siput sedut
30 biji cili api
1 inci kunyit basah
1 inci halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
Garam secukup rasa
3 keping asam keping
Minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar

Cara menyediakan:
1. Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jangan terlalu pendek.
2. Tumbuk kunyit basah dengan sedikit garam, cili api, halia, bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat. Kemudian ketukkan serai.
3. Setelah kesemua bahan tdi telah lumat. Panaskan periuk dgn minyak masak.
4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi, tumis hingga naik bau. Masukkan serai tadi kemudian kacau hingga sebati, masukkan garam secukup rasa dan 2 keping asam keping. Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5. Masukkan siput yang telah dibersihkan tadi, masukkan sedikit santan kacau lagi.
6. Kemudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7. Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia untuk dimakan.

Resepi Kari Kepala Ikan


Resepi Kari Kepala Ikan



Bahan-bahan:
1 ekor kepala ikan merah
5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 bungkus serbuk kari
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato
Tauhu kering
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
Minyak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dan halia yang dimayangkan sertakan daun kari, sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili hijau yang dibelah tengah.
3. Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tauhu, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.

Resepi Ayam Beriani


esepi Ayam Beriani

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, cili merah untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk/kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
3. Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
4. Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
5. Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api

resepi ayam percik terengganu


Resepi Ayam Percik Terengganu



Bahan-bahan:
Bahan A
15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang moray
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup

Bahan B
250 ml santan pekat
2 camca besar gula secukup rasa
1 camca besar tepung beras
2 Kiub Pati Ayam
1 kg ayam, dipotong ke 4 kepingan dan dihiris

Cara-cara:
1. Campur ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat.Ketepikan dari api.
2.Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak. Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya

Resepi Nasi Kerabu




Bahan Nasi:
4 cawan beras

Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diang