SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 4 June 2011

kolesterol dan sterol



Kolestrol ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.


Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi

terol Tumbuhan

Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol, tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya. Salah satu caranya ialah mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.

Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen. Ia membantu menyeimbangkan LDL:HDL (kolestrol 'jahat' : kolestrol 'baik') dalam tubuh menerusi sterol tumbuhan.

Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol. Ketika proses pencernaan, sterol bersaing dengan kolestrol dalam proses penyerapan. Dengan itu, kolestrol lebih sedikit diserap dan lebih banyak dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment