SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Wednesday, 4 April 2012
khasiat kankung
ampu untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya ialah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar bersama-sama batangnya kemudian di tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.
khasiat salad
air rebusan salad diminum bagi mengeluarkan angin dalam perut dan usus serta melawaskan buang air besar. Dari segi nilai nutrisi, ia dikatakan mempunyai banyak perbezaan mengikut jenis varieti.
khasiat lobak merah
Anda tentu berasa gusar melihat kulit wajah yang mula menampakkan garis-garis kedutan. Mahu tahu cara mengatasinya? Ambil sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Selepas itu, campurkan parutan itu dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah. Lakukan ia sekali sehari dan amalkan selalu untuk hasil yang menggembirakan.
Selain dapat mengurangkan kedut di muka, lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam.

khasiat lobak putih
Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak
-caranya mudah sahaja…
Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

khasiat belimbing buluh
Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.
Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
Selain itu, bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.
Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)