SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday 15 March 2013

maha cipta


"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu, "(QS. Al-Infitar: 6-8). Setiap hari tubuh kita sesungguhnya bertempur melawan banyak bakteria, virus, dan mikrob. Beberapa di antaranya dicegah memasuki tubuh, sedang beberapa yang lain berjaya menembusi tubuh kita. Sel-sel dianggap tentera, yang bertugas di dalam aliran darah. Bercerita mengenai darah. Darah hanya sebuah cecair dan tidak pernah gagal melakukan sesuatu tugas yang memerlukan perhatian dan tanggungjawabnya. Darah tahu setiap bahan yang dibawanya, apakah kegunaanya, dan kemana perlu dihantar. Sebagai contoh, darah tidak keliru membawa karbon dioksida ke sel, yang diambilnya dari sel lain sebagai bahan buangan. Darah selalu memberi sel oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Tugas yang dilakukan darah yang tanpa kesalahan atau kesilapan. Sekali lagi inilah bahagian dari rancangan sempurna Allah, yang Ia ciptakan dalam tubuh manusia. Seluruh sel darah melakukan tugasnya tanpa melakukan kesalahan. Kita telah membicarakan bahawa semua jenis zat yang diperlukan oleh tubuh kita diedarkan ke bahagian tubuh yang berkaitan oleh darah. Sementara itu, sel-sel darah mengumpulkan bahan-bahan kumuh seperti karbon dioksida, dan memastikan bahawa seluruhnya dibuang dari tubuh. Darah juga bertindak seperti pelumat sampah. Dengan berhenti di setiap 100 trilion sel berterusan sepanjang hari, darah meninggalkan di sel apa yang diperlukannya dan mengumpukan sampah sisa-sisa bahan yang digunakan oleh sel. Darah juga bertindak sebagai alat komunikasi dalam tubuh. Hormon di dalam darah yang membawa mesej dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain. Hormon membawa mesej ke bahagian-bahagian badan yang berkaitan seperti seorang petugas pos yang membawa surat. Banyak proses penting, termasuk pertumbuhan badan, rasa haus, pengeluaran peluh, dan mengawal aras gula dalam darah berlaku kerana mesej yang dihantar dengan tepat. Ini adalah perincian mengagumkan dalam ciptaan Allah. Allah telah mencipta pada sel-sel apa yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar tentang pengetahuan yang sangat penting dan menganugerahkan mereka untuk kepentingan kita. Diterjemahkan dari sumber islampos

No comments:

Post a Comment