SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, 28 February 2018

Ganoderma Lucidum





APA ITU GANODERMA?
Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China.
Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.
Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.
Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.
Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.
Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:

  • Sistem kulit
  • Sistem saraf
  • Sistem jantung
  • Sistem mata
  • Sistem Ginjal / buah pinggang
  • Sistem pernafasan
  • Sistem aliran darah

Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:
  • Kanser
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Hepatitis
  • Kencing Manis (Diabetes)
  • HIV & AIDS
  • Alahan
Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:

Asid Amino

D-mannitol

Polisakarida

Asid Organik

Ergosterol

Sakarida

Asid Protease

Glukosamin

Sterol

Adenin

Lakton

Triterpenoid

Adenosin

Lisozim

Vitamin

Alkaloid

Oganik Germanium(GE)

Garam Galian

Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:

Air  - 750.0mg

Kalori   - 1.7

Lemak  - 9.0mg

Serat  - 25.0mg

Protin  - 75.8mg

Besi  - 0.19mg

Kalsium   - 3.0mg

Asid Pantotenik  - 0.032 mg

Vitamin B1  - 0.0016mg

Vitamin B2  - 0.0064mg

Vitamin B3  - 0.076mg

Vitamin C  - 0.0625mg

Vitamin D  - 0.769mg

Fosferus  - 0.03mg

Karbohidrat  - 115.0mg

Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya :

  1. Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih
  2. Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan (yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan).
  3. Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik
  4. Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.
Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:
  1. Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri
  2. Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
  3. Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik
  4. Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf
  5. Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )
  6. Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
  7. Hilang selera makan
  8. Hilang ingatan/nyanyuk
  9. Sumbatan saluran darah
  10. Masalah tulang sendi
  11. Masalah kerongkong
  12. Hepatitis A, B, C, D
  13. Masalah kulit
  14. Gastrik
  15. Masalah kerosakan hati
  16. Sukar tidur malam (Insomnia)
  17. Keracunan makanan
  18. Masalah saluran pernafasan
  19. Masalah keguguran rambut
  20. Masalah bengkak ginjal / buah pinggang
  21. Ulser
Menurut Dr. David Chu, seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada menyebut di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.
Menurut beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing. Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak akan berkurangan.
Dari kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan fungsi jantung.
Masyarakat China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.


SEJARAH REISHI
Kepercayaan akan kemujaraban kulat Reishi ini pada hakikatnya telah dipercayai sejak zaman China purba dulu lagi yakni sejak zaman pemerintahan ‘Fuxi’; pemerintah lagenda China pada waktu itu yang juga merupakan pemerintah pertama di kalangan ‘Three august Ones’. Manakala Seng Nong pula yakni pemerintah kedua ‘Three August Ones’ mengatakan bahawa untuk mengetahui akan kemujaraban sesuatu tumbuhan adalah melalui kajian percubaan yang dijalankan ke atas beratus-ratus spesis tumbuhan.
Seng Nong’s Herbal Classic atau Chinese Outline of Herbs adalah merupakan manuskrip terawal dalam perubatan China kuno pada masa itu dan sehingga kini ia masih digunakan sebagai asas dalam perubatan China tradisional serta dalam kebanyakkan perubatan timur secara amnya.
Menurut manuskrip tersebut yang menerangkan secara terperincinya tentang Ling-zhi di mana di kalangan 365 spesis yang terdiri daripada tumbuhan, akar-akar, kayu, bulu, haiwan dan batu-batan yang telah dibahagikan kepada 3 kategori. Ling-zhi / Reishi adalah terletak pada ranking yang teratas daripada kalangan kumpulan Superior. Ciri-ciri kategori pertama ini antaranya ialah ia langsung tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun ia diambil secara berlarutan. Sebaliknya, pengambilan secara berterusan itu dapat mengurangkan berat badan dan memanjangkan usia seseorang.
Enam spesis Ling-zhi ini dibezakan melalui warna turut dinyatakan dalam ‘Seng Nong’s Herbal Classic’ itu yakni :
    1. Akashiba ( Resihi merah )
    2. Shiroshiba ( putih )
    3. Kuroshiba ( hitam )
    4. Kishiba ( kuning )
    5. Aoshiba ( biru )
    6. Murasakishiba ( unggu )
Reishi merah ( Akashiba ) adalah satu-satunya yang masih dijalankan penanaman semula ke atasnya.
Reishi Merah :
Reishi sebenarnya adalah panggilan bagi kulat Ganoderma Lucidum bagi masyarakat Jepun. Sebagaimana yang dinayatakan sebelum ini, di China ia terkenal dengan panggilan Ling-zhi. Reishi adalah sejenis kulat yang besar berwarna merah dengan bahagian luar yang berkilau. Reishi merah ini berbeza dengan jenis kulat-kulat yang lain di pasaran disebabkan teksturnya yang seakan menyerupai kayu.
Reishi merah adalah merupakan kulat yang luar biasa dan mempunyai nilai yang tinggi dalam ilmu perubatan China. Semenjak zaman dahulu kala, hanya golongan yang berada yang mana mempunyai keistimewaan tertentu yang dapat menggunakan dan menikmati Reishi tersebut. Dalam perubatan tradisi China, Reishi adalah merupakan kategori herba yang teratas memandangkan potensi dan manfaatnya dalam perubatan serta ia langsung tidak mendatangkan kesan sampingan.
Reishi merah boleh mengubati bengkak paru-paru, baik untuk pernafasan, meningkatkan kepintaran di samping memelihara tubuh, mencegah penyakit cepat lupa dan sekiranya diambil secara berterusan ia dapat mengekalkan kesihatan tubuh dan juga awet muda.
Reishi merah diklasifikasikan sebagai ubat ‘Superior’ kerana ia mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding kulat biasa dari segi :
  1. Pengambilannya secara harian adalah baik dan ia tidak mendatangkan kesan sampingan
  2. Pengambilannya secara biasa akan dapat mengawal fungsi tubuh ke tahap yang normal
  3. Kuasa perubatannya sendiri adalah berkesan ke atas semua fungsi organ tubuh manusia
Li Shi Zhen, seorang ahli penuntut perubatan yang terkenal pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644 ) telah memperkenalkan tanda-tanda bagi setiap 6 spesis kulat itu secara konkrit dan lengkapnya. Hasil-hasil kerjanya itu kemudiannya telah dicetak semula pada tahun 1956 dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing termasuklah Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Russia dan Latin dan telah diberikan penghargaan sebagai satu kejayaan dalam perubatan China Tradisional pada ketika itu.
Manakala di Jepun pula, sebuah buku yang dikenali sebagai ‘Shinroh Honsohkyo’ kini telah diterima pakai sebagai bahan teks asal dalam sains perubatan timur. Di dalamnya terdapat 365 jenis ubat yang telah dikenalpasti dan dihuraikan . Ubat-ubatan tersebut umumnya telah diklasifikasikan kepada 3 kategori yakni ;

1 - 120 daripadanya dikenali sebagai kumpulan kelas atasan ( Superior )
  • Ini termasuklah herba yang berkesan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit dan kebanyakkannya bertanggungjawab dalam mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Ia juga tidak mendatangkan kesan sampingan

2 - 120 lagi adalah kumpulan kelas pertengahan ( middle )
  • terdiri daripada tonik dan ia untuk meningkatkan dan penggunaannya tidak boleh diambil secara berterusan


3 - 125 lagi adalah kumpulan kelas bawahan ( low )
  • Ia mestilah diambil dalam dos yang sedikit dan hanya untuk penyakit-penyakit yang tertentu sahaja. Ia termasuklah sesetengah herba yang beracun.

KESIMPULAN
Pada masa lalu, tidak ramai individu yang didedahkan kepada perkataan ‘Reishi’ itu dengan sendirinya termasuklah mereka yang datang untuk melihat tumbuhan Reishi itu yang sebenarnya.
Kini perkataan ‘Reishi’ boleh dilihat di mana-mana dan tumbuhan ini juga sudah biasa terdapat di pasaran. Kita sepatutnya berterima kasih kepada para saintis yang telah berjaya dalam teknik penanaman semula Reishi tersebut. Dengan ini, penggunaan Reishi dapat digunakan secara berterusan oleh orang ramai bagi memperolehi nilai sebenar Reishi dalam bidang perubatan.
Sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah teks perubatan China kuno, Reishi adalah ‘Raja Herba Yang Ajaib’ yakni herba Superior yang hebat untuk awet muda dan memanjangkan usia seseorang. Pengambilannya secara berterusan akan memberikan hasil yang baik.
Ia turut dinyatakan dalam teks tersebut bahawa penggunaan Reishi ini adalah sebagai ubat pencegah lebih daripada merawat. Ini adalah amat baik bagi kesakitan yang sering dialami pada masa kini seperti alahan, diabetes, asma, kanser, penyakit sendi, arterioklerosis dan lain-lain.
Apabila seseorang itu di peringkat umur pertengahan, pengambilan Reishi ini akan meningkatkan lagi sistem immunisasinya terhadap serangan penyakit serta menambahkan tenaga individu tersebut. Seterusnya akan meningkatkan lagi tahap kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment