Habbatus Sauda pada zaman dahulu adalah ubat untuk kerabat diraja
Habbatus sauda (Nigella
Sativa / Black Seed) adalah ubat herba yang telah digunakan ribuan tahun
dahulu (lebih dari 3000 tahun), terbukti dengan penemuan minyak
habbatus sauda di pekuburan Tuthankhamen (kubur raja-raja Mesir kuno).
Dahulu, minyak habbatus
sauda ini hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarganya. Habatussauda
juga digunakan oleh raja-raja zaman Greek kuno dengan dijadikan tanaman
ini sebagai tanaman yang berkhasiat membantu mereka diakhir hayat hidup
mereka.
Di beberapa negara di
benua asia (terutama Asia timur bahagian tengah) dan benua Eropah Timur
bahagian tengah, habatus sauda digunakan untuk meningkatkan kesihatan
dan sebagai rawatan herba utama untuk kebanyak kan penyakit ringan dan
berat.
Habbatus sauda merupakan
suplemen ubat semulajadi yang mampu membangkitkan dan meningkatkan
sistem ketahanan tubuh (immunity system) yang mampu mencegah dari
serangan pelbagai macam penyakit.
Analisis dan penerbitan
kajian yang telah dilakukan dibeberapa Negara (Jepun, Pakistan, Amerika
Syarikat dan beberapa Negara Eropah) pada seperempat abad terkini
menunjukkan bahawa habatus sauda mempunyai kandungan zat nutrisi yang
sangat tinggi seperti:
- sekitar 40% minyak malar (fally oil content)
- 1.5% minyak pati (essential oil content)
- 15 macam asam amino
- protein
- ion kalsium
- karbohidrat
- zat besi
- seng
- fospor
- ion sodium, dan
- potasium
Dalam sebuah Hadist
sahih Bukhari Muslim, Rasulullah telah menganjurkan kita menggunakan
habbatus sauda. Gunakanlah habbatussauda kerana di dalamnya terdapat
ubat untuk segala macam penyakit, kecuali maut (HR. Bukhori Muslim)
Beberapa pendedahan para
doktor dan saintis mengenai habbatussauda setelah dilakukan penelitian
secara empirikal dan klinikal dalam makmal mereka:
- Prof. Dr. Hildbert Wanger (Germany):
Habbatussauda terbukti menyembuhkan pesakit alergi, neuradermitis, asthma, dan lemahnya daya tahan tubuh.
- Prof. Lutz Bannasch (Germany):
Oil habbatussauda mempunyai khasiat antitumor tanpa kesan sampingan seperti berlaku pada kemoterapi dan sinaran radiasi.
- Dr. Stanley Kopok (USA):
Habbatussauda mempunyai
peranan sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka masa yang
lama menguatkan sistem kekebalan tubuh.
- Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia):
Omega yang terkandung dalam habbatussauda lebih besar 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA.
No comments:
Post a Comment