SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label MASAK LEMAK. Show all posts
Showing posts with label MASAK LEMAK. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

masak lemak putik durian

Bahan-bahan ( 4- 5 orang makan )

Sebiji Durian (ambil isinya sahaja, kulitnya tak mahu)
1 labu bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang serai - dititik
200 g udang hidup - dikupas kulit
secukup santan
garam secukup rasa
1 batang lada merah - hiris serong
1 batang lada hijau - dihiris serong
(kalau nak kurang pedas, guna Cili api)
(udang juga boleh ganti dengan isi ikan kembung)
Cara-cara
Asingkan ulas durian dalam mangkuk hayun berlainan :)
Disebabkan saya guna santan pekat, jadi saya masukkan 1 cawan air dan separuh santan dalam periuk. Masukkan bawang, udang dan cili. Masak sambil dikacau, sebelum mendidih baru bubuh durian dan kacau hingga mendidih.
Masukkan baki santan, garam dan cili. Kacau hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.. Selamat mencuba...:)

p/s: Petua supaya santan tak pecah minyak: Didihkan dulu air santan dengan bahan2..bila dah hampir masak baru masukkan pati santan agar santan tak pecah minyak.




Monday, 21 May 2012

resepi ikan talang masak lemak

han-bahan : Ikan talang - rendam dulu ye. masin nih 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 hiris lengkuas sedikit nenas / timun santan Cara-cara : Blend bawang merah, bawang putih dan lengkuas. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan ikan dan nenas. Bila mendidih, masukkan santan. Kacau untuk elakkan berketul. Rasa-rasa dah masak dan sedap, angkat la. Tak payah ketak garam ye.

Saturday, 21 April 2012

resepi masak lemak telur masin

Bahan-bahan : 3 biji telur masin Santan Serai - dititik 1/2 labu bawang besar - ditumbuk 2 ulas bawang putih 2 biji cili besar - ditumbuk cili padi - ikut tahap kepedasan serbuk kunyit garam Caranya : Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan sedikit air ke dalam kuali. Setelah mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur satu per satu. Setelah telur mula mengeras, masukkan santan. Sesuaikan rasa dengan garam dan siap :)

resepi masak lemak ikan kembung

Bahan-bahan : Ikan kembung Bawang merah - ditumbuk Bawang putih - ditumbuk Lengkuas - ditumbuk Kunyit - ditumbuk Asam keping Santan Caranya : Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali berisi sedikit air. Masukkan asam keping. Masukkan santan. Tunggu santan mendidih dan kuah menjadi agak pekat.. Masukkan ikan. Sesuaikan rasa dengan garam.

Tuesday, 15 November 2011

Masak Lemak Ciliapi Ikan Keli dan Belimbing Buluh


Bahan
3 ekor ikan Keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
10 biji belimbing buloh

Bahan mesin
20 biji cili api
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selama beberapa minit. Bilas lagi dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalm periuk dan masak dengan api perlahan.
3. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
4. Bila nampak kuah nak mendideh masukkn santan pekat dan rasakan garam.
5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
6. Bila mendideh tutup api dan boleh hidangkan.

MASAK LEMAK CILIAPI KEPAH SHELL & NENAS



Bahan
1kg kepah shell [RM8.00 sekilo]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 biji nenas [potong kecil]
2 batang serai [ketukkan]

Bahan Mesin
15 tangkai ciliapi
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 cawan air
garam

Cara
1. Kepah dibersihkan dan keluarkan isinya. Rendamkan sebentar dengan garam untuk mengeluarkan sisa kekotoran dalam isinya. Toskan.
2. Masukkan semua ahan dalam periuk kecuali santan pekat.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila nampak mendideh sekali lagi tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi putih