SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Monday, 16 July 2012

Penyakit Kita 3 serangkai boleh dirawat sendiri

1Kencing manis Pemakanan yang tidak mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul lalu jadilah makanan itu tidak seimbang. Gula berlebihan dalam badan bukan kerana banyak guna gula, tetapi kerana saluran dan fungsi tubuh badan yang tidak lagi mengikut sistem yang betul. 1.Makan dan minum mengikut sunnah iaitu 1/3 untuk udara, 1/3 untuk makanan dan 1/3 untuk air. 2.Seterusnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. 3.Makanan yang seimbang diperlukan seseorang terdiri dari karbohidrat, lemak, dan protein yang darinya mengumpulkan 2000 kalori sehari. 2Darah tinggi Sikap dan tindakan manusia dalam kehidupan yang mudah stress, cepat marah orang, suka sangka buruk kepada orang lain, dan suka hasad dengki atas kejayaan orang lain. Hakikatnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya dan orang lain. 1.Jangan stress maka apa yang berlaku diserahkan kepada Allah dan fikirkan positif yang pastinya ada hikmahnya. 2.Jangan cepat marahkan orang, sebaliknya nilai diri; mungkin kita yang bersalah. Setelah itu mintalah maaf. 3.Jangan sangka buruk sebaliknya bersangka baik apa yang kita lihat tidak sesuai dengan kita. 4.Jangan dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya kongsikan kegembiraan dengan kejayaannya. 3 Jantung Ibadah terutama solat yang dilakukan untuk Allah tidak menepati kehendak Allah dan Rasul. Cara berdiri, rukuk, duduk dan sujud yang betul boleh mencantikkan jantung. Begitu juga dengan puasa, cara sahur, tidur, solat sunat dan cara berbuka puasa yang betul boleh mengaktifkan jantung. 1.Belajarlah solat cara Rasulullah. 2.Belajarlah cara puasa, sahur, imsak, berbuka puasa dengan yang betul. 3.Belajarlah cara zikir dengan betul. Mungkin anda yang membaca artikel ini rasa tidak logik kerana tidak ada bukti saintifik dan tidak disokong oleh mana-mana doktor. Tidak mengapa, kalau tidak mahu mempercayainya. Malah kalau anda menentangnya saya tidak berkecil hati. Tetapi kalau anda cuba kaitkan apa yang ditulis dengan ciptaan Allah, anda akan lihat betapa semua yang terjadi di dunia ini sangat bersangkut paut dengan takdir Allah. Allah menciptakan manusia tentu Allah tahu yang terbaik untuk manusia lalu disediakan panduan dan peraturan. Jadi, kalau manusia tidak mengikutnya pasti akan menerima akibat yang buruk. Bandingannya samalah kalau kita milik sebuah kerata, manual yang disediakan untuk memudahkan kita mengendalikan kereta itu. Sebagai contoh, had kelajuan, tempoh servis dan tempoh masa kegunaan sesuatu alat dalaman. Kalau kita tidak mematuhinya pasti pendek hayat kereta itu.

Sunday, 30 October 2011

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..