SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label lobak. Show all posts
Showing posts with label lobak. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

khasiat lobak merah

Anda tentu berasa gusar melihat kulit wajah yang mula menampakkan garis-garis kedutan. Mahu tahu cara mengatasinya? Ambil sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Selepas itu, campurkan parutan itu dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah. Lakukan ia sekali sehari dan amalkan selalu untuk hasil yang menggembirakan.

Selain dapat mengurangkan kedut di muka, lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam.

khasiat lobak putih

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak

-caranya mudah sahaja…

Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.