SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label terung. Show all posts
Showing posts with label terung. Show all posts

Wednesday, 4 April 2012

khasiat terung pipit


adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.


sebagai terung belanda dan terung mangas. Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

ulam terung





isyam.com/wp-content/uploads/2010/03/terong-asam.jpg" />

khasiat terung

yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik. Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit mu

Tuesday, 29 March 2011

Terung Ketumbar


rung Ketumbar


Bahan-bahan:

4 biji terung dipotong panjang
5 ulas bawang merah - dihiris
3 gelas pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan giling:

2 sudu besar biji ketumbar
2 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara Menyediakan:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hiris.

2. Setelah naik aroma, masukkan kesemua bahan giling dan santan.

3. Biar sehingga kuah pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan terung, tunggu sehingga masak, angkat dan hidangkan.