SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

Resepi Nasi Lemak


Bahan-bahan : Beras Santan Halia - ditumbuk Bawang merah - ditumbuk 2 batang serai - dititik Daun pandan - disiat dan disimpul Garam Caranya : Basuh beras. Masukkan air dan santan - mengikut jenis beras masing-masing. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun pandan, bawang dan garam. Masak dalam rice cooker. Agak-agak nak masak, kacau perlahan nasi untuk meratakan santan.

Sunday, 15 July 2012

nasi beriani

Bahan-bahan utama: 1) Seekor ayam (mengikut kapasiti berapa orang makan dan dibersihkan) 2) Rempah Kari Daging (@ dibolehkan rempah Kari Ayam) 3) Beras Basmathi 7 pot (@ mengikut kapasiti) 4) 3 sudu Rempah Baryani 5) Air Bersih (disukat mengikut berapa pot beras basmathi digunakan) 6) Susu Cair 7) Serbuk Kunyit Bahan Tumisan I: 1) Kulit Kayu Manis 2) Buah Pelaga 3) Bunga Cengkih Bahan Tumisan II: 1) Bawang Merah yang dimayang halus (dalam 5 ulas @ mengikut kadar nasi) 2) Halia yang ditumbuk 3) Bawang Putih (3 Ulas @ mengikut kadar nasi) dimayang halus 4) Sehelai Daun Pandan (@ boleh digantikan dengan serai) Cara membuat: 1) Pertama kita nak gorengkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Terlebih dahulu perap ayam bersama serbuk kunyit, garam (sekadarnya), daun kari dan rempah kari daging. Rempah kari daging saya gunakan ialah Rempah Kari Daging Che Jah yang saya bawa dari Malaysia, rempah ini sangat masyhur di Bandar Bachok. Selepas diperap dalam 20-30 minit, bolehlah digorengkan di dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Pastikan ayam tadi digoreng separa masak sebab akan digaulkan bersama Nasi Baryani. Ayam yang siap digoreng disejat dan dibiarkan di tepi. 2) Langkah kedua pula kita siapkan Nasi Baryani pula. Panaskan kuali atau periuk (bersaiz besar) dengan minyak, kemudian masukkan bahan tumisan I (seperti di atas). Masukkan pula bahan tumisan II (seperti di atas). Bahan-bahan tadi ditumis hingga naik baunya yang asli, jangan lupa kacau. Kemudian, selepas naik bau tadi masukkan pula 3 sudu rempah baryani dan kacau sampai sebati/rata (dalam 15-20 minit) 3) Apabila dah kelihatan hampir kering bahan dimasak tadi (langkah 2), masukkan air yang telah disukat. Panduan: cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini saya memasak 7 pot beras. Oleh itu saya menggunakan 3 pot susu cair + 4 pot air. Boleh? 4) Setelah itu masukkan susu cair pula yang telah disukat seperti di atas. Kacau hingga sekata. Selepas kuah kelihatan mendidih dan aromanya mula menusuk hidung masukkan ayam yang digoreng separa di awal tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau seperti biasa. Dan rasakan tahap kemasinan yang diinginkan. 5) Kemudian bolehlah masukkan Beras Basmathi yang telah dicuci dan ditos. Kemudian kacau sehingga sekata (seperti nak buat nasi goreng). Semasa memasak boleh dibesarkan api. Tetapi apabila air nasi semakin kering, sila kecilkan api. Periuk tadi boleh ditudung dan biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian kacau dan ditudung pula sehingga diyakini sudah betul-betul masak. 6) Selepas itu ! Siap untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Lihatlah hasil air tangan sahabat sekalian. Jika yang memasak itu jejaka, maka Nasi Baryani masakannya itu mesti kelihatan Macho. Jika memasak itu seorang gadis, mesti cun Nasi Baryaninya.

Monday, 2 July 2012

Nasi Kabsa Kambing/Ayam

Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang 3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan 4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas 2 sudu minyak masak 1 sudu minyak sapi 1 batang kayu manis 3 biji buah pelaga 2 biji bunga cengkih 1 biji bawang besar - dipotong dadu 3 ulas bawang putih - dipotong dadu 1 batang karot ~ diparut 1 biji buah tomato - dikisar 2 sudu tomato puri 1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) 2 sudu besar rempah kabsa 1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya. 1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu 1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk 2 biji cili merah ~ jgn potong 1/4 cawan kismis Garam secukup rasa dan gula (kalau suka) ***Klik pada rempah kabsa untuk resepi Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi. 2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar. 3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur. Sos: ~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

resepi nasi ayam

Bahan-bahan: Bahan untuk rebus ayam: 1 ekor ayam 4 ulas bawang putih ~ diketuk 2 inci halia ~ dihiris 3 batang bawang (ambil bahagian yg putih dan bwgnya) ~ dihiris Air ~ secukupnya Garam secukup rasa. Cara penyediaan: ~ Sediakan periuk, masukkan air, bawang putih ,halia dan garam, didihkan. Setelah air mendidih, masukkan ayam dan masak dalam anggaran 20-30 minit. Angkat dan toskan. Ayam: 1 ekor ayam ~ yg telah direbus dan ditoskan 3 biji bawang putih ~ tumbuk 1 inci halia ~ tumbuk 3 sudu besar kicap lemak manis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cuka 1 sudu besar madu ( optional ) Cara penyediaan: 1. Satukan semua bahan2 didalam mangkuk. 2. Masukkan ayam yg telah ditoskan tadi dan gaulkan dgn bahan2 sehingga rata. 3. Perapkan ayam selama 30 minit dan bolehlah dipanggang atau digoreng. Untuk nasi: 3 cawan beras 4 cawan @ secukupnya air rebusan ayam (air bergantung kpd jenis beras yg digunakan) 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk 1 inci halia ~ ditumbuk/kisar 2 sudu besar sos tiram/kisar 1 sudu besar minyak bijan 3 batang daun bawang bhg putih dan bawangnya ~ dihiris 2 helai daun pandan 2 sudu butter/mentega Cara penyediaan: 1. Beras dibersih kemudian ditoskan. 2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi. 3. Masukkan minyak bijan, sos tiram dan beras, kacau rata beras dgn bahan2 sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun bawang, daun pandan dan garam. 4. Masak/tanak hingga masak Untuk sup: Air rebusan ayam 1 sudu besar serbuk lada sulah 1 biji sengkuang ~ potong dadu (saya tidak letak sbb ubi sengkuang tak ada di sini) Daun sup ~ dihiris Cara penyediaan: ~ Didihkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sengkuang dan serbuk lada sulah. Perasakan dgn garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun sup. Untuk sos cili: 10 biji cili api 6 biji cili merah ( saya tak letak sbb tak ada ) 1/2 inci halia 4 ulas bawang putih 2 sudu besar jus limau nipis/kasturi Sedikit air rebusan ayam Garam dan gula secukupnya. Cara penyediaan: 1. Kisar semua bahan sehingga hancur. Sedia dihidang. Untuk sos kicap: 5 biji cili api Sedikit halia (ambil dari rebusan) 4/5 biji bawang putih Kicap secukupnya 1 sudu besar sos tiram Air rebusan ayam secukupnya Tepung jagung ~ campur dgn sedikit air utk memekatkan sos kicap. Cara penyediaan: 1. Kisar semua bahan dan masak di atas dapur. 2. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau seketika dan bolehlah diangkat. Bahan sampingan: 1 batang timun ~ dihiris 2 biji buah tomato ~ dihiris Salad ~ dihiris Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Thursday, 17 May 2012

nasi lemak

tenaga utk sarapan pagi nasi lemak 644 kalori,ayam goreng 290 kalori,teh tarik 83kalori roti canai kuah dhal 360 kalori,roti telur 414 kalori 2telur separuh masak dgn roti tanpa kaya 227 kalori kalori yg diperlukan badan berat badan x 30 80kg x 30 = 2400 kalori diperlukan sehari

Tuesday, 13 September 2011

Nasi Maqlubah


Bahan-Bahan:-
1) 1/2 kg daging atau geng2nya dipotong sederhana besar
2) 3 cawan beras atau lebih...
3) sedikit halia
4) 3 sudu jintan putih dikisar halus
5) 7 biji lada hitam dikisar halus
6) marjerin 3 sudu
7) garam gula
8) Asam jawa
9) 1/2 kg buah tomato dipotong nipis
10) 10 ulas bawang merah ditumbuk
11) 7 ulas bawang putih ditumbuk
12) minyak sawit

Cara Penyediaannya:-

1) daging

Gaulkan daging dengan serbuk jintan putih, halia, lada hitam dan 1/2 bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap selama lebih kurang 1/2 jam. Tumis 1/2 bawang merah dan bawang putih selebihnya dengan minyak sawit yang dicampur dengan marjerin beberapa minit sehingga nampak kekuningan. Masukkan daging yang diperap dan gaulkan dan masakkan selama lebih kurang 20 minit dengan api yang kecil. Periuk ditutup rapat.

2) Nasi

basuh beras sehingga betul-betul bersih. keringkan sekejap beras yang telah dibasuh dalam penapis selama 10 minit. Goreng setengah cawan beras tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dalam api yg kecil. Masukkan baki beras yang dikeringkan tadi dan gaulkan bersama beras yg telah kekuningan untuk 5 minit.

Masukkan daging yang di masak tadi kedalam beras yg digoreng dalam periuk dan digaul. Masukkan air secukupnya serta masukkan garam secukup rasa dan masakkan sehingga menjadi nasi. Sebolehnya dengan api yg sederhana. Anda pasti akan meleleh air liur menghidu baunya yang semerbak.. ;)

3) Tomato

tomato yang dipotong nipi-nipis digaul dengan air asam jawa secukup rasa. Jika anda sukakan masam lebihkan sedikit asam jawa tu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. tomato ini untuk dimakan dengan nasi tadi. Kalau orang arab dia makan dengan sejenis pencicah dia mcm susu masam. jadi tomato ni lebih sesuai untuk citarasa orang melayu kita...

*petua untuk masak sedap ni kita jgn ikut sangat buku resepi. main hentam je lagi bagus.. mcm bawang.. kalau resepi kata 10 ulas.. hentam je nak masuk berapa... 10 ke 15 ke... jgn skema sgt.. baru masakan kita ada umphh... satu lagi kalau masak tak menjadi saya tak nak bertanggung jawab tau.. hehe. tapi menjadi punya.. senang je masak tu. Cuma satu perkara nak pesan.. jintan putih ni kalau masuk banyak sikit makanan tu lagi panas.. lebih-lebih lagi kalau campur dengan daging kambing atau burung merpati. jadi cuba lah ek.. jgn malu-malu. makanlah banyak-banyak.. saya tak kesah nyeee... hehe

Nasi Minyak Hujan Panas


Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

atau resipi alternatif boleh juga dengan menggunakan bahan berikut:

BAHAN-BAHAN
6 cawan beras Bhasmati
8 Cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak & minyak sapi hingga kekuningan. (tumis dalam rice cooker aje)
3. Masukkan air dan biarkan menggelegak. Masukkan kiub ayam dan kacau rata.
4. Masukkan pula beras bhasmati dan daun pandan. Jika suka tambah sedikit garam secukup rasa.
5. Apabila nasi telah kering, buat beberapa lubang dan titis kan pewarna. Tutup periuk dan biarkan ia masak sempurna.
6. Gaul rata dan taburkan bawang goreng.

Nasi Arab


Bahan-bahan ( 3 orang )

6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Cara lainnya:
Resipi Nasi Arab

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak.
Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air.
Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.
Biarkan mendideh.
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

Friday, 5 August 2011

Nasi Ayam Bonda


Bahan² Untuk Sup
8 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 batang serai - diketuk
1 mangkuk sederhana besar tulang ayam
1 biji kiub ayam
1500 ml air atau lebih
sedikit garam

Penyediaan Sup :
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan air, kiub ayam dan tulang ayam. Biar sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Matikan api.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺




Bahan² untuk Nasi
5 cawan beras (aku guna Faiza Tempatan)
6 - 7 cawan sup
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia
2 sb mentega @ margerin
3 sb minyak
sedikit minyak bijan
1 sb serbuk pati ayam @ 1/2 kiub ayam
sedikit garam
sedikit pewarna kuning - optional

Penyediaan Nasi
1. Cuci beras bersih² dan toskan.
2. Panaskan minyak & mentega@margerin.
3.. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan beras yang ditos tadi.Goreng seketika selama lebih kurang 3 - 5 minit.
5. Masukkan beras yang digoreng tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan sukatan 6-7 cawan sup yang dimasak mula² tadi kedalam beras.
7. Titiskan sedikit minyak bijan, garam, serbuk pati ayam @ kiub ayam dan sedikit pewarna kuning jika suka.
8. Tanak nasi seperti biasa hingga masak.


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺





Bahan Untuk Ayam Madu
1 ekor Ayam
5 biji bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1/2 cawan madu
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit garam jika perlu

Penyediaan Ayam Madu
1. Bersihkan ayam, toskan dan potong ikut suka.
2. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk serta madu, kicap manis, sos tiram dan sedikit garam jika perlu.
3. Perapkan seketika lebih kurang 15 minit.
4. Goreng terendam hingga ayam masak.


☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺



Bahan Untuk Sos
20 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
Sehiris halia
3 biji bawang putih
500 ml air atau lebih
3sb sos cili
3sb sos tomato
sedikit cuka
sedikit garam
sedikit gula

Penyediaan untuk sos
1. Blend cili kering, cili padi, bawang putih dan halia.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama sos cili, sos tomato, air, cuka, garam dan gula. Biarkan merenih. Rasa dan tambah apa yang kurang bergantung pada selera.



Hidangkan Nasi Ayam bersama ayam madu, sup, dan sos tadi. Untuk Kicap, jika suka campurkan 1/2 cawan kicap manis dengan 1/2 cawan sup yang dimasak mula² tadi. gaul bersama. Makan bersama salad, timun, tomato, daun sup dan bawang goreng. (mase wat ni salad takde sebab kat kedai abih stok..:)

Nasi Ayam Penyet


Bahan-bahan ( 6 orang )


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) -aku gune cili kering
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa


Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) -aku gune 5 cawan je...


Cara-cara
1.Untuk Ayam Penyet
2.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3.Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
4.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat. 5.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


7.Untuk Sambal
8.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
10.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
12.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 13.Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
14.Masukkan gula merah dan gaul rata.
15.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


16.Untuk Sup
17.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18.Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan


19.Untuk Nasi
20.Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 21.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22.Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. 23.Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biase....

Nasi Ayam Ipoh



Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Bahan Utk Nasi:-


4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia
* 3 biji bawang putih
* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega


Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak


Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam dan, garam untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.





Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)





Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih kicap
secukupnya air rebusan ayam
secukupnya tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Saturday, 11 June 2011

Resepi Nasi Goreng Daun Kesum.


Bahan-bahan:
4 mangkuk nasi
100 gm daging
4 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
6 biji cili api
1/2 inci belacan
2 biji telur
Sos tiram secukupnya
10-15 helai daun kesum
garam secukupnya

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi, kemudian masukkan daging dan sos tiram.
2. Masak seketika hingga daging empuk kemudian masukkan nasi sejuk.
3. Kacau rata nasi tadi kemudian sesuaikan rasanya.
4. Masukkan daun kesum, kacau seketuka dan tutup api dan hidangkan.