SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
Monday, 19 December 2011
Saturday, 17 December 2011
Kerepek pisang
Pisang nangka yg muda
Cara saya buat kerepek:-
1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau.
2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.
3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.
4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.
5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
Friday, 16 December 2011
Wednesday, 14 December 2011
kencing manis
Tanda-tanda awal
Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis
punca-puncanya
1. Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.
2. Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.
3. Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4. Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.
5. Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.
Rawatan
1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.
Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.
makanan yg perlu di elakkan
- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.
Monday, 12 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)







