SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, 10 July 2013

apakah kita mahu hingga begini-oh malaysiaku


khasiat kurma


7 khasiat kurma yang patut anda tahu Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah baginda. “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ (Surah al-Mukminah : ayat 19) “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.“ Sabda Rasulullah SAW. Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Apakah antara khasiat utama kurma? 1. Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera. Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga. “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” Hadis riwayat Ahmad Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain. 2. Kaya dengan serat dan potassium Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan. Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf. 3. Penguat memori Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. 4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin. “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” (Surah Maryam : ayat 25) Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah). 5. Penawar Racun Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 6. Merawat penyakit Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. 7. Mengubati gangguan usus dan sembelit Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

vegetable pakora


bahannya 1 cawan tepung kacang kuda/dhal (Besan) 2 camca kecil minyak 1 camca kecik serbuk jintan putih 1 1/2 camca kecik garam 1 -2 cili hijau yang telah dipotong 1/2 cawan air 1 biji ubi kentang kubis bunga 2 helai besar kobis 5 helai daun bayam yang telah dicincang 1 1/2 cawan bawang besar yang telah dimayang 1/2 sudu baking powder (optional) 1 sudu besar (optional) Cara menyediakan: 1. Rebuskan ubi kentang sehingga lembut dan potong dadu kecil-kecil kemudian potong kecil-kecil kubis bunga dan bawang, bayam dan kubis hiris. 2. Kemudian masukkan kacang kuda, minyak, serbuk jintan putih, air dan garam dan gaul rata dan blenderkan supaya ianya jadi mesra dan ringan. 3. Tuangkan adunan ni dalam bekas dan biarkan sekejap untuk 30 minit di tempat yg panas (saya selalu guna air suam untuk bancuh adunan ni untuk ianya lebih empuk dan ringan) 4. Kemudian masukkan sayuran-sayuran yang dah dipotong tadi dan gaul rata dan boleh goreng mcm buat cucur tu, makan bersama cili sos atau chutney pudina atau yoghurt atau mayonaise.

durian crepe


Bahan-bahan: 20gm tepung gandum 20gm tepung ubi 10gm tepung kastard 10gm tepung jagung 1 biji telur 1 sd kecil minyak masak 1 sd besar gula halus 40ml susu cair 150ml air pewarna kuning perisa durian Cara menyediakan: 1. Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis. Kalau pekat tambah air sedikit 2. Boleh jugak blander.. cuma sedikit berbuih.. kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih. 3. Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang.. 4. Layangkan kuali agar adunan sekata 5. Masak atas api kecil. 6. Masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat. Filling: 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental.. Isi durian..-ambil sekeping creepe (terbalikkan yang belah atas kebawah) - Letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya.. - Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.. - Siap

tepung pelita


Lapisan hijau: 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit kapur - jangan letak banyak, nanti pahit Lapisan putih: 4 sudu besar tepung beras - ratakan 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan sedikit garam Cara menyediakan: 1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. 2. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. 4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang atau pandan lagi sedap. 5. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat. 6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.