SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 9 August 2011

Resepi Sup Ekor


Bahan-bahan:
600 gm ekor lembu
300 gm kentang
300 gm carrot
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
2 sudu makan rempah sup
4 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
4 sm halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
1 btg serai

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan yg dikisar bersama rempah sup, buah pelaga, kayu manis, cengkih, lada hitam dan jintan manis.
2. Kemudian setelah naik bau, masukkan air, ekor dan rebus sehingga agak empuk.
3. Belah empat ubi kentang, carrot dan masukkan sehingga empuk.
4. Masukkan garam dan daun saderi serta daun bawang.
5. Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment