SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 9 August 2011

Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar -disangai
1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 btg serai
1-2 sudu besar cili kisar - optional
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara menyediakan:
1) Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia, bawang merah, serai(dititik) dan bawang putih.
2) Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis sehingga garing.
3) Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air. Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
4) Masukkan garam secukup rasa dan boleh lah diangkat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment