SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
LCD Text Generator at TextSpace.net
Sunday, 25 September 2011
Bingka Beras Gula Putih
Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
250 gm tepungberas (cap Gajah)
50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
1/2 st. esen vanila
1 sk. garam
Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment