Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.
Keempat-empat
golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang
dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu
baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang
yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang
‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang
terlibat kerana dosa seorang wanita:
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk
seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti
wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak
menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu
membuat teguran dalam peringkat:
(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.
(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.
(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa
sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa
penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya
sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat
kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto
yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat
adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu
dalam majalah, internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana
sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja
penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya
dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua
orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup
aurat.
Penjual/ penyebar
Orang
yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan
gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster,
Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja
yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang
yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang
dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan
aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan
merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga
dengan dosa-dosa mereka.
Inilah
antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak
menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa
perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum
termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan
mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang
keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu
ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup
aurat.
Nauzubillah…
Setelah
membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang
telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
No comments:
Post a Comment