Bahan-bahan:
300g Beras
75g Filet ayam ( dipotong kiub )
2 urat Kacang panjang ( dipotong kiub )
220g Keladi ( dipotong kiub )
3 kuntum Cendawan Cina kering ( direndam dan dipotong dadu )
2 sudu besar Udang kering ( direndam dan ditoskan )
2 sudu besar Minyak bijan
1 sudu besar Minyak masak
600ml Air
Bahan-bahan A: ( perapan )
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
½ sudu teh Kicap cair
½ sudu teh Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung
Bahan-bahan B: ( perencah )
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
1 sudu teh Sos tiram
½ sudu teh Garam
½ sudu teh Gula
Hiasan:
1 sudu besar Daun bawang ( dicincang )
1 sudu besar Hirisan cili
Cara Menyediakan:
(1) Perap ayam dengan bahan-bahan (A) sekurang-kurangnya 20 minit.
(2) Panaskan minyak bijan dan goreng keladi selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
(3) Panaskan semula kuali dan tambah minyak. Masukkan udang kering dan cendawan. Kacau-goreng hingga naik bau.
(4) Masukkan beras dan bahan-bahan (B). Campur-gaul hingga sebati.
(5) Pindahkan campuran beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air dan mulakan proses memasak.
(6) Setelah air diserap oleh beras, tambah keladi dan ayam yang telah diperap.Terus masak buat seketika, kemudian masukkan kacang panjang. Masak hingga nasi kembang.
(7) Biarkan nasi selama 10 minit sebelum hidang dengan hiasan
No comments:
Post a Comment