Bahan-bahan:
5 ekor Sotong bersaiz besar
Bahan A: ( Dikisar Halus )
5 ulas Bawang merah
2 biji Cili merah
5 ulas Bawang putih
1 batang Serai
1 sm Kunyit hidup
2 sm Halia
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Gula
Bahan-bahan (B):
100g Isi ikan ( dikisar )
½ helai Daun kunyit ( dihiris halus )
1 biji Telur
Bahan sos:
Sedikit Minyak Untuk Menumis
3 sudu besar Bahan (A)
50 ml Santan Pekat
100 ml Air
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Gula
Cara Menyediakan:
(1) Kisar bahan (A) hingga lumat, simpan 3 sudu besar. Kemudian
gaulkan selebihnya dengan bahan (B) sehingga sebati.
(2) Sumbatkan bahan-bahan di atas ke dalam sotong, dicucuk dengan cucuk lidi.
(3) Masukkan ke dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15-20 minit.
(4) Untuk bahan sos pula, panaskan sedikit minyak dan tumiskan 3 sudu besar bahan (A) yang disimpan tadi hingga wangi. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
(5) Masukkan air dan tambahkan Garam serta gula.
(6) Hidangkan sotong sumbat dengan sos tadi.
No comments:
Post a Comment