SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 7 August 2011

Bunga Kantan


Kantan ialah sejenis tanaman ulam tradisional Melayu. Ia dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembap. Usaha untuk mempertingkatkan penanaman tanaman tradisional telah dipergiatkan berikutan dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1992 bagi menggalakkan pengeluaran dan penggunaan ulam, herba dan rempah ratus. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya.Kebelakangan ini tanaman kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat.
Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter.
Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.
Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira dua tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan.
Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:

Batang - mengubati penyakit bengkak-bengkak
Buah - menambah selera makan
Ubi - perisa dalam makanan
Bunga - bahan gubahan jambak-jambak bunga
Biji - mengubati sakit telinga

Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Bunga ini adalah dari jenis tanaman lengkuas. Bunga ini mempunyai aroma yang harum, segar dan rasanya yang istimewa. Masyarakat Jawa Barat biasanya menggunakannya untuk campuran urap, lodeh atau dibuat sebagai ulaman. Manakala di sebelah Jawa Tengah pula, sering digunakan dalam campuran pecal dan di Sumatera pula untuk campuran gulai merah. Di Malaysia menjadi bahan utama dalam hidangan laksa dan kerabu. Ada juga yang suka buat sambal bunga kantan.

No comments:

Post a Comment