SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 9 August 2011

resepi BAKSO AYAM


Bahannya
500 gm ayam tanpa tulang,kulit dan lemak]
1 s/k lada putih (ikut kepedasan)]dikisar lumat
1 s/k pati ikan kattsuo/pati ayam]
2 ulas bawang putih]
sedikit garam]
2 s/b tepung katakuriko (tepung ubi)/tepung sagu
20 biji telur puyuh/telur ayam boleh juga tp kurangkan kuantitinya
2 biji lobak merah/sayur campur
4 biji bawang besar (bawang yg warna kuning) dipotong 6
lada putih
pati ikan/pati ayam
garam secukupnya
air
daun saleri ] dipotong halus

Carannya
1.Panaskan air sehingga mendidih.
2.Kisar bahan kisar hingga sebati,setelah itu masukkan tepung dan gaul sebati.
3.Buat bebola dan masukkan telur ke dalamnya.
4.Masukkan bebola yg dibentuk tadi ke dalam air mendidih.Ulang sehingga habis.
5.Bila bebola timbul toskan dan simpan air rebusannya.
6.Masukkan bwg yg dipotong ke dalam periuk bertutup lain dan perlahankan api.
7.Masak sehingga bawang layu dan keluar air,sentiasa balik-balik supaya tidak hangus.
8.Setelah masak,masukkan bawang tadi ke dalam air rebusan.Hidupkan api.
9.Masukkan sayur campur dan biar mendidih.
10.Masukkan garam,pati ikan dan lada putih secukupnya.Jika suka boleh tambah kiub ayam.
11.Masukkan kembali bebola yg ditoskan tadi dan biar seketika.
12.Bila mendidih padam api,dan tabur daun saleri dan tutup periuk
13.Sedia utk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment