SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 25 August 2012

POLIGAMI


Ya, memang saya setuju dimadu, tetapi, bukanlah terima siapa sahaja bakal madu...dan bukan juga memaksa suami mencari isteri lain.......

Saya sayangkan suami saya, tapi saya tak nak sayangkan dia lebih dari saya sayangkan Allah dan Rasulullah.

Tak cemburu ? Siapa kata ? Saya tentu saja cemburu.... tapi, saya cuba sedaya upaya mengawal rasa cemburu tu. Cemburu tu tandanya sayang, tapi kalau cemburu yang membawa keburukan, tak berguna lah.......

Kerana sayang, saya ingatkan suami, "Jika abang mahu berpoligami, saya tidak melarang, tapi, abang kena ingat, tanggungjawab abang bukan saja bertambah di dunia, tetapi juga di akhirat. Biarlah cara poligami nanti berlandaskan Islam dan cubalah bersikap adil.... mungkin jika saya mampu atasi rasa kurang senang, isteri lain pula tidak boleh, atau sebaliknya....."

Itulah maksud saya... bukan sesuka hati memaksa suami kahwin lain untuk mengharapkan ganjaran Allah..... Saya cuma mahu Allah redha....... jadi saya sediakan diri saya dari segala segi seandainya saya ditakdirkan dipoligami oleh suami.

but the question is, why do i agree...

Pertama sekali, dalam aLQuran dah tertulis, ' ....kawinlah kamu dua, tiga atau empat............' tak boleh menentang hukum ALLAH SWT

kedua, sebagai isteri, saya tahu, suami saya mampu,

Ketiga, kalau Allah dah takdirkan begitu, saya redha, tak salah berkongsi kasih, sebab cinta sejati hanya ada pada ALLAH......

itupun kalau suami mahu, setakat ni, dia belum nak lg....
itu bagi say, TETAPI.......macam mana kalau....

> si suami tak mapu dari segi kewangan @ zahir (batin tak siapa tahu kecuali ALLAH)
>mengajar bakal isteri kedua menipu (kalau ajak kawin sorok2 @ jumpa sorok2, tak tipu namanya?)
>si suami tak ikhlas, cuma nak kejar pucuk muda je....

dan macam2 masalah lg..... nak berpoligami jugak?
itulah jadik macam2 kes, cerailah, kes rampas suamilah, anak isteri ditinggal tak makanlah, macm2lah keluar kt paper tu.....
sapa nak jawab semua tu? nak salahkan takdir ke? kenapa akal diberi, tak nak diguna?
kalau suami nak kawin jugak, tapi tak ada quality jd pemimpin keluarga, pengorbanan isteri yang ikhlas akan membawanya ke syurga, lebih2 lg kalau dia berdoa untuk suaminya dan terima dengan redha apa yg terjadi.......
jangan salahkan diri kita, "saya dah tak cantik ke bang? tak cukup ke apa yg sy bg selama ni? kenapa perempuan tu yg abang nak?"

yang penting, banyakkan munajat pd ALLAH, kalau itu memang takdirnya, kita akan mendapat keredhaan dan cinta yang lebih hebat lagi, iaitu cinta ILLAHI.....

* memang saya belum rasa madu, jika saya ditakdirkan bermadu, biarlah hati kami bersatu, membentuk rumahtangga yg jitu, menyayangi dan berkongsi suami dan keluarga, semoga menambahkan iman dan taqwa... itu saja yg kami perlukan.....insyaAllah....

No comments:

Post a Comment