SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 4 August 2012

Resepi Nasi Baryani

Bahan-bahan utama:
1) Seekor ayam (mengikut kapasiti berapa orang makan dan dibersihkan)
2) Rempah Kari Daging (@ dibolehkan rempah Kari Ayam)
3) Beras Basmathi 7 pot (@ mengikut kapasiti)
4) 3 sudu Rempah Baryani
5) Air Bersih (disukat mengikut berapa pot beras basmathi digunakan)
6) Susu Cair
7) Serbuk Kunyit

Bahan Tumisan I:
1) Kulit Kayu Manis
2) Buah Pelaga
3) Bunga Cengkih

Bahan Tumisan II:
1) Bawang Merah yang dimayang halus (dalam 5 ulas @ mengikut kadar nasi)
2) Halia yang ditumbuk
3) Bawang Putih (3 Ulas @ mengikut kadar nasi) dimayang halus
4) Sehelai Daun Pandan (@ boleh digantikan dengan serai)




Cara membuat:

1) Pertama kita nak gorengkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Terlebih dahulu perap ayam bersama serbuk kunyit, garam (sekadarnya), daun kari dan rempah kari daging. Rempah kari daging saya gunakan ialah Rempah Kari Daging Che Jah yang saya bawa dari Malaysia, rempah ini sangat masyhur di Bandar Bachok. Selepas diperap dalam 20-30 minit, bolehlah digorengkan di dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Pastikan ayam tadi digoreng separa masak sebab akan digaulkan bersama Nasi Baryani. Ayam yang siap digoreng disejat dan dibiarkan di tepi.

2) Langkah kedua pula kita siapkan Nasi Baryani pula. Panaskan kuali atau periuk (bersaiz besar) dengan minyak, kemudian masukkan bahan tumisan I (seperti di atas). Masukkan pula bahan tumisan II (seperti di atas). Bahan-bahan tadi ditumis hingga naik baunya yang asli, jangan lupa kacau. Kemudian, selepas naik bau tadi masukkan pula 3 sudu rempah baryani dan kacau sampai sebati/rata (dalam 15-20 minit)

3) Apabila dah kelihatan hampir kering bahan dimasak tadi (langkah 2), masukkan air yang telah disukat. Panduan: cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini saya memasak 7 pot beras. Oleh itu saya menggunakan 3 pot susu cair + 4 pot air.


 4) Setelah itu masukkan susu cair pula yang telah disukat seperti di atas. Kacau hingga sekata. Selepas kuah kelihatan mendidih dan aromanya mula menusuk hidung masukkan ayam yang digoreng separa di awal tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau seperti biasa. Dan rasakan tahap kemasinan yang diinginkan.

5) Kemudian bolehlah masukkan Beras Basmathi yang telah dicuci dan ditos. Kemudian kacau sehingga sekata (seperti nak buat nasi goreng). Semasa memasak boleh dibesarkan api. Tetapi apabila air nasi semakin kering, sila kecilkan api. Periuk tadi boleh ditudung dan biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian kacau dan ditudung pula sehingga diyakini sudah betul-betul masak.

6)Siap untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Lihatlah hasil air tangan sahabat sekalian.


No comments:

Post a Comment