Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor
ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu
yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh
kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh
itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas
ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment