SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 8 September 2012

BAKTI TERAKHIR

BAKTI TERAKHIR SEORANG ISTERI
-------------------------------------
Seorang isteri menangis-menangis ingin memandikan jenazah suami dia. Bapa mertua dengan polis forensik tidak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.

Dari luar bilik

mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya kenapa kemudian ustaz itu berkata tidak apa kalau isteri ingin memandikan jenazah suami. Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi membantu si isteri mandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa:
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Kemudian dia membasuh tangan jenazah suami sambil berkata :
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Selepas itu, dia membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata:
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anakku,Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Seterusnya, ia membasuh kaki jenazah suami smbil berkata :
"Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata, untuk mencari sesuap nasi, Terima kasih abang. Moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata :
"Terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sebagai seorang istri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah kepada mu."

Ya Allah..menitis airmata Admin baca cerita ni. Kita bagaimana dengan orang yang kita sayang? Adakah kita akan menunai khidmat bakti terakhir buatnya?

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya

No comments:

Post a Comment