Kari Hijau Thai Ayam
Bahan Untuk Dikisar (utk buat pes kari hijau)
1-3 batang serai, hiris halus
1 -10 biji cili hijau atau cili padi siam, hiris halus (ikut tahap
kepedasan yang dikehendaki.)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (nak masuk dua-dua pun boleh)
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/kasturi
1 camca teh gula perang/merah
1/4 cawan santan kelapa
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
BAHAN KARI HIJAU THAI
½ bahagian ayam
4 helai daun limau purut
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
Air suam
Air stok ayam (pilihan masing-masing)
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
2 batang serai, dititik
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
1 biji Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis
1 biji tomato, belah 6
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
Boleh juga letak kentang
Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan
kesesuaian masing-masing.
CARA MEMBUATNYA
UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar.
Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam
bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
UNTUK MASAKAN
Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari
tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau
sebati.
Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Jika
kurang air, tambah santan /air stok ayam atau air suam. Kacau sebati. Tutup
kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur. Tomato boleh
dimasukkan akhir sekali kerana ia cepat hancur jika dimasak terlalu lama.
Kacau selama 10 minit atau sehingga sayur masak. Jika rasa kuahnya kurang,
boleh tambah sedikit garam ajinomoto/gula.
Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.
No comments:
Post a Comment