Saturday, September 1, 2012
Kerana iddah, pemimpin Yahudi ini masuk Islam
Robert
Guilhem, pakar genetik dan pemimpin yahudi di Albert Einstein College
menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum
dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama
tiga bulan. Massa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga
bulan, selama proses dicerai suaminya.
Seperti
dikutip dari societyberty.com, hasil kajian yang dilakukannya
menunjukkan, massa iddah wanita sesuai dengan ayat-ayat yang
disenaraikan di Al-Quran. Hasil kajian itu menyimpulkan hubungan intim
suami isteri menyebabkan lelaki meninggalkan kesan khususnya pada
perempuan.
Dia
mengatakan jika pasangan suami isteri (pasutri) tidak bersetubuh, maka
tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 peratus. Gelhem
menambah, tanda tersebut akan hilang secara keseluruhan setelah tiga
bulan berlalu. Kerana itu, perempuan yang dicerai akan siap menerima
kesan khusus lelaki lain selepas tiga bulan.
Bukti
empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penyelidikan
dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika.
Dalam pelajarannya, ia mendapati setiap wanita di sana hanya mengandungi
cap khas dari pasangan mereka saja.
Kajian
serupa dilakukan di perkampungan nonmuslim Amerika. Hasil kajian
membuktikan wanita di sana yang hamil mempunyai jejak kesan khusus dua
hingga tiga lelaki. Ini bermakna, wanita-wanita non-muslim di sana
melakukan hubungan intim selain perkahwinannya yang sah.
Sang
pakar juga melakukan penyelidikan kepada isterinya sendiri. Hasilnya
menunjukkan isterinya ternyata mempunyai tiga rekod cap laki-laki alias
isterinya curang. Dari kajiannya, hanya satu daripada tiga anaknya saja
berasal dari dirinya.
Setelah
kajian-kajian tersebut, dia akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia
meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga
keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahawa perempuan muslimah adalah yang paling bersih di muka bumi.
No comments:
Post a Comment