SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 3 July 2011

Minum Susu Kambing-sunnah nabi (di Restoran Basha-rm1.50 secawan)


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa kambing menjadi pilihan Allah?
1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk.
Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.

Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ
Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia.

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.


KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.


7. KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan olih pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996,rata rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah
tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.
Rencana di atas di petik dari blog YB Datok Husam Musa

Nota saya: Saya sendiri mengamalkan minum susu kambing kira2 10-15 ml sehari tetapi tak dapat nak minum yg fresh kerana saya tidak menternak kambing. Jadi susu kambing saya beli dari Pak Ali yg tinggal di Kampung Sri Ku di Kuantan, (tel 017-9406601). Saya beli sebotol (160 ml) dengan harga RM25. Kemudian saya masukkan dalam plastik kecil anggaran 10-15ml satu platik dan simpan dalam freezer. Bila nak minum , masukkan susu kambing (dah jd ketulan ais) dalam mangkuk atau mug dan tuang air panas. Lakukan 2-3 kali (tukar air panas) sehingga susu menjadi cair dan sedia untuk diminum (suam). Sedap rasanya, yg penting niat kita nak ikut sunnah para anbiya, para nabi2.

Sekarang ni orang sibuk sangat menjual dan mengamalkan susu koletrum (susu awal lembu) tetapi ianya bukan sunnah dan kita sebenarnya tak tengok sendiri bagaimana susu awal lembu diproses.Kita hanya percaya tanpa ragu dengan kata2 saitifik dari pengeluar sedangkan kita sebagai umat Islam disuruh selidik apapun maklumat yg sampai kepada kita terutama makanan. Kita wajib elakkan makanan yg haram dan subhat. Susu mamang makanan halal lagi baik, tetapi apa yg dicampur dengan susu sehingga bertambah khasiatnya itu yg perlu kita pastikan kehalalannya. Jika pasti, minumlah. Saya mendapat khabar dari orang yg pernah melawat ladang lembu di New Zealand, ladang yg sama juga menternak lembu pink.

No comments:

Post a Comment