SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday, 3 July 2011

resepi Nasi ambang


Nasi ambang adalah makanan tradisi masyarakat jawa. Nasi ambang adalah juadah bekalan yang diberikan kepada tetamu pada majlis kenduri. Nasi ambang berbeza dengan 'berkat'. "Berkat' adalah istilah kepada makanan yang dibawa balik /diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu untuk dibawa pulang. Jenis makanan dalam 'berkat' tidak tetap , ianya terpulang kepada tuan rumah. Ada tuan rumah yang membekalkan nasi ambang sebagai berkat.

Keistimewaan nasi ambang ialah bau dan rasanya. Aroma daun pisang, nasi kawah, ikan goreng tepung, tempe, sayur campur, kacang goreng dan mee goreng/celur sangat menyelerakan.Saya suka lauk daging yang digoreng dengan kepala parut, kacang sayur dan soohun. Ada yang membungkus nasi ambang dalam plastik dan kertas surat khabar, tapi rasanya tak ada ummph. kesedapan nasi ambang bergantung kpd tukang masaknya.Budak2 pun suka.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment