KERABU MANGGA AYAM PANGGANG.
Bahan-Bahan Ayam Panggang:
1 bahagian (200g) Dada ayam
1 sudu teh Madu
1 batang Serai ( dititik )
Bahan (A):
1 ulas Bawang putih ( dikisar )
1 sm Halia ( dikisar )
1 sudu teh Halia ( dicincang )
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
½ sudu teh Sos tiram
Bahan B: ( dicampur sekali )
1 sudu besar Minyak masak
1 sudu teh Minyak bijan
Cara Menyediakan:
(1) Gaulkan ayam bersama bahan (A) & perap selama 10 minit. Kemudian masukkan madu & perap selama 10 minit lagi.
(2) Ketika memanggang sapukan campuran minyak (B) menggunakan serai yang dititik.
(3) Selepas masak carik-carikkan ayam panggang untuk digaul bersama kerabu mangga.
Bahan-bahan Kerabu Mangga:
2 biji Mangga muda ( dimayang memanjang )
2 ulas Bawang merah ( dihiris nipis )
3 biji Cili padi ( dipotong kecil )
2 sudu besar Ikan bilis ( digoreng dan di tumbuk kasar )
4 sudu besar Kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk kasar )
2 sudu teh Gula
1-2 sudu besar Sos ikan
2 biji Limau nipis ( diperah jus )
2 sudu kecil Udang kering ( ditumbuk )
Sedikit Garam
Cara Menyediakan:
(1) Gaulkan semua bahan di atas termasuk isi ayam panggang yang telah dicarik.
—
No comments:
Post a Comment