SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 14 July 2012

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9) Cara-caranya: 1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut. 2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

No comments:

Post a Comment